Tuesday, May 10, 2011

Minyak naik: BN wujud Tabung dana khas hadapi PRU

KUALA LUMPUR: Berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendakwa satu tabung khas akan diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai dana bagi parti tersebut menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

“Tidak mungkin kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak tanpa mempunyai maksud atau tujuan lain. Penstrukturan harga minyak ini adalah perlu bagi menampung jangkaan perbelanjaan besar mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kenaikan harga minyak ini sebenarnya tidak memberikan faedah langsung kepada peniaga, tetapi keuntungan tersebut ‘disedut’ oleh ‘orang tengah’ dan disalurkan ke dalam dana tabung tersebut. ‘Orang tengah’ itu adalah di kalangan pemerintah itu sendiri,” katanya.

Seperti yang dilakukan kerajaan sebelum ini, Azan menjelaskan ‘trend’ memberi amaran kepada peniaga yang menaikkan harga barangan akan dibuat bagi mencipta persepsi bahawa kerajaan telah melakukan penguatkuasaan undang-undang.

“Inilah kesan berantai yang akan berlaku akibat kenaikan terbaru petrol jenis RON 97. Saya yakin, dalam tahun ini juga minyak jenis RON 95 akan turut dinaikkan.
Menyentuh mengenai kenaikan harga gula yang dinaikkan sebanyak 20 sen yang berkuatkuasa hari ini, Azan berkata ia akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan keperluan lain.

“Kenaikan harga gula yang merupakan kandungan penting dalam makanan orang Malaysia memberi gambaran bahawa, akan belakunya musim kenaikan pelbagai barangan keperluan harian secara besar-besaran.

“Tetapi kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kepada harga akhir daripada rantaian kesan kenaikan disebabkan hanya gula yang menjadi barangan kawalan, tetapi tidak kepada produk akhir.

“Begitu juga dengan kenaikan kos bahan api, maka kos tambahan atas perkhidmatan seperti kenderaan awam itu sendiri akan turut meningkat. Sudah tentu ia membebankan golongan peniaga, peruncit dan pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Azan menjelaskan, kadar inflasi di Malaysia semakin meningkat, seiring dengan kenaikan harga keperluan asas.

“Sekiranya kita ada duit RM 1000 nilainya tidak akan sama lagi seperti sebelum ini, apatah lagi dengan ketiadaan kenaikan gaj mahu pun gaji minimum.

“Tambahan pula, kita masih belum lagi berhadapan dengan kekurangan stok, permintaan tinggi semasa perayaan, barangan yang disorok dan sebagainya.

“Kawalan atau pun janji penguatkuasaan kerajaan umpama ‘menanam tebu di bibir’.
“Keadaan ini adalah satu permulaan kepada kitaran lengkap kenaikan dan beban kos kehidupan yang kita akan hadapi tidak berapa lagi.” ujarnya.

12 comments:
Write comments
  1. Kita tunggulah dan lihat.

    ReplyDelete
  2. kenaikan ini memaksa kita untuk lebih berjimat. harap kenaikan tidak berlaku lagi dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  3. kenaikan barangan adalah kerana pengurangan subsidi, ia tak ada kaitan dgn dana PRU.

    ReplyDelete
  4. Harga minyak naik lagi, bermakna nilai wang yang kita cari dengan titik peluh dan darah semakin merosot.

    ReplyDelete
  5. Tidak pernah kita dengar harga barang turun. Alangkah baik jika satu hari nanti harga minyak diumumkan turun dengan mendadak.

    ReplyDelete
  6. Siapa senang hati mendengar harga minyak naik lagi? Malaysia pengekspot minyak sepatutnya menikmati kurnia Tuhan, ini lain pula.

    ReplyDelete
  7. Sudah berapa kali naik ini? Sampai bila baru turun?

    ReplyDelete
  8. Jika terus beri subsidi minyak, kerajaan tidak mampu. Tidak subsidi, rakyat susah.
    Ada apa cadangan yang lebih baik?

    ReplyDelete
  9. jika harga barang sentiasa naik, gaji pun kenalah dinaikkan juga.

    ReplyDelete
  10. Yahooo kita undi lagi BN/UMNO supaya barang naik lagi selepas PRU 13 ini.Jangan marah sebab itulah pilihan rayat Sabah so lets go happy dan saya berdoa semoga kita ikat perut nanti makan ubi kayu macam zaman jepun.Beras RM50 sekilo pasti kita happy dan minyak RON95 RM5 kita boleh naik bas bah.

    ReplyDelete
  11. Berita TV1 malam ini menjelaskan keburukan subsidi.Dengan kata lain,subsidi haris diTIADAkan sebab menurut penganalisa,Negara akan bengkrap sebagai mana Tunisia.Tak ada masalah kalau tak ada Subsidi tetapi Pendapatan rakyat harus dinaikkan.Harga getah,Harga Padi dan pelbagai keluaran pertanian harus dinaikkan termasuk gaji kakitangan awam.Jangan hanya kata subsidi merugikan Negara sedangkan masa yg sama para pemimpin bermewah.

    ReplyDelete
  12. BN pasti ada sebab kenapa harga Minyak terpaksa dinaikkan. Kerana subsidi yang tidak dapat ditanggung oleh kerajaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.