Friday, June 29, 2012

Bekas Pengarah Perpaduan Sabah Sertai PAS

BEAUFORT : PAS Sabah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Hj. Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu dan menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri itu daripada cengkaman UMNO/ Barisan Nasional.

Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya.

Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah.

"Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam. Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata”, kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90-an.

“Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan.

“Masalah asas seperti eletrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan,” ujarnya dalam nada kecewa.

Beliau turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah.

“Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu DUN di bawah Parlimen ini,” jelasnya.

Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Oleh : MOHD FIRDAUS M. NOOR (sabahkini)

54 comments:
Write comments
  1. Tahniah kerana sedia berubah kepada yang lebih baik....semoga kekalkan berdakwah sambil berpolitik...kerana politik untuk mendapatkan kuasa supaya Islam terbela dan ummah terpelihara...bukan berpolitik untuk kesenangan duniawi....

    ReplyDelete
  2. Tahniah diucapkn kerna berani membuat perubahan....anda bila lagi?

    ReplyDelete
  3. Tahniah...nie kali lah.

    ReplyDelete
  4. tahniah kerana berani membuat perubahan,ini kali la. tatap dalam bulatan ndak payah ikut barisan.

    ReplyDelete
  5. gd luck! moga anda dpt selesaikan masalah PATI dlm PAS Sabah! kebanyakan mrk adalah org Indon yg beli paspport @ bt pndaftaran lewat! pas dpt keistimewaan anak sabah, lupa diri plak!!


    penyokong BN yg anti rasuah & kroni!

    ReplyDelete
  6. kebanyakan ahli PAS adalah org bugis! mereka bukan org peribumi sabah! mereka org indon yg dapat ic melalui staf JPN yg merasuah! aku anti org2 indon yg belagak nih!!

    aku di tawau ni, tau lah!! mereka ambil hak2 peribumi! org2 indon senang2 rampas hak2 anak sabah - guru, polis, majlis perbandaran, kesihatan dll.. dah dapat ic, mereka bawa saudara mara ramai2 dari indon ke sabah.

    daripada - anti indon

    ReplyDelete
  7. tak pa lah. Ini hasilnya dr Parkara 20 tuh. Kan rakyat sabah sandiri yg suka. Peganglah parkara 20 tuh dan biar aku pegang 'negara' nih.

    ReplyDelete
  8. kan Tun M dah kata yg BODOH masuk UMPOrno dan yg CERDIK masuk PAS. Yahooo..

    ReplyDelete
  9. Saudara-saudara sekalian percayalah,



    Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama membangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina.

    ReplyDelete
  10. betul..kita jatuh kafir jika tolak hukum Allah..jom sokong PAS.Takbir

    ReplyDelete
  11. ini semua konspirasi umno bn.semuanya la bn sj yg bersalah

    ReplyDelete
  12. Anonymous July 2, 2012 12:03 PM...

    Saya juga menolak PR tapi, saya tidak setuju dengan statement ko tu.

    "Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina".

    Kalau mahu promote pun jangan guna agama lain, ni la saya paling benci. Rasis betul punya orang.

    ReplyDelete
  13. It is important young voters to choose wisely in the next general election, the country needs a proven administration to deal with domestic, regional and global issues. Don't give the country away to the wrong hands because you will be in trouble. Govt had worked through many domestic, regional and global issues and these translated into social and economic development for the country.

    ReplyDelete
  14. itu pilihan dia nak sertai mana parti dia inginkan.

    ReplyDelete
  15. Sudah bersara baru berani pilih pembangkang?

    ReplyDelete
  16. Seorang masuk PAS, 10 masuk BN.

    ReplyDelete
  17. ianya adalah pilihan beliau...

    ReplyDelete
  18. tiada apa2 ancaman pun kepada BN jika beliau masuk PAS...pilihan individu...dan beliau memang berhak..

    ReplyDelete
  19. PAS sabah tetap akan kalah pada pru13..rakyat sabah pasti tidak akan menerima PAS untuk menjadi kerajaan negeri...

    ReplyDelete
  20. ideologi politik PAS yang berlandaskan agama islam adalah tidak sesuai dan tidak praktikal diamalkan di sabah...kalau di semenanjung mungkin tetapi di sabah tidak...keharmonian antara agama dan kaum di sabah tidak harus dicemari dengan anasir luar seperti PAS maka adalah wajar PAS sabah diusir keluar dari sabah pada pru13 nanti...

    ReplyDelete
  21. PAS sabah hanya menumpang populariti rakan sekutunya dalam PR iaitu PKR dan DAP...pada dasarnya PAS sabah adalah perahu kecil yang berlubang yang akan tenggelam secaara perlahan-lahan..

    ReplyDelete
  22. not a very smart choice to jump into party PAS.

    ReplyDelete
  23. All the best to him.

    ReplyDelete
  24. Jom pakat usir PAs keluar dr Sabah dan kita pakat ramaikan lg PATI di sabah agar mereka semua kekal bergelar jakun smpai bila2. Biar pendatang jadi VVIP dan VIP Sabah jer. Jom. Bodoh punya jom.

    ReplyDelete
  25. nasib sesebuah parti itu semuanya terpulang pada rakyat Sabah

    ReplyDelete
  26. lagipun perjuangan PAS di Sabah masih baru

    ReplyDelete
  27. tidak semestinya mendapat sokongan ramai dari Sabahan...

    ReplyDelete
  28. menang atau kalah dalam PRU, semuanya di tangan pengundi

    ReplyDelete
  29. Apa yang penting, BN mesti komited dalam memenuhi keperluan rakyat

    ReplyDelete
  30. Pas tidak akan berjaya di Sabah.. tidak menyokong Pas bukan bermakna apa2..

