Macam-macam cara Datuk Seri Najib Razak lakukan untuk ‘membeli’ undi dengan menyalahgunakan wang rakyat.
Selepas golongan suri rumah ditawarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), rakyat biasa menerusi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pelajar sekolah menerusi Susu 1Malaysia, mahasiswa dengan Baucer Buku 1Malaysia, kini pemandu teksi pula dilayur menerusi Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) dengan satu lagi peruntukan hasil cukai rakyat dan sumber negara bernilai RM35 juta.
Wang rakyat ini akan digunakan untuk pakej pembiayaan baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun. Tidak cukup dengan itu, Najib sendiri telah berjanji untuk menamatkan monopoli pemilikan lesen dan permit teksi yang sudah berpuluh tahun membelenggu nasib pemandu teksi khususnya di Lembah Klang.
Janji yang sangsi
Yang peliknya tidak pula dinyatakan pihak mana yang telah memonopoli permit teksi selama ini. Adakah beliau sengaja tidak menyebutnya kerana ingin menyembunyikan penglibatan ramai pemimpin UMNO-Barisan Nasional serta syarikat kroni dalam kes ini?
Maka kita serahkan budi bicara pemandu teksi dalam hal ini, moga-moga mereka sedar yang mana gula-gula atau perangkap Najib dengan yang mana lebih ikhlas seperti yang termaktub dalam buku Jingga Pakatan Rakyat.
Pakatan sedar apa yang sebenarnya dimahukan oleh pemandu teksi. Bukan sekadar tayar, lampu atau cermin kereta. Yang mereka tuntut selama ini ialah hak pemilikan teksi individu. Kerana tanpa permit itu, para pemandu teksi hanyalah pekerja kepada syarikat-syarikat yang diberi habuan menguasai pemilikan teksi.
Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga telah berikrar lebih awal untuk menghapuskan pemberian permit teksi kepada syarikat kroni, sebaliknya akan memberikan secara terus kepada pemohon iaitu pemilik teksi.
Ini jelas bukan janji kosong, sebaliknya dasar yang telus dan jitu. Tapi malang, Najib tidak berani dan tidak mampu memberi seperti mana Pakatan Rakyat ingin berikan, di sini kita boleh nilai yang mana jujur dan yang mana tidak.
Dalam hal janji air liur Najib ini, ada lagi yang pelik, secara tiba-tiba tahun ini menjadi tahun kebajikan bagi kerajaan Barisan Nasional. Sudah kerap kita utarakan isu di mana kesemua pemberian wang atau apa jua bantuan secara ‘one off ’ ini tidak ada dinyatakan secara terperinci dalam belanjawan 2012 yang lalu. Jadi kita musykil sekali dari mana datangnya wang berbilion ringgit ini.
Jika dihitung anggaran jumlah pemberian BR1M yang berjumlah sekitar RM 1.92 billion, KR1M sekitar RM 40 juta, Skim Susu 1Malaysia berjumlah RM 4 juta, Baucer Buku 1Malaysia sekitar RM 260 juta, TR1Ma berjumlah RM 35 juta dan Klinik 1Malaysia berjumlah RM 10 juta setakat Januari 2010, kesemua jumlahnya sudah mencecah sekitar RM 2.269 billion.
Ini tidak termasuk kes rasuah wang rakyat untuk syarikat kroni NFC berjumlah RM 250 juta dan lain-lain ketirisan lagi.
Reputasi yang meragukan
Nampaknya, wang rakyat telah diurus oleh pemimpin yang sangat boros dan cuai. Ini adalah berpunca dari sikap yang gila untuk kekal berkuasa. Inikah model pemimpin yang dikatakan membela masa depan rakyat?
Kita bimbang menerusi kepimpinan yang sedia ada hari ini, kita sedang memperjudikan nasib kita ditangan mereka yang tidak amanah dan korup. Oleh itu, jangan sesekali kita terpesona dengan lakonan pemimpin yang sudah kemaruk kuasa.
Para pemandu teksi juga sedar siapa yang sebenarnya membela nasib mereka. Mereka sudah berpuluh tahun menanti janji-janji BN yang amat jarang ditunaikan.
Berikan sokongan kepada parti yang terbukti mengamalkan ketelusan, cekap dan bertanggungjawab. Pakatan Rakyat sedia menerima mandat rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
– Roketkini.com
Tuesday, June 26, 2012
UMNO-BN mahu ‘beli’ undi pemandu teksi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
haji logiut najib; tuk2, kereta lembu, pemilik basikal, etc, tiada subsidi???
