Tuesday, June 26, 2012

Sabah Miskin Angkara Pengkhianat?

NEGARA Sabah telah dicampak ke dalam longkang kemiskinan dan kehinaan sekian dekad; dan tiada sesiapa pun yang lebih patut untuk bangun mendepani cabaran-cabaran jahat tersebut melainkan rakyat Sabah sendiri melalui kesedaran dinamik dan kearifan baru yang berhemah.

“World Bank confirms Sabah as M'sia's poorest state. The World Bank (WB) in Washington has confirmed through a new study that Sabah is not only the poorest state in Malaysia but it's likely to stay that way for a considerable length of time given current efforts in poverty eradication.” - Malaysiakini (Nov 11, 2010)

Justeru, penulis tidak bermaksud untuk mempertikaikan laporan bank dunia yang mengesahkan bahawa Sabah adalah negeri paling miskin di dalam Malaysia. Namun, penulis mempertikaikan faktor-faktor yang menjerumuskan Sabah ke lembah kemiskinan dan kehinaan.

Sabah Dikhianati

Altantuya Shaariibu amat berjasa kepada regim Malaya. Altantuya Shaariibu lima tahun bertungkus lumus sebagai juru bahasa dan penterjemah kepada dokumen dalam projek pembelian Kapal Selam Scorpene dengan janji Komisyen USD500,000 (Lima Ratus Ribu Dollar Amerika Syarikat). Selepas urusniaga berjaya, tentulah Altantuya Shaariibu hendak menuntut Komisyen yang dijanjikan kepadanya.

Malangnya, janji tinggal janji. Akhirnya, Altantuya Shaariibu telah datang ke Malaysia demi menagih janji tersebut. Namun, jawapan yang diterima adalah meletupkan Altantuya Shaariibu dengan C4 sehingga jasadnya berkecai berjuta-juta. Demikianlah kejamnya pengkhianatan regim Malaya terhadap Altantuya Shaariibu.

Demikian juga dalam soal Projek Malaysia 1961 yang dimasyhurkan pembentukannya pada 16 september 1963. Brunei tidak menyertai Projek Malaysia atas alasan tidak mahu dijajah atas nama Malaysia dengan mengatakan "Adalah muktamad Brunei tidak mahu menyertai Malaysia kerana tidak mahu menjadi tanah jajahan, taklok, rantau dan pesisir kepada Malaya" – (Sultan Omar Ali Saifuddien III). Mana kala Singapura pula, telah keluar Malaysia pada tahun 1965.

Projek Malaysia dalam konteks negara Sabah, dua buah parti politik yang telah memainkan peranan utama dalam usaha merealisasikannya iaitu, United Kadazan National Organisation (UNKO) dan United Sabah National Organization (USNO).

Projek Malaysia, idea Tunku Abdul Rahman telah memberi jaminan kepada negara Sabah bahawa, “The granting of self-government too would enable Sabah to stand on its own feet as equal with Malaya, Sarawak and Singapore.” - Sabah Times (August 30,1963).

Namun, realitinya pada hari ini adalah sebaliknya. Sabah bukan sahaja diturunkan statusnya kepada negeri, bahkan dimiskinkan angkara pengkhianatan regim Malaya. Dalam perjanjian Malaysia 1963 dan 20 Perkara, dinyatakan dengan jelas tentang hak-hak Sabah dalam Negara Komponen Malaysia.

Malangnya, pengamal politik Sabah sendiri yang menafikan kewujudan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 melalui Perkara 20 sebagai tidak sah! Justeru, kalau Perkara 20 tidak sah; yang menjadi intipati kepada penyertaan negara Sabah dalam perjanjian Malaysia 1963, maka kenapa kewujudan Malaysia atas nama Sabah Sarawak Malaya masih sah?

