KETIADAAN Persatuan Pengguna Sabah-Labuan (CASH) yang diketuai Oleh Datuk Patrick Sindu tetapi telah diharamkan oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dua tahun lalu, nampaknya memangkinkan banyak penyelewengan berlaku oleh segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab yang sesuka hati meletakkan harga barangan.
Mantan Pengerusi CASH Sandakan, Ali Awang Ahmad ketika diwawancara oleh Sabahkini.Net antara lain menjelaskan semenjak ketiadaan CASH, bukan sahaja di Sandakan, bahkan seluruh daerah di negeri ini ramai di kalangan pengguna menjadi mangsa keadaan oleh para peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlipat ganda; kerana perniagaan yang dijalankan tidak mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Ali berkata demikian semasa memberitahu bahawa satu pertubuhan bagi menggatikan CASH telah ditubuhkan baru-baru ini dan pendaftarannya telahpun diluluskan oleh pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Persatuan ini ditubuhkan sebagai kesenambungan perjuangan CASH dahulu untuk menyalurkan masalah berkaitan kepenggunaan menerusi Pertubuhan Hal Ehwal dan Perlindungan Pengguna Sabah atau (CAPS) yang diketuai James Bagah selaku Presidennya.
Katanya, di Sandakan akan membentuk jawatankuasa CAPS pada masa terdekat ini dan orang yang bakal menerajui kepimpinan CAPS antaranya Noraini Sulong, Shaimon S Jumadi, Bonny Juanico, Mustafah Mohd Hassan, Fairul Zaman AB Hj Fajeer dan beberapa orang lagi.
Borang-borang keahlian CAPS akan diedarkan tidak lama lagi ini untuk membolehkan orang ramai di sekitar daerah ini yang berminat untuk menjadi anggot CAPS dan boleh berhubung terus kepada Ali Awang Ahmad 013-8911119.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto ; NANA LIZA (sabahkini)
Monday, January 2, 2012
CAPS Ganti CASH Di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sudah tiba masa CAPS membentuk jawatankuasa kerana peniaga dah mula menaikkan harga barang ikut suka hati.
ReplyDeleteRoti Gardenia harga naik melambung dengan tiba-tiba. Siasatan lanjut perlu diambil. Gardenia seolah-olah menaikkan harga roti mereka dengan sewenang-wenangnya. Harga naik dirasai selepas Pilihan Raya Umum ke13.
ReplyDelete