ReplyDeleteyg x puas hati tu, x mampu buat! emm, pirit, berapa kau bayar cukai pdptn tahun lepas? ntah2 x penah bayar! huhu.
ReplyDeletesedarlah, bahawa krj BN mmg pandai carik duit! pas tu pandai pula bagi duit pada yg memerlukan..
**umno man..dlu, kini & selamanya...
aku bersyukur dapat gaji setiap bulan dari kerajaan! BN mmg menepati janji. menolong orang-orang susah. BN telus. aku sekeluarga memang akan undi BN!!
ReplyDeletetapi tukarla KM! kami undi sapa yg bawa dacing!
mengikut statistik, 80% drpd kutipan cukai negara disumbangkan oleh kaum yg melayu label sbg 'pendatang'. jd cukai pdptn yg kau [mungkin] bayar setiap tahun itu x cukup utk sumbat celah2 gigi kau sekalipun...
ReplyDeletekbnyakan syarat penerima bantuan@subsidi krajaan sprti BR1M ialah mereka yg brpndapatan RM3R ke bawah dan tntulah golongan ini brgembira dan mnyokong krajaan tapi bagaimana pulak golongan yg brpndapatan RM3R ke atas? adakah mereka boleh dimasukkan ke dlm golongn yg sama? adakah mereka rasa dipinggirkan dan kmarahan akan brterusan?
ReplyDeletekalau iklas bagilah bantuan rakyat sama rata tanpa syarat tidak perlu mngikut jumlah pndapatan dll. slagi dia berdaftar sbagai pengundi yg sah bagi sahaja apa2 bantuan kerajaan tanpa syarat...mcm BN atau PR ada berani...?
ReplyDelete"Bantuan seperti BR1M, K1M, KR1M, KARISMA, Menu 1Malaysia, PRIMA dan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita dalam usaha menangani masalah belanja sara hidup rakyat Malaysia.."
ReplyDeleteDan yang terbaru TR1MA..Bukti bila pembangkang kuat, pemerintah kuku besi, rasuah, kroni, salahguna kuasa, penyeleweng, berat sebelah akan mengelabah untuk mencari sokongan dengan beri "bantuan kilat" sempena tahun pilihanraya...Kenapa semua itu tak diberi 3-4 tahun yang lepas sebaik sahaja Najib jadi PM??
tayar bagaikan gula2 dari rejim najib pemandu teksi ambil shjlah, tapi jgn kamu lupo esok hari PRU13 kamu semua undi PAKATAN RAKYAT.hancur niat jahat rejim zalim najib, krn najib anggap kamu ini semua pemandu teksi banggang senang diperkudakan.
ReplyDeletegula-gula........manis...
ReplyDeletepermit teksi individu telah banyak dikeluarkan sejak zaman PM kita nih. Permit itu banyak dikeluarkan sekitar tahun 2008/09. Tapi masalahnya sebelum itu,beratus permit dkeluarkan kpd sykt yg kemudian memberi sewaan permit/teksi kpd orang prseorangan dgn terma2 trtentu shingga ramai juga yg kena main dek pihak sykt. kalau kita perhati permit teksi KL spt INNOVASI TIMUR, UPTOWNACE,SELASIH MUARA,SUNLIGHTS dan beberapa nama lagi semua nya permit sykt yg mempunyai beratus2 permit utk disewa dan disitu untong atas angin sudah berapa? Tak tau la mereka dpt permit tu quota kroni atau tidak sebab jumlah nya banyak dan tak munasabah.
ReplyDeleteTak apa kata Najib sebelum pru13 saya bagi kamu gula-gula dulu. Lepas PRU13 nanti aku cekik kamu dengan cukai GST biar kamu mampus katanya dalam hati itu. Dia pun sudah maklum awal-awal lagi GST akan dilaksanakan lepas PRU13. Bila GST dilaksanakan semua bantuan 1Malaysia yang diberikan selama ini tak mampu bayar cukat GST untuk setahun apa lagi lima tahun. Pintarkan Najib menipu rakyat!
ReplyDeleteRata-rata pemamndu teksi di Kota Kinabalu kata bantuan najib Tayar1Malaysia ambil saja undi nanti bukan najib tahu kata mereka. Begitulah apa saja Najib bagi ambil undi lain kira duit itu bukan duit Najib pun tapi wang rakyat. Rakyat dapat nilai 1 sen wang rakyat kroni dapat juta-juta!
ReplyDelete