Kenapa regim Malaya berhak melaungkan ‘hak ketuanan melayu; hak istimewa melayu; 1melayu, 1bumi’ sedangkan, pada masa yang sama negara Sabah tidak berhak mempertahankan 20 Perkara yang menjadi haknya dalam Perjanjian Malaysia 1963? Kalau regim Malaya terasa dirinya ada hak dalam Negara Komponen Malaysia, maka kenapa 20 Perkara yang menjadi hak negara Sabah dalam Negara Kompnen Malaysia dinafikan?

Bukankah penafian regim Malaya terhadap hak-hak negara Sabah dalam Negara Komponen Malaysia sebagai lambang kepada pengkhianatannya terhadap Sabah Sarawak yang menjadi rakan kongsinya dalam Negara Komponen Malaysia; atau regim Malaya hanya berselindung disebalik nama Malaysia untuk menghisap dan merompak hasil Sabah Sarawak?

Hasil Sabah Dihisap

Menurut Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari, Malaya memungut melebihi RM36 Billion setahun - (Januari 19, 2012). Menurut Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menyatakan bahawa, hasil Sabah berjumlah RM41 billion setahun - (Mei 7, 2012).

Kalau begitu, Sabah bukan negeri termiskin di dalam Malaysia! Dengan kata lain, Sabah menjadi termiskin di dalam Malaysia kerana sengaja dimiskinkan, lantaran pengkhianatan nyata oleh regim Malaya terhadap 20 Perkara yang menjadi hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Sesungguhnya, tanpa pengkhianatan regim Malaya terhadap 20 Perkara, tidak mungkin mereka dapat menghisap sekian banyak hasil negara Sabah ke negara Malaya. Yang demikian, penulis menjabarkan soalan, sama ada Sabah negeri paling miskin di dalam Malaysia; atau Malaya yang menjadi komponen negara termiskin di dalam Malaysia? Namun, Negara Malaya menjadi kaya kerana telah menggigit tangan Malaysia Timur yang menyuapnya!

Justeru, jika regim Malaya telah menghisap hasil Sabah, sehingga jatuh menjadi negeri yang paling miskin di dalam Malaysia, melalui pengkhianatan terhadap 20 Perkara yang menjadi hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963, maka adalah menjadi tanggungjawab golongan professional dan cendekiawan Sabahan untuk berhenti dari menjadi kuli dan barua kepada parti-parti Malaya, di samping membina ‘esprit de corp’ atau semangat berpasukan demi mendaulatkan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 sebagaimana berikut :

DUA PULUH PERKARA ASAS PERSEKUTUAN MALAYSIA


PERKARA 1: AGAMA

Walaupun tidak ada bantahan kepada ketetapan bahawa Islam sebagai agama rasmi Malaysia, namun di Borneo Utara tidak ada agama rasmi Negeri, dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan Islam di dalam Perlembagaan Malaya sekarang ini tidak berkuatkuasa terhadap Borneo Utara.

PERKARA 2: BAHASA

(a) Melayu merupakan bahasa kebangsaan Persekutuan;

(b) Inggeris hendaklah terus digunakan, bagi tempoh 10 tahun selepas hari Malaysia.
(c) Inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi Borneo Utara bagi semua maksud Negeri atau Persekutuan, tanpa ada penghadan waktu.

More Info - Sabahkini

21 comments:
Write comments
  1. sabah miskin angkara tak amanah..

    dari pemimpin, ketua2 glc hinggalah staf2 pelaksana dasar di sabah! hehe hehehe.

    bayangkan berbillion2 duit dari kerajaan pusat tiba setiap tahun..tp ntah ke mana? itu belum lagi dengan duit pemberian PATI pd staf jpn utk dpt ic.

    bandingkan dgn rm 800 juta setiap tahun ke pulau labuan, setiap perincian duit tersebut, hampir semua masyarakat p.labuan tahu ke mana duit itu dibelanjakan! mereka sentiasa inkuiri.. tgoklah p. labuan sekarang! majuu sangatt.. jika labuan bawah sabah, aku tahu mmg tak maju.

    sabah negeri korup!! dr J yg nak pegang semua duit dari krj pusat& krj negeri pun amat korup! tengok aje ke mana duit yayasan sabah bawah penguasaannya dlu...

