Menjelang PRU-13,maka akan berlakulah penipuan secara besar-besaran dan terang-terangan yang akan dilakukan oleh pihak pemerintah UMNO-BN dalam menghalang kemaraan PR dari memperolehi sokongan rakyat terbanyak dan bawahan.Propanganda dan fitnah akan bermaharaja rela disana-sini demi mencemarkan imej PR di mata rakyat khususnya orang Melayu.
Akan berlakukan sekatan-sekatan dari pelbagai sudut.Internet akan disekat atau diperlahankan semana mungkinb.Blog-blog pro PR akan digodam habis-habis untuk menghalang penyampaian maklumat terus kepada rakyat.Kemungkinan besar perkara ini bakal berlaku dalam tempoh kempen PRU-13 bermula.Dalam tempoh tersebutlah PR perlu bersedia dari sekarang untuk menghadapi segala halangan besar yang berlipat kali ganti dalam melemahkan gerakan PR.
Oleh itu langkah segara bermula dari sekarang para pemikir PR perlu merangka strategi yang bijak lagi berkesan dalam menghadapi perang besar dalam PRU-13 nanti.Penyampaian maklumat secara konvensional perlu dihebatkan dalam menetang propaganda pihak pemerintah yang sudah tentunya mempunyai kekuatan dalam segala hal perkara.
PR perlu menyediakan kertas risalah yang mempunyai pelbagai tajuk dan isu bagi menyedarkan rakyat terbanyak khususnya di kawasan-kawasan pedalaman iaitu majoritinya orang Melayu/Islam.Itu adalah sasaran utama PR dalam menyebarkan risalah kepada golongan sasaran tersebut.Bermula dari sekarang tajuk-tajuk risalah perlu disenarai hitamkan sebagai maklumat atau isu panas yang perlu disampaikan oleh para pengundi diseluruh negara.
Jumlah yang perlu disedia dan dicetak adalah sekurang-kurangnya 10 JUTA risalah yang mengandungi pelbagai isu dan kandungannya mesti ringkas,padat dan lengkap untuk tujuan menyedarkan para pengundi terhadap isu semasa negara.Target 10 JUTA risalah ini amat perlu dicapai jika mahukan kemenangan..! -Detikdaily
Wednesday, May 11, 2011
PRU-13 : PR perlu sedia 10 Juta Risalah Pelbagai ISU..!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat berjuang dalam PRU-13.
ReplyDeletesama jugalah macam PR.. suka buat penipuan secara besar2an dan terang2an.. nampaknya inilah alasan PR nanti kalau mereka kalah.. sedangkan memangpun mereka ni lemah dan banyak mengelirukan rakyat..
ReplyDeleteCuma tekaan semata-mata, tidak semestinya berlaku. Harap BN tidak melakukan pekara yang disebut diatas.
ReplyDeleteHarap PRU 13 dijalankan dengan aman dan bersih dari segala penipuan. SPM harus lebih adil dan profesional.
ReplyDeleteBersedialah menghadapi PRU-13.
ReplyDeleteJika pembangkang diberi peluang dalam tv dan radio, banyak kertas dijimatkan.
ReplyDeleteBanyak juga risalah yang diperlukan. Boleh gunakan SMS, email atau melalui ceramah-ceramah.
ReplyDeleteBN lebih mendahului kerana memegang kuasa dalam tv dan radio.
ReplyDeleteRisalah yang diedar mesti cukup menarik, jika tidak ia cuma satu pembaziran.
ReplyDelete