Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman mahu Menteri Dalam Negeri disiasat ekoran tindakannya membiarkan penjawat awam di bawahnya serta media khususnya Utusan membuat laporan fitnah dan provokasi perkauman.
Bercakap kepada media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, Datuk Seri Hishammuddin telah gagal menunaikan tanggungjawab sehingga Utusan sepanjang Mac, April dan Mei tanpa sebarang sekatan mengeluarkan berita fitnah dan lucah khususnya isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut memberi contoh tindakan terbaru akhbar Umno itu yang meletakkan laporan muka depan bertajuk “Kristian agama rasmi?' yang disiar 7 Mei lalu.
Hishammuddin juga jelasnya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap seorang pegawai kanan polis Bukit Aman, yang mendakwa Anwar individu dalam video seks tersebut, sewaktu berceramah kepada guru di sebuah sekolah di Kelantan.
"Tidak keterlaluan saya katakan bahawa ini satu agenda yang di belakangnya Umno, sengaja untuk meniupkan api permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
"Mereka tahu bukan Islam tidak menyokong BN, mereka terpaksa untuk mendapat simpati dari pengundi Melayu," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa isu tersebut adalah termasuk dalam perancangan Umno menjelang PRU-13 iaitu untuk melihat orang Melayu jauh dari PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya begitu hairan bagaimana begitu banyak akta-akta, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, tiba-tiba semacam ada satu konspirasi.
"Sekarang ini waktu untuk ambil tindakan, bukan untuk merai semua pandangan," katanya.
Beliau juga mendakwa trend yang berlaku hari ini sama seperti apa yang berlaku tahun 1987 apabila ketegangan kaum dimainkan sehingga membawa kepada Operasi Lalang ketika itu.
Dalam operasi itu, sekurang-kurangnya 106 terutama pemimpin pembangkang ditahan.
"Seperti ada kecenderungan ke arah itu," katanya. -HD
Tuesday, May 10, 2011
Isu Kristian: Konspirasi Umno-Utusan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nasib baik kita di Sabah tidak mempunyai masalah mengenai perkauman dan agama.
ReplyDeleteHarap kerajaan akan memberi amaran kepada Utusan supaya tidak sengaja mencetus kemarahan dan ketegangan antara rakyat.
ReplyDeleteumno ni talam 2 muka,dia jumpa bukan islam bilangnya pembangkang dirikan kerajaan islam,jumpa org islam bilangnya pembangkang dirikan negara kristian.apa ni? umno memang pembohong membodohkan rakyat,termasuk org sabah d bodohnya. pembangkang mungkin tidak baik tapi bn lagi teruk,Tun mahathir kata umno busuk sampai ke usus.
ReplyDeleteisi ni tak perlu lagi nak diperbesarkan. ia hnya menggugat keharmonian dan perpaduan di negara kita.
ReplyDeleteisu ini tidak perlulah dimainkan lagi.
ReplyDeleteTiada orang percaya apa yang dipapar oleh Utusan. Jika Utusan teruskan cara begini, tentu ia akan muflis reputasinya.
ReplyDeleteSudah banyak laporan polis dibuat terhadap Utusan, sekarang tunggu polis yang buat siasatan dan bertindak.
ReplyDeleteApa sudah jadi dengan Utusan, berita yang berunsur provokasi dan menghasut tidak berhenti-henti.
ReplyDeleteKenapa tidak senang hati dengan keamanan yang Malaysia nikmati sekarang?
Kenapa mesti mensabotajkan ketenteraman Malaysia? Kenapa tidak berani membongkar kegiatan rasuah, membongkar kegiatan maksiat atau macam-macam lagi yang boleh membawa manfaat kepada negara?
Ini kerja keji sebuah akhbar yang tidak beretika. Sanggup mengorbankan keamanan kaum demi agenda tertentu.
ReplyDeleteJangan beli Utusan, jangan baca Utusa, jangan peduli Utusan. Jika didapati Utusan bersalah, kerajaan harus membatalkan lesennya.
ReplyDeletediharap keamanan dan keharmonian negara ini disyukuri oleh semua rakyat dan pihak-pihak berkenaan, hentikanlah perbuatan fitnah memfitnah serta perkara-perkara yang menimbulkan isu-isu yang sensitif.
ReplyDeleteyang benar tetap akan menewaskan yang bathil..Allah akan menunjukkan kuasaNya nanti...amin
ReplyDeleteisu perkauman dan agama hanya panas di semenanjung sahaja kerana orang semenanjung sensitif dengan isu ini..di sabah dan sarawak tidak ada masalah dengan kepelbagaian yang ada.
ReplyDeleteselaku sebuah akhbar pro-UMNO, Utusan malaysia seharusnya faham akan kesan dari isu2 sensitif yang disiarkannya tanpa mengetahui hujung pangkal maklumat tersebut..pihak kerajaan harus memandang serius hal ini..Utusan malaysia harus dihentikan operasinya sehingga siasatan selesai dilakukan..jika tidak, maka jelas menunjukkan kerajaan bersikap berat sebelah.
ReplyDeletementeri dalam negeri harus memainkan peranan beliau...jika beliau tidak mahu/ tidak mampu mengambil sebarang tindakan, maka beliau harus meletak jawatan daripada dilabelkan oleh rakyat sebagai menteri bodoh..
ReplyDeleteboikot utusan dan warganya sekali...
ReplyDeletejika isu ini adalah konspirasi umno kenapa perlu PM bersusah payah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pertubuhan Kristian bagi mencari penyelesaian berhubung kekalutan isu berkenaan?? saya harap KDN akan mengambil tindakan tegas terhadap bukan sahaja Utusan malah blogger2 yang tidak bertanggungjawab memainkan isu ini.
ReplyDeleteUMNO tahukah semua ini? Tidak semestinya UTUSAN ini dikawal 100% oleh UMNO.
ReplyDeletetukar jer utusan malaysia abis citer
ReplyDelete