Perdana Menteri juga perlu dikenakan tindakan undang-undang ekoran laporan provokasi akhbar Umno, Utusan Malaysia berhubung isu Kristian agama rasmi di samping tindakan yang lebih tegas ke atas akhbar Umno itu.
Salah seorang mangsa sekatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zulkiflee S.M. Anwar Ulhaque atau Zunar berpendapat PM perlu diambil tindakan manakala AJK PAS Pusat, Dr Mujahaid Yusof berpendapat, permit Utusan patut digantung.
Zunar, Ketua Pengarang Suara Keadilan, berpendapat langkah ini perlu ini kerana Datuk Seri Najib sendiri terlibat dalam menentukan agenda mingguan Utusan seperti yang didedahkan oleh bekas wartawan kanan akhbar itu, Hatta Wahari.
"Amaran dikeluarkan kepada akhbar Utusan dan bukannya kepada pengarahnya, editor yang mengarahnya atau pengarang itu sendiri.
"Justeru pihak berkuasa harus menggunakan tindakan undang-undang juga terhadap Najib,"katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Hatta yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan semalam bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipengerusikan Najib.
Sehingga kini tidak ada sebarang penafian dari Utusan atau Umno mengenai dakwaan Hata ini.
Sementara itu, AZIZ MUDA melaporkan, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berpandangan, dengan hanya memberikan surat amaran kepada Utusan tidak memberikan sebarang makna.
Menurut beliau, sebaliknya dengan kesalahan yang sebegitu besar, akhbar Utusan Malaysia paling tidak mestilah ditarik balik permit penerbitannya seperti yang pernah dikenakan oleh KDN terhadap beberapa penerbitan lain sebelum ini.
Katanya, Umno BN bagaimanapun tidak mungkin akan mengenakan tindakan seperti itu terhadap akhbar Utusan kerana akhbar itu sendiri adalah akhbar kepunyaannya yang menjadi alat utama bagi parti itu dalam menyebarkan propaganda buruknya.
"Malah penyiaran berita itu sendiri diyakini dirancang oleh Umno sendiri, memandangkan ia diambil dari blog penyokong Umno, walaupun amat lemah dan penuh provokasi," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pohon maaf
Sementara itu, Najib diminta memohon maaf kepada penganut agama Kristian kerana kegagalannya bertindak tegas.
"Najib sepatutnya meminta maaf kepada mereka (penganut Kristian) kerana kegagalannya mengambil tindakan tegas seperti memecat Ketua Editor Utusan. Ini bukan pertama kali Utusan memainkan isu kontroversi termasuk Pergerakan 1Bumi. Ini semua memperlekehkan 1Malaysia," kata pensyarah undang-undang UIA, Profesor Dr Aziz Bari kepada laman web Free Malaysia Today.
"Jika Najib serius (dengan 1Malaysia), dia sepatutnya telah memecat mereka (Ketua Pengarang Utusan) dihari pertama beliau. Untuk memecat mereka sekarang sudah terlewat," tambah Aziz.
Sandiwara Umno
Zunar pula ketika mengulas tindakan KDN ini berpendapat, ia hanya sandiwara Umno.
Katanya, akhbar Umno itu sekurang-kurangnya perlu digantung atau diharamkan terus kerana laporannya boleh mengancam keselamatan negara.
"Sama ada Utusan ini patut diharamkan, permitnya ditarik balik, pengarangnya letak jawatan dan Najib sendiri juga harus mengambil tindakan ke atas dirinya dengan meminta maaf kepada rakyat Malaysia," katanya yang mahu tindakan lebih tegas diambil terhadap akhbar itu.
Baru-baru ini, Najib memohon maaf kepada Perdana Menteri China hanya kerana terjemahan Mandarin pada latar belakang pentas untuk menyambut kedatangan PM China itu tersilap.
Oleh itu, jika kepada PM China Najib boleh minta maaf apa salahnya dia juga memohon maaf kepada rakyat Malaysia khasnya DAP dan penganut agama Kristian kerana laporan palsu media milik Umno itu.
Mengulas lanjut, Zunar yang juga seorang kartunis berkata, di era pemerintahan Najib, akhbar Utusan telah berubah dari akhbar rakyat kepada akhbar lidah rasmi Umno.
Oleh kerana itu jelasnya, apa yang dilapor Utusan menggambarkan apa yang ada dalam pemikiran Najib termasuklah membenarkan video seks, fitnah, perkauman dan memainkan isu agama.