    ReplyDelete
  2. 20 perkara memberikan sabah kuasa autonomi ttp ini dinafikan malaya!!!

    ReplyDelete
  3. kasi sula dan buang kat laut cina selatan pemimpin pemimpin yg korup tu.

    ReplyDelete
  4. Pemimpin korup hanya layak jadi makanan anjing.

    ReplyDelete
  5. tahniah buat BN sanggup buat orang sabah mcm anjing

    ReplyDelete
  6. itu gambar sulap sya la,bukannya rumah org.korang ni jadikan isu plk sulap saya tu,sengaja utk mau kutuk kerajaan.kalau ada pun begitu bukannya salah kerajaan tapi salah pemimpin setempat yg tidak proaktif.

    ReplyDelete
  7. pandangan yg baik. tapi kerajaan pusat bagi p. labuan hanya lebih kurang rm500 juta setahun! itu pun x sampai.

    p. labuan mesti internasionale!!!!

    ReplyDelete
  8. krj pusat x penah nafikan keistimewaan 20 perkara sabah! tapi tukarla sapa2 yg korup.

    kau boleh jadi KM, kan pirit? sabah perlukan pemimpin yg celik, pemimpin yg sayangkan rakyat! pemimpin yg x suka mewah2..budaya hedonisme pd anak2nya... bini2nya..

    sabah for sabahans..tapi bagaimana PATI boleh dapat ic? anak2 indon di sini siap boleh jadi cikgu.. keje di mpt! habis keistimewaan anak2 sabah.. aduhaii..

    *tidong PBS, tawau

    ReplyDelete
  9. sebenarnya Perkara 20 tu dah lapuk dan patut dibuang ke Celebes Sea. Bukan apa, kita bercakap dlm semangat negara Malaysia,bukan 1Malaysia. 1Malaysia tu lah yg menguburkan pribumi ditanahair sendiri tapi semangat negara Malaysia pula membolehkan kita semua bebas bergerak, mengambil peluang yg ada, berinteraksi antara satu sama lain dgn harmoni, membantu negeri miskin malah membantu golongan kurang bernasib baik. Apa perlunya orang Semenanjung dtg ke Sabah/Sarawak mesti menggunakan passport? memang tak masuk aqal. Dlm masa menghalang kemasukan org semenanjung, hasil mahsul negeri telah lama dikaut VVIP, VIP dgn memfara'id sesama mereka dan ic palsu telah lama dikeluarkan kpd PATI. So apa lebihnya Parkara 20 tu. kalau lita brfikir 'out of Box'...tak nampak apa faedahnya. Jadi berbalik pd tajuk di atas..pengkhianat itu wujud dikalangan org Sabah itu sendiri dan tak perlu usung kesana kemari Parkara 20 ituh.

    ReplyDelete
  10. fuckkk yoouuu
    siapa cakap perkara 20 dah lapuk??/ isap pepek mak kaw laaa..ko PTI ke cakap begitu?? hanya pilak pendatang sja cakap perkara 20 lapukk..semenanjung balik semenanjung la..di sabah banyak menggangur knpa bawa orang2 melayu pg sabah?? bodoh punya pemimpin..kalau ada peluang becakap sama c najib sy mau luahkan perasaan sy sebagai sebahan apa dia berani cakap..BODOH

    ReplyDelete
  11. dalam parlimen tu…sebut je peruntukan berjuta-juta tapi yang sampai kat orang sabah sarawak sikit jer…kadang-kadang tak mencukupi pun..kasihan tak hairan la sabah miskin.

