Friday, June 22, 2012

Wisma Putra Panggil Mengadap Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura di sini, Ong Keng Yong ke Wisma Putra petang ini untuk menyampaikan rasa tidak senang Kerajaan Malaysia berhubung penyertaan tiga diplomat dari pejabat suruhanjaya berkenaan dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra, Anifah menegaskan bahawa pihaknya telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan dalam perhimpunan tersebut.

"Sebagai Menteri Luar, saya amat memandang serius akan perkara ini. Semasa pertemuan saya dengan ketua-ketua perwakilan Asean di Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu, saya telah membangkitkan isu penglibatan diplomat asing dalam perarakan haram Bersih 3.0.

"Ini kerana penglibatan sedemikian dilihat sebagai aktiviti di luar batasan yang boleh memberi persepsi negatif kepada hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara-negara mereka.

"Saya faham dengan tanggungjawab perwakilan diplomatik yang ada di Malaysia untuk memantau perkembangan di negara ini dan melaporkannya kepada kerajaan masing-masing.

"Namun pada masa yang sama, saya yakin bahawa para diplomat tetap perlu memberi perhatian kepada sensitiviti bagi menghormati negara tuan rumah dan cara bagaimana negara-negara di rantau ini menjamin supaya hubungan baik antara satu sama lain dapat dijaga demi manfaat bersama," ujarnya.

Anifah juga berkata yang beliau yakin bahawa para diplomat tidak perlu terlibat secara langsung dalam perarakan semasa perhimpunan haram tersebut.

"Semasa perjumpaan saya dengan Ong Keng Yong pada petang ini, saya sekali lagi menjelaskan pendirian Kerajaan Malaysia mengenai penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar," jelas beliau.

Langkah yang tidak wajar ini, tegas Anifah sememangnya telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura walupun pada hakikatnya hubungan antara dua negara jiran ini dan rakan dalam Asean kini kian berkembang.

Menurut beliau lagi, pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura telah menunjukkan komitmen yang jelas untuk terus memperkukuhkan perkongsian antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih mantap bagi manfaat bersama.

"Saya turut menegaskan kepada Ong Keng Yong bahawa Kementerian Luar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan diplomatik yang lebih tegas terhadap diplomat yang didapati telah melanggar batasan norma-norma diplomasi yang terpakai mengikut Konvensyen Vienna Mengenai Perhubungan Diplomatik 1961 dan undang-undang negara ini," tegas Anifah.

Dalam perkembangan berkaitan, Anifah berkata yang beliau sendiri telah berhubung terus menerusi telefon dengan rakan sejawatannya dari Singapura, K. Shanmugam, bagi memaklumkan mengenai pertemuan dengan Ong Keng Yong.

"Semasa perbualan telefon yang positif tersebut, menteri luar Singapura dan saya bersetuju untuk terus menggerakkan usaha-usaha konstruktif bagi mempereratkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura," ujar Anifah.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditanya mengenai isu tersebut berkata, siasatan mengenai tiga diplomat Singapura yang didakwa menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu sedang dijalankan oleh Kementerian Luar.

"Kita mahu melihat kesahihan laporan tersebut sama ada mereka hadirsebagai pemerhati atau terlibat dalam demonstrasi. Faktor itu yangmesti kita tentukan," kata Najib kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini pada lewat petang Jumaat.

-Mstar

9 comments:
Write comments
  1. Dia tahu tuntutan rakyat adalah jelas iaitu perjalanan pilihanraya bersih. Itu pun Menteri BN nak sembunyi ke. Sekarang tugas SPR pulak keluarkan statement 'membela diri'. Kah Kah kah kelakar bunyinyer. Saya trpasang radio 94.7 fm,trdengar lah SPR dok usung diri sendiri, terus tutop radio. Bukan apa, takut lama dengar lagi sakit hati. Tutop jela senang

    ReplyDelete
  2. aku prhatikan peg kanan kerajaan samada dah pencen atau akan pencen, mereka minat dgn PAS. Mungkin selama mereka berkhidmat,banyak penyelewengn brlaku dlm BN/kerajaan sebab itu mereka brfikir kewajaran antara BN atau PAS. Dgn itu, BN tanpa segan silu akan melakukan politik memeras ugut kpd peg kerajaan ( contoh bekas Pen Gabnor Bank Negara Datuk Murad ) yg terang2 mendedahkan ada ugutan dr pemimpin negara agar beliau tidak membuat apa2 kenyataan yg tidak memihak kpd BN/UMNO. Datuk Murad telah menegaskan tidak berlaku apa2 penyelewengan rasuah melibatkan DS Anwar yg mengakibatkan BPR tidak menemui apa2 bukti utk menuduh DS Anwar,pada waktu beliau jadi TPM dulu. Ini yg menyebabkan BN marah kpd Datuk Murad itu lantas mengugut beliau. Datuk Murad dipaksa membuat kenyataan palsu terhadap DS Anwar.

    ReplyDelete
  3. sama juga dgn si Nalla tu, si Roslan Kassim dulu serta si Ezam sesumpah. si Nalla diperangkap BN dgn pistol, Roslan Kassim dihalang mendapat apa2 perkhidmatan brkaitan pinjaman perumahan ke atau hal2 perundangan brkaitan perumahan..sykt guaman beliau hampir bangkrap. si Ezam sesumpah juga dah tak larat lagi makan 'gaji' isteri shj,beliau malu kerana sebagai suami beliau harus bela rumahtangga.Lalu goyah juga istiqomah dgn jemaah jika memanjang takde duit. Takkan senan jer nak tinggal kotak2 beliau yg ada brmacam2 bukti penyelewengan BN/UMNO.

    ReplyDelete
  4. Mereka ingat manusia semua boleh dijual beli. Zaman jahiliah manusia menjual manusia untuk dijadikan hamba, dizaman serba maju ini ada manusia menjual diri sendiri untuk diperhambakan dengan istilah Katak melompat

    ReplyDelete
  5. Antara kenyataan Najib yang mencerminkan siapa diri beliau:

    1. Debat bukan budaya kita

    2. Pilihan raya umum tiada masalah pada musim Haji

    3. Hudud bukan penyelesaian

    4. FELDA bakal menikmati hasil pulangan yang besar setelah didagangkan dipasaran terbuka. Meskipun warga Felda hanya memiliki 37% saham.

    TUMBANGKAN REJIM BN!!!

    ReplyDelete
  6. Debat bukan budaya kita dan PRU pada musim haji juga bukan budaya kita. Tarian K-Pop juga bukan budaya kita. Dapat komisyen kapal selam juga bukan budaya kita...hahaha..semua yg kita buat hari ini bukan budaya kita..Budaya kita ialah angkat keris cium...hahaha...////

    ReplyDelete
  7. sekadar panggil sembang2 sambil minum kopi,layanan yg sama sekali lain dgn rakyat...lg pun malaysia berani ka nak gertak singapura, lebih parah kalau nak berkonfrantasi dgn singapura itupun tengok2 dulu stor senjata ..ada berani ka..?? duit rasuah lebih byk dari peralatan perang..

    ReplyDelete
  8. Dia orang nak tengok dengan mata kepala sendiri ape matlamat dan gambaran sebenar bersih tu - sebab tak percaya dgn Media BN. Kan tu termasuk hal ehwal antarbangsa juga.

    ReplyDelete
  9. hidup PAP! moga singapura msuk malaysia kembali. tak kisahlah org2 cina jd PM. yg penting mereka sokong hudud. allahuakbar

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.