Wednesday, May 11, 2011

Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar

Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.

NONEFathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.

Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.

Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.

"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.

Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.

NONEKatanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.

Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.

Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.

NONETuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya.

Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi.

Seorang lagi ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah seorang wakil NGO dariapda Majlis Perundingan Melayu, Hasan Mad.

15 comments:
Write comments
  1. Ingatilah ajaran Islam.

    ReplyDelete
  2. kes-kes yang mengaibkan ini sepatutnya tidak menjadi satu isu untuk dipolitikkan. saya melihat penyebaran isu-isu mengenai Anwar digunakan sebagai satu senjata untuk menjatuhkan PR. jika benar Anwar melakukannya, ia sepatutnya tidak dikaitkan dengan perjuangan Pakatan kerana ini adalah kes peribadi Anwar.

    ReplyDelete
  3. dan seperkara lagi..saya tidak setuju dengan sumpah laknat yang telah dilakukan oleh Eskay dan Saiful. tempat yang suci seperti masjid sepatutnya tidak boleh dicemari dengan perkara sumpah seperti itu.lebih-lebih lagi ia dikaitkan dengan politik

    ReplyDelete
  4. biarlah pihak yang berkuasa melakukan siasatan.

    ReplyDelete
  5. apa la mahu jadi ni..

    ReplyDelete
  6. adalah tidak wajar kita mengaibkan seseorang.

    ReplyDelete
  7. Harap BN tidaklah terlibat sama dengan kes ini.

    ReplyDelete
  8. Tak apa, Anwar. Berani kerana Benar.

    ReplyDelete
  9. rakyat perlu juga tahu latarbelakang pemimpin yang hendak dipilih untuk memimpin negara ini..

    ReplyDelete
  10. Inilah satu-satu ulasan yang rasional dari kalangan UMNO. Ajaran agama dijadikan panduan dan bukan mengikut kehendak diri yang bersifat tidak adil dan mengikut perasaan.

    ReplyDelete
  11. Berhenti menggunakan cara yang keji dan kotor untuk mematikan karier politik seseorang.
    Rakyat tidak percaya orang yang seperti ketiga-tiga mereka.

    ReplyDelete
  12. Akhirnya ada suara yang jernih dalam debu didengar. Inilah contoh yang patut dicontohi mereka yang tidak sabar ingin menunding jari terhadap sesuatu insiden yang belum jelas kesahihan.

    ReplyDelete
  13. Orang yang berhati mulia dan adil tahu bahawa jangan menuduh sebarangan tanpa bukti.
    Awas dengan dosa dan jangan mengulangi.

    ReplyDelete
  14. Tidak bersalah atau bersalah? Yang terlibat bertindak jujur. Hukuman diakhirat sedang menunggu.

    ReplyDelete
  15. Samada ini satu penipuan atau tidak, mungkin tiada jawapan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.