    ReplyDelete
  12. seharusnya rakyat sabah kaji semula penyertaan dalam penubuhan
    malaysia.seandainya pemimpin sabah dan sarawak bersatu untuk membawa sabah dan sarawak keluar daripada malaysia dan menyertai brunei sebagai negara borneo.negeri sabah dan sarawak dapat hasil sepenuhnya apa yang ada dibumi borneo

    ReplyDelete
  13. Bn terlalu yakin bahawa parti pembangkang tidak mampu merampas kedudukan mereka di Sabah & Sarawak…Tpi sebenarnya BN silap..tindakan mereka melemparkan janji2 manis tanpa perlaksanaan memungkinkan parti pembangkang merampas kedudukan Bn si sana ditambah lagi dengan perkaara 20 yang dibangkitkan Sabah.

    ReplyDelete
  14. kesian dgn penduduk sabah, bukan setakat isu ni je tp isu kad pengenalan lambat dapat pun ade.. menjadi pendatang asing di bumi sendiri kesian2.. undilah lagi.. :tepuk

    ReplyDelete
  15. hehe…undilah lagi…
    ayat pedas gak tu..
    tapi tu la hakikatnya…
    bila time mengundi mula tabur duit
    mata rakyat jadi kabur
    nak pilih siapa..
    erm…takbaik2

    ReplyDelete
  16. apa benda Perkara 20 tuh ?. Ohh, ia hanya utk halang rakyat Sabah jadi cerdik. Tpi betul jugak,sebab tu PATI senang bermaharalela di Sabah.

    ReplyDelete
  17. masalah, masalah!! ponink den.

    sabah ni keluarlah dari malaysia! macam la negeri ni hebat sangat! pemimpin2 sabah ni dah lah taik rasuah! kerja nak senang, cakap nak menang!! cikgu2 kristiannya benci pula dengan krj pusat. padahal tak malu terima gaji, pangkat & pelbagai imbuhan dari krj pusat.

    keluar lah!!

    jika aku PM aku keluarkan aje sabah nih dari malaysia! x payah nak gaduh2!! x payah mengata2 BN yg sentiasa ikhlas menolong anda yg x penah bersyukur nih!

    **drp orang-orangan

    ReplyDelete
  18. sabar..yg aku tau perkara 20 itu menyebabkan PATI yg beli ic ambil kesempatan sebagai anak2 sabah, bha! pusat memang tolong bila anak2 sabah mohon kerja..tapi anak2 PATI yg ada ic tu ambil peluang!

    contohnya anak2 indon berpeluang jadi guru & guru besar, ppd, kerja2 kerajaan dan polis di tawau nih! kerajaan negeri / pusat x boleh buat apa sebab sistem! mereka di terima sebagai anak2 sabah. anak2 sabah wajib dilayan!

    kita kena perbaiki sistem pelaksana di negeri sabah. sebagian mereka2 ni taik rasuah, bha! `mereka yg merasuah ni` akan putar belit & tuding semua kuasa dari Putrajaya / KL, sedangkan siapa yg sangup membayar, mereka bagi lah..

    **oh sabah tanahairku

    ReplyDelete
  19. 20 sentiasa releven.sebenarnya pemimpin korup disabah diletak oleh 'bos besar' dari malaya.rakyat tak dapat jatuhkan pemimpin korup sebab kuasa undi mereka dinafikan oleh 'rakyat palsu'.demokrasi malaysia bukan demokrasi sejati!pergi mampus sesiapa yang menafikan 20 perkara!Sabah bukan negeri,Sabah negara!

    ReplyDelete
  20. relevan ke inda parkara 20 tuh..Sabah dah trgadai kerana kealpaan Sabahan dgn Parkara 20 tuh jugak. Konon2 mau dpartahankan Parkara 20..nampakka kita apa hasilnyah.

    ReplyDelete
  21. keadaan sekarang berlaku kerana 20 perkara sudah dilanggar!kepala hotak lah kealpaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.