Wednesday, May 11, 2011

Negara Kristian untuk perangkap Umno

Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang berkata kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia - yang mendakwa DAP dan sekumpulan pastor merancang untuk menubuhkan negara Kristian - adalah untuk memerangkap partinya.

NONEDan malangnya - keluh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin - partinya telah terjebak ke dalam perangkap tersebut.

Perangkap tersebut, dakwanya lagi, dibuat oleh pihak tertentu yang akan mendapat manfaat daripada kontroversi tersebut, untuk mencemarkan imej partinya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada percaya atau tidak laporan tersebut yang telah mencetuskan kontroversi, dengan pelbagai pertubuhan membuat laporan polis terhadap DAP, pastor dan akhbar berkenaan.

Shaik Hussien berkata, laporan tersebut, yang berdasarkan kepada posting dalam dua blog pro-Umno, telah mengundang tuduhan bahawa Umno di belakangnya.

“Polis cekap dan bijak, mereka akan tahu tidak lama lagi siapakah di belakang tuduhan tersebut,” kepadanya kepada Malaysiakini.

21 comments:
Write comments
  1. Utusan Malaysia itu sengaja membangkitkan kontroversi. Jangan kita terlalu emosi.

    ReplyDelete
  2. isu yang sensetif tidak patut ditimbulkan oleh mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  3. Macam rasa seronok pla kasi main isu2 agama ni. Yang jadi mangsa, Kristian la saja. Macam mahu diketuk ja kepala tu orang tau. Ni kes buli ni. Asyik2 Kristian ja.

    ReplyDelete
  4. isu ini amat sensitif dan tidak wajar dibangkitkan. hentikanlah isu seperti ini.

    ReplyDelete
  5. sepatutnya blog pro-UMNO tersebut tidak menyebarkan berita yang membangkitkan isu agama. keadaan menjadi semakin tegang dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.

    ReplyDelete
  6. selepas ini, agaknya isu apa lagi yang akan dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini??

    ReplyDelete
  7. Biarlah pihak polis yang melakukan siasatan dengan kenyataan Utusan tersebut.

    ReplyDelete
  8. boikot utusan malaysia..

    ReplyDelete
  9. utusan malaysia jelas2 sudah melanggar akta keselamatan dalam negeri (ISA)..jadi mengapa sehingga kini belum ada tindakan dari pihak KDN?

    ReplyDelete
  10. siasatan menyeluruh harus dilakukan..utusan malaysia juga harus disiasat dan dihentikan operasinya sementara siasatan dijalankan.

    ReplyDelete
  11. jangan mempolitikkan agama..jika tidak, sudah pasti akan berlaku rusuhan dsbgnya..

    ReplyDelete
  12. utusan malaysia harus dikenakan tindakan di bawah ISA..kerajaan jangan bersikap pilih kasih dan berat sebelah..

    ReplyDelete
  13. utusan malaysia kena boikot dulu lagi bagus banyak berita yang disiarkan ikut sedap tulis jer. tak ada tindakan ISA dari KDN

    ReplyDelete
  14. Jangan melibatkan agama untuk tujuan politik.

    ReplyDelete
  15. jangan bawa politik seperti ini ke Sabah..

    ReplyDelete
  16. Jangan mengulang lagi pekara begini. Keamanan negara harus dihargai dan dilingungi semua pihak. Sesiapa yang berniat merosakan, kita kutuk dan jangan mengikut langkah pengkhianat tersebut.

    ReplyDelete
  17. Siapa yang dikata 'pihak tertentu yang akan mendapat manfaat daripada kontroversi tersebut'?

    ReplyDelete
  18. Siapa yang mahu atau mampu perangkap UMNO? Utusa milik UMNO.

    ReplyDelete
  19. Kenapa tidak tumpukan perhatian dalam isu rasuah? Isu penyelewengan kuasa? Isu pendidikan? Atau selidik punca ketinggalan pembangunan Malaysia dibanding negara serantau dan cari cara penyelesaian.
    Bukankah semua ini lebih penting?

    ReplyDelete
  20. Ini bukan soal perangkap, memang isu ini dicipta demi kepentingan politik. Siapa yang dimanfaatkan?? Tiada pihak yang diuntungkan.

    ReplyDelete
  21. Isu agama diesploitasikan demi kepentingan politik?
    Apak yang terlantar dalam fikiran dalang isu ini? Adakah Tuhan dalam hati kamu?
    Cuba tanya diri kamu samada Tuhan akan merestui tindakan kamu?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.