Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2012 pada minggu pertama Oktober ini, yang dilihat penganalisis sebagai “bajet pilihan raya” sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7 Oktober.Najib tahun lalu membentangkan Bajet 2011 pada 15 Oktober, namun mempercepatkannya seminggu kali ini.Pengumuman mengenainya dibuat ketika spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum akan diadakan sebelum Ramadhan tahun ini.
Difahamkan Kementerian Kewangan sedang mengadakan sesi dialog tahunan mengenai bajet.
Kerajaan BN pernah membubarkan Parlimen ketika Dewan Rakyat sedang membahaskan ucapan belanjawan negara 2000 bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum 1999.
Dalam pada itu, laporan Bernama Online memetik Najib berkata, Bajet 2012 adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.
Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata Najib.
Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
TV Selangor
Tuesday, May 10, 2011
Najib Bentang Bajet Awal, ‘Bajet Pilihan Raya’?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kita tunggulah bentangan tersebut.
ReplyDeletedihrapkan bajet yang akan dibentangkan akan memberikan manfaat kepada rakyat.
ReplyDeletehrap bajet yang dibentangkan memuaskan hati semua pihak. pemberian bajet kenalah dlakukan dgn adil.
ReplyDeleteCepat2 la kasi bentang tu bajet, saya pun mahu tahu juga.
ReplyDeletesemoga bajet 2012 memberikan khabar yang baik untuk rakyat.
ReplyDeleteSemoga bajet yang diberikan akan digunakan dengan baik.
ReplyDeleteKita tunggulah pengumuman bajet. Harap Sabah diberikan lebih banyak peruntukan kali ini.
ReplyDeletepengumuman bajet diawalkan seminggu pun boleh jadi bahan politik.. memang terdesaklah pembangkang di negara ini.
ReplyDeleteBajet boleh dbentangkan bila PM sudah bersedia. Jika mood gum, dewan boleh dibubah. Ini semua hak yang diberi kepada PM.
ReplyDeleteTidak kira apa nama bajet baru yang penting ekonomi terus membangun dan pendapatan rakyat dapat ditingkatkan setanding negara maju.
ReplyDeleteYang penting bajet baru dapat meneruskan pembanguna dan penubuhan negara. Supaya wawasan kita tercapai.
ReplyDeleteBajet yang dibentang bakal menerima ujian pilihan raya.
ReplyDeleteJika ia diterima baik, BN akan dapat markah tambahan dan mungkin memudahkan BN menang lebih majoriti.
Adakah GST akan dilaksanakan selepas bajet dibentang??
ReplyDeleteKalau boleh kurangkan semua cukai yang dikenakan.
ReplyDeleteBeban yang ditanggung semakin berat.