Wakil-wakil rakyat Umno hanya berani membuat fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media dan ‘serang hendap’ tetapi menikus apabila dicabar secara berhadapan oleh Ketua Pembangkang itu di Parlimen.
Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sebentar tadi, beliau diganggu oleh suara-suara dari beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan jeritan “RM3 bilion, RM3 bilion!”
Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen.
“Sila-sila… Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua,” cabar Anwar.
Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut.
Anwar selanjutnya menjelaskan bahawa SPRM sendiri pada tahun 2009 (ketika itu BPR) menyatakan tuduhan itu tidak berasas berdasarkan pengakuan bersumpah bekas pengarah siasatan badan itu, Abdul Razak Idrus.
Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bising mencabar Anwar mendedahkan akaun mengenai isu RM3 bilion tetapi membisu apabila Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri itu supaya sama-sama mendedah akaun.
Parlimen sekarang sedang membahas peruntukan tambahan RM13 bilion yang dipinta oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dari jumlah itu RM360 juta diperuntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terpalit dengan penipuan daftar pemilih.
Anwar juga mengkritik pentadbiran Najib yang tidak cekap merancang dan mengendali ekonomi apabila unjuran defisit fiskal meningkat kepada 6.2 peratus berbanding 4.7 peratus semasa pembentangan belanjawan Oktober lepas. -KD
Thursday, June 21, 2012
Isu RM3 Bilion: MP BN Menikus Apabila Dicabar Anwar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Malunya aku punya pemimpin Barisan Nasional yang hanya tahu menuduh dan memfitnah tapi bila dicabar mendedahkan tunduhan itu menikus pula. Tiada telurkah pemimpin-pemimpin BN ini!
ReplyDeleteko ni anon 9:16 am
ReplyDeletebab ni ko malu pla dgn pemimpin BN,habis tu video sex anugrah tuhan ko dgn china doll ko x malu ke?ke telur ko dh kena sentap oleh c aljuburi..hoi anon bengong! klu idola ko tu hebat sgt awat x saman umi hafilda ali?tu dh terbuka luas bg ruang nk kena saman x saman2..
pencacai umngok nih takder benda lain kalu bercakkap. SEX, LIWAT itu jer yg dia pandai...pun bukan dia tangkap sendiri pelakunya. Hanya baca utusex dan dgr tv 3 suku. Kita bukan menyokong liwat,sex,rasuah kezaliman atau apa2 kejahatan tapi kalu FITNAH dan penyebar FITNAH lagi jahat dan dosa BESAR. Orang brhujah dgn fakta dan kalau tak reti,baik diam kan nampak cerdik. Sebab itu UMNO/BN suka orang melayu terus bebal dan dlm kegelapan kerana senang bg mereka nak sapu harta negara. Dalam Al qur'an jelas ada ayat, " Jika kamu dengar suatu berita, teliti siapa penyampainya." Maksudnya Islam tak mahu manusia trpedaya dgn syaitan yg kelak hanya membinasakan kita shj. Suka dinyatakn, bukan kita sokong SEX,LIWAT, RASUAH dan apa2 kezaliman. Contoh jelas..saudara seorang baik dan memang baik dikalangan masyarakat setempat, tiba2 selepas saudara brbakti pd mereka, ada sekumpulan manusia di situ memfitnah saudara telah kokca' ( rogol) anak org dgn bukti yg direkayasa oleh mereka. Buktinya ada seorg budak yg mengaku memang saudara merogol beliau tapi budak tu sebenar ada 'masalah'lain. Maka org cerdik mesti menyebelahi saudara sebab mereka kenal budak tu..tapi bg mereka2 yg jelas 'benci' dgn saudara, memang akan mengiyakan malah menokoknambah lagi jln cerita. Itu contoh 'simple'. Sekali lg sya nyatakan kami bukan menyokong SEX,LIWAT ,RASUAH atau apa2 kejahatan baik BN ataupun PR tp berpaksilah pd KEBENARAN.
ReplyDeleteahli parlimenn BEND memalukan sungguh memalukan ...kesian sungguh pengundi kamu...hanya berani bersuara dibelakang.
ReplyDeletecakap kuat di luar,masuk dewan menikus hehe
ReplyDeletepenfitnah isu rm3b bila dicabar bangun ... kecut nak bangun ... ... takut kena saman fitnah mcm nalakaruppan kot
ReplyDeleteMP BN bukan dgr ni...memasing sibuk main FB, twitter, layan sms ngn artis dll je time ni.
ReplyDeleteloud speaker kebetulan 'rosak' dlm forum yg ngam @ mengakui penipuan sendiri??? UMNgOk mau tembirang pun x cun...
ReplyDeleteYB BN tu opportinis,tak pelik la. Fakta yg dijelaskan oleh DS Anwar sebenarnya tidak dapat dijawap dgn jelas oleh YB BN. Ketua 'samseng' YB Bn dlm Dewan tu ada 3-4 orang trmasuk YB Kinabatangan, YB Sri Gading dan sebelum ni Datuk Speaker Dewan sendiri prangai mcm ketua samseng dlm dewan. Pantang ada fakta panas yg melibatkan BN, mereka akan bertempik seperti pasar ikan. Yg sebenar, suara rakyat yg diwakili tidak sampaipun dlm dewan yg mulia tu. Tiada perbahasan professional.
ReplyDeleteDSAI cabar dlm parlimen ...sorang pun tak bangun pasai rm 3 billion..kat luar..tgk kak umi lembu yg kecoh sgt...ahhahaahahhahaha
ReplyDeleteNampak sangatlah si Ummi Half (separuh masak) ni cuba menabur fitnah lagi tanpa berfikiran waras. Cuba bayangkan, kalau wanita itu orang biasa dan bukan tokoh koprat, mana mungkin cukai pendapatannya mencecah RM 50 juta! Akai ada ka? Agak agaknya wanita ni kerja sebagai tokey dadah kot? Fikir fikirkan lah sebelum kita disetarafkan dengan lembu lembu NFC.....
ReplyDelete