Friday, June 22, 2012

Kemelut Dalam Pentadbiran PR Di Selangor?

Di tengah-tengah kehangatan isu penolakan dalaman terhadap Faekah Husin, tiga aktivis NGO hari ini tampil mengadakan sidang media menyatakan sokongan mereka terhadap pegawai kanan menteri besar Selangor.

Individu tidak berapa dikenali daripada Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat (Pro-Rakyat) itu menolak kempen mendesak Faekah meletakkan jawatan yang giat berjalan, terutamanya di Internet.

NONE"Kami menyokong sepenuhnya Cik Faekah sebagai setiausaha (politik) MB dan kami menolak sebarang usaha untuk menyingkirkan beliau.

"Beliau amat berdedikasi walaupun umum mengetahui beliau juga tegas," kata Setiausaha Pro-Rakyat Mohd Naquib Carmeil yang mengaku bercakap atas kapasiti individu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga individu berkenaan menyatakan yang
mereka tetap menyokong kepimpinan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Namun, motif sebenar ketiga-tiga individu itu mengadakan sidang media itu bagaimanapun tidak diketahui.

Malaysiakini difahamkan mereka mempunyai hubungan dekat dengan exco negeri Yaakob Sapari yang dilihat sebagai 'orang' Azmin.

Langkah itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka dihantar Azmin untuk meredakan ketegangan itu atau sekadar mengambil langkah sendiri selepas 'bertukar kem'.

Dalam sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam itu, kumpulan 'rakyat prihatin' itu turut disertai Ketua Penerangan Pro-Rakyat Ahmad Tarmizi Sulaiman dan ahli exco Abdul Halim Abdullah.

Sidang media itu sebelum ini menjadi perhatian media apabila dijangka menambahkan lagi kehangatan isu yang disifatkan media sebagai "ribut pejabat MB" itu.

Kempen menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangselangor di Twitter itu memaksa Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie menggesa ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan.

-MK

9 comments:
Write comments
  1. jgn biarkan UMNO guna jarum yg ada sudahlah. Ya lah,kenapa dekat nak PRU ada je masalahnya. Kenapa esbelum nih ? Itu yg diprtikaikan cikit.

    ReplyDelete
  2. semahu aku percaya pada berita ini.. sekuat itu naluri aku menyatakan sebaliknya..biarlah aku ulangi.. jgn buang permata semata kerana kaca itu lebih bersinar dan menarik..

    ReplyDelete
  3. tidak mengapa..skrip untuk jatuhkan azmin gagal..kini skrip terbaru untuk jatuhkan faekah..apa yang diharap agar faekah bertindak sama seperti azmin..jangan ambil pusing dan melatah..ujian tu..jika berjaya maka anda orang yang bijak..jangan dilayan...layanan yang pihak pihak tu mahu lagi dilayan lagi teruk nanti..tumpukan pada tugas kerajaan negeri....

    ReplyDelete
  4. Banyak lagi surat sokongan yg di tulis olih Puan Faekah kepada GLC2 untuk membantu peguam2 muda, dan Melayu pulak tu, TAPI BANYAK2 SURAT, surat sokongan firma ank saudara sahaje di tonjoikan, di kemukakan hanya NAK MENUNJUKKAN konon nya Puan Faekah ini ada muslihat !!! Ini DAH TERANG2 satu2 nya langkah FITNAH olih pihak2 tertentu..Kalau kita TAK BUTA, kita bolih NAMPAK dah GAME ini!!
    Haram punya manusia!!
    TS Khalid, Puan Faekah, kita bersama KAMU, Kebenaran itu TETAP Kebenaran, TIADA ADA APA2 BOLIH MEMUSNAHKAN KEBENARAN SELAINKAN ALLAH !!

    ReplyDelete
  5. Dedah jagan tak debah, dedah biar telondeh. Dedah sekerat2, susah nak nilai. Siasat jagan tak siasat, takut nanti sama2 tersesat. Seburuk mana pkr, kita tiada pilihan setakat ini, harap bn dah tentu kalau disiasat bukan setakat surat sahaja, yang lebih dari itu akan lebih banyak. Kalau tak caya, tanya bekas exco bn dulu.

    ReplyDelete
  6. Inilah budaya warisan. Kalau hari2 sibuk dengan kerja politik tak ada masa 'tadah kitab' disurau tak adalah peringatan dosa pahala. Yang yang didendang hari2 'aku ada kuasa' orang lain apa tahu.last terburai dan lepas ni satu demi satu dedah. Altantuya entah ke mana, scorpene senyap, Selangor bye2 jatuh ke tangan musuh. Alahai kembalilah kepada Islam baru ada insaf

    ReplyDelete
  7. ye la, MB kata Faekah tidak meluluskan mana2 projek kpd sapa2 dan hanya terima permohonan je tapi TV 3 suku tulis, " MB KATA TAK SALAH GUNA SURAT PEJABAT MB." Kan mcm langit dgn bumi jauhnya ayat tu.

    ReplyDelete
  8. teruk kan?!!

    PKR menentang kroni sedangkan pemimpin2 nya memang kroni!

    PKR menentang media massa cz didakwa berat sebelah, tp media massa akan sentiasa berpihak padanya bila dia berkuasa nanti!!

    PKR memang menentang isu royalti, sedangkan nanti dia akan sapu royalti bila dia berkuasa nanti!

    PKR menentang penyelewengan, sdgkan parti ini memang sentiasa menyeleweng!!

    PKR menentang serangan yahudi ke atas palestin, sedangkan dia menerima dana2 dari yahudi.. berhutang budi tuh!

    PKR sentiasa cakap pasal ekonomi yg hebat, sedangkan nanti PKR naikkan cukai pintu + berhutang dengan IMF untuk bayar gaji staf krj.

    PKR cakap tentang subsidi air, sedangkan nanti PKR buat2 lupa dan naikkan tarif air!

    PKR cakap pasal biasiswa pada pelajar universiti, nanti pelajar2 tetap kena bayar itu & ini!

    PKR janji sana sini, tapi PKR mudah lupa pada janji......

    korang akan kenal siapa dsai nanti! aku x mahu sokong dia dah!! cakap sangat pandai tapi ek saje lebih!



    bye anwar.. aku memang makin kecewa + bengang dengan mu - kerabat TIBAI

    ReplyDelete
  9. lagi satu - pkr menuntut keadilan, tp dsai akan injunksi siapa yg mengkritiknya!!

    contoh - tun mahathir, khairi jamaludin, nalla karuppan...dll yg kenal dirinya

    ^^dulu di kl sokong, skrg tak sokong dsai

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.