    ReplyDelete
  31. Anonymous said...
    July 4, 2012 10:54 PM
    betul..kita jatuh kafir jika tolak hukum Allah..jom sokong PAS.Takbir

    Statement yang paling kebudak-budakan, jangan politikkan soal agama.

    ReplyDelete
  32. Terpulang kepada beliau mau menyokong parti yang mana, harap pendirian beliau tetap lah.

    ReplyDelete
  33. Pas hanya mempuyai kelompok pengundi yang kecil saja di Sabah.

    ReplyDelete
  34. Sudah bersara baru mau join Pas, susah juga mau cakap.. tiada pendirian .

    ReplyDelete
  35. Taniah dan harapkan tidak melupakan tanggung jawab terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  36. I think PAS can't grow big in Sabah.

    ReplyDelete
  37. Harapkan tindakan lompat parti ke PAS adalah yang bijak.

    ReplyDelete
  38. Is it a right choice?

    ReplyDelete
  39. Harap penyertaan beliau membawa perubahan yang baik kepada PAS>

    ReplyDelete
  40. Bagi penyertaan mana-mana pihak itu tidak perlulah risau. Setiap orang ada pilihan mereka tersendiri.

    ReplyDelete
  41. PAS?? Apa yang ada dengan PAS. Tidak ada yang penting dan perlu untuk menyokong PAS.

    ReplyDelete
  42. Telur sebiji riuh sekampung.

    ReplyDelete
  43. PAS tidak sesuai di Sabah. lebih baik balik Kelantan je.

    ReplyDelete
  44. Masih relevankah parti berasaskan agama dan kaum??

    ReplyDelete
  45. pilihan masing-masing untuk menyrtai parti mana pun.

    ReplyDelete
  46. berbanding parti-parti lain, pas tidaklah banyk penyokong pun di Sabah ni.

    ReplyDelete
  47. itu keputusan beliau sendiri, tapi rata-rata tidak menerima PAS.

    ReplyDelete
  48. biarlah dia sertai pas kalau dia mahu.

    ReplyDelete
  49. apa pun, pas memang susah mahu menang sebab mereka bukanlah kuat di Sabah.

    ReplyDelete
  50. Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan???

    sudah jadi dapat title "bekas", baru kunun mahu bebaskan Sabah dari cengkaman umno/BN?? kenapa bukan ketika dia masih dalam jawatan itu??

    ReplyDelete
  51. kesian juga saya tengok PAS ni.. asyik2 vateren yang ada title "bekas" saja yang join mereka.. itupun boleh dipertikaikan penyertaan mereka.. sebelum bergelar "bekas", kenapa tidak sertai PAS?? takut kepentingan terjejas??

    ReplyDelete
  52. tidak perlulah PAS berbangga dengan penyertaan ahli meragukan ini.. dan tidak perlulah hingga mewar2kan kononnya PAS Sabah mencatat sejarah tersendiri.. meluat saya baca..

    ReplyDelete
  53. SABAH DIJANGKA KELUAR DARI MALAYSIA?
    Semasa pembentukan Malaysia dahulu, Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) telah menghantar Petisyen ke Mahkamah Tinggi Di Kuala Lumpur untuk menghalang negeri Sabah menyertai pembentukan negara Malaysia. Bagi PAS, negeri Sabah tidak patut dipanggil untuk menyertai Malaysia. PAS tidak bersetuju malah menentang kemasukan Sabah di dalam pembentukan Malaysia.


    Selepas hampir 50 tahun, sebilangan rakyat Sabah mula mempersoalkan keikhlasan lidah manis pemimpin-pemimpin PAS. Mereka yang masih hidup memberitahu Mymassa, betapa malunya mereka dihina oleh PAS, betapa sakitnya hati mereka dihina oleh PAS, dengan pelbagai kata-kata yang mengguris jiwa dan kalbu pemimpin-pemimpin Kadazan Dusun Murut pada tahun 1960an dahulu.


    "Mereka hina kami waktu kami mahu gabung bikin itu Malaysia!"


    Di sebelah pemimpin tua, itu seorang Kadazan pula menyampuk , "Dorang tu jahat bah, ati ne (hati ini), banar-banar sakit sampai ari ne. Dorang bilang (mereka kata) kami macam-macam, kami kapir la, kalo aku ingat sakit ati ku ne ( sakit hati aku )"...


    Menurut orang-orang lama ini, antara sebab PAS menghalang Sabah menyertai Malaysia kerana kononnya Sabah sama seperti Singapura.


    Sambung mereka lagi, kalau Pakatan Rakyat memerintah, ada PAS di dalamnya, "aauk inilah masa kita keluar Malaysia, itu PAS dulu itu mau halau kami jua" (ya inilah masa kita keluar Malaysia, parti PAS dahulu mahu halau kami juga).


    "PAS itu endak (tidak) tau maluk (malu), dulu halau kami macam kami ini anjung kurap, sekarang mau undi kami, ...ppptttuih (ludah)" ludah orang tua itu...


    "Di Sabah ini endak da bah orang mau undi PAS, itu pendatang saja bah yang undi dorang tu"


    Bagi kami urang (orang) Sabah, kalau Pakatan memerintah ada itu PAS, bagus kita orang keluar Malaysia, jadi nagara (negara) sendiri!


    *rohit, catatan di Kota Kinabalu, 24/7/2012.

    ReplyDelete
  54. Anonymous said...
    July 26, 2012 4:24 PM

    sebab itulah PAS di tolak di sarawak.. kena bagi "telur" saja masa PRN Sarawak.. si Hadi siap hina penduduk sarawak lagi konon masih pakai cawat, tinggal atas pokok bla, bla, bla..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.