Selain tidak berpuas hati dengan tindakan 'ringan' yang dikenakan terhadap Utusan, beliau mendakwa kerajaan juga jelas bersikap 'double standard' berbanding tindakan yang dikenakan terhadap akhbar pembangkang.
"Cukuplah dengan kartun-kartun saya diharamkan kerana dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan juga Suara Keadilan diharamkan kerana mengeluarkan sesuatu berita berbanding dengan 'double standard' yang diberi terhadap Utusan," tegasnya.
Suara Keadilan tidak diberikan permit
Suara Keadilan sehingga kini tidak diberikan permit hanya kerana kesilapan menyiarkan berita 'Felda Bankrap'. Padahal berita sebegitu tidak melibatkan keselamatan negara sebagaimana berita Utusan baru-baru ini.
Pada 7 Mei lalu, Utusan Malaysia pada muka hadapannya melaporkan dengan tajuk 'Kristian agama rasmi?' yang boleh mengancam keselamatan negara.
Akhbar itu memetik laporan dua laman blog sebagai mendakwa satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.
Ianya diambil dari entri blog Bigdog bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu.
Laporan itu bagaimanapun didakwa tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan kerana Utusan menyiarkannya tanpa melakukan siasatan berhubung kesahihan maklumat tersebut. Penjelasan DAP mengenainya juga tidak disiarkan oleh Utusan.
Meskipun dikecam hebat, KDN semalam hanya mengenakan amaran dengan memanggil Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan diberikan surat teguran kepada akhbar tersebut.
OLEH Afiq Hizami, Pelatih UKM
Saturday, May 14, 2011
Utusan: Najib juga patut dikenakan tindakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Najib juga bertanggungjawab ke atas tindakan Utusan.
ReplyDeleteisu seperti ini tidak patut dimainkan dan ia juga tidak patut diperbesarkan oleh mana-mana pihak sekali pun.
ReplyDeleteisu seperti ini harus ditangani dengan sebaiknya dan harap ia tidak diperbesarkan lagi.
ReplyDeleteKetegasan daripada kerajaan perlu untuk menangani isu ini.
ReplyDeleteutusan sebagai media seharusnya memberikan maklumat yang tepat dan bersikap neutral.
ReplyDeleteharap perkara ini diselesaikan dengan segera agar tidak berlanjutan.
ReplyDeletePihak media juga perlu tahu peranan mereka untuk tidak menimbulkan sebarang tension.
ReplyDeleteJangan persalahkan PM kita atas apa yang berlaku. Dinegara kita ini ada peraturan yang perlu dipatuhi.
ReplyDeleteUtusan dan PM?Kenapa perlu PM yang disalahkan. Pasti PM tidak bersalah dalam hal ini. Tidak semestinya Utusan dikawal 100% oleh kerajaan. Biar pihak polis menyiasat perkara ini.
ReplyDeletekenapa juga semakin ramai yang dikaitkan dengan akhbar ni?sepatutnya akhbar ini dihentikan saja penerbitannya
ReplyDeleteSaya tak anti kerajaan atau umno, cuma kali ini saya rasa PM perlu ambil tindakan tegas bagi mengelakkan ketegangan semakin teruk.
ReplyDeleteBetul atau tak info yang terkandung dalam artikel UM itu, bukan point utama kerana isu agama sememangnya tidak patut diperbesarkan bg menjaga keharmonian yang ada.
ReplyDeleteMelalui reaksi rakyat berbilang kaum berkaitan 'Making Christianity the official religion', Utusan harus tahu rakyat benci dengan pihak yang sengaja bertujuan memprovokasikan perasaan sesuatu pihak untuk agenda tertentu.
ReplyDeleteUtusan mesti dikenakan tindakan yang berat kerana paparan yang amat tidak bertanggung jawap mereka.
ReplyDeleteSyukur rakyat Malaysia era internet berfikiran lebih terbuka. Paparan Utusan tu tidak membawa kesan yang keterlaluan, tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan Utusan tidak dikenakan tindakan yang sepatutnya.
ReplyDeleteJika apa yang dikatakan Hata benar, Utusan gagal memainkan peranan sebagai media yang bebas dan berdikari.
ReplyDeletePengaruh politik terhadap media cuma memburrukan keadaan dan tidak akan membawa manfaat kepada negara.
ReplyDeleteJangan lagi memainkan isu agama dan kaum, ia tidak membawa kebaikan kepada sesiapa mahupun orang yang menjadi dalang.
ReplyDelete