Monday, June 18, 2012

Warkah Buat Anak Muda India Yang Mahukan Perubahan

Bercakap sahaja mengenai soal masyarakat India di Malaysia semua orang dapat memberi simbolik ‘kalau bukan mabuk, bukan India namanya’. Adakah masyarakat India hanya tahu minum todi dan adakah anak-anak muda kaum India hanya perlu menjadi hero pergaduhan.

Siapakah yang perlu bertanggungjawab untuk menukar presepsi negatif ini terhadap masyarakat India? Jawapanya adalah diri anda sendiri, Mahtma Gandhi pernah mengatakan “we must become the change we want to see”.

Setelah 54 tahun pemerintahan di bawah regim Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO nasib masyarakat India di Malaysia tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Ada pun perubahan adalah dari segi migrasi penduduk; dari estet ke Bandar, namun Dato G. Palanivel, Presiden Malaysian Indian Congres (MIC) atau MAIKA ( lebih dikenali di kalangan orang India) yang baru mengambil alih jawatan tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan yang menguris hati masyarakat India.

Apabila bertanya kepada beliau apakah hala tuju dan nasib masyarakat India yang kini semakin hari semakin mendapat tekanan hidup, beliau pula menggesa masyarakat India untuk balik semula ke estet. Adakah ini penyelesaian yang dinanti-nantikan oleh masyarakat India? Apakah kita tidak layak untuk tinggal di Bandar dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Ini jelas menunjukkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin India di kompenan BN yang langsung tidak peduli dengan masa depan masyarakat India.

Pendidikan anak-anak masyarakat India dianaktirikan dan digadaikan, sampai sekarang kerajaan BN tidak mampu untuk memberi penyelesaian terhadap isu-isu melibatkan sekolah Tamil. Makin hari, makin berkurangan sekolah-sekolah Tamil di Malaysia dulu kita mempunyai 888 buah sekolah, kini hanya tinggal 523 sekolah Tamil sahaja.

Kita tidak mahu masyarakat India terus ditipu oleh regim BN. Kita tidak mahu masyarakat India memperjudikan nasib mereka hanya dengan sebuah hamper, sari, dhoti dan duit saku RM50 apabila setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum.

Kita mahu melihat perubahan dari segi peluang pendidikan, ekonomi dan sosial. Ayuh anak-anak muda bangkit untuk membuat perubahan jangan leka lagi dan menjadi mangsa penipuan BN!! (Yemarathe, Yemaradhe). Di harap pada PRU-13 nanti anak-anak muda masyarakat India akan membuat perubahan dengan membuat pilihan tepat memilih kerajaan yang dapat menjaga dan memulihara nasib masyarakat India.

Anak-anak muda jangan lupa anda juga merupakan agen kepada perubahan tersebut. Oleh itu, tolonglah buka minda dan mata ibu bapa dan keluarga anda yang masih karat dengan menyokong BN. Berikan mereka maklumat dan fakta yang selama ini mereka telah ditipu dan diperbodohkan oleh BN, kita memerlukan perubahan dan perubahan tersebut hanya boleh dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.


Kumaresan Arumugam
Penyelaras Bahagian Pulau
Malaysian Indian Voice (MIV)
Negeri Pulau Pinang

17 comments:
Write comments
  1. Diharapkan kaum India akan diberikan layanan yang setaraf dengan kaum lain.

    ReplyDelete
  2. Kaum India juga salah satu daripada 4 kaum utama di Malaysia, mereka tidak haruslah dipandang rendah ataupun diabaikan.

    ReplyDelete
  3. Selalu dalan iklan, Melayu Cina India. Bagaimana pula kaum ini dipinggirkan?

    ReplyDelete
  4. Bangkit dan perjuangkan hak anda.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana dengan 300,000 kaum India yang didakwa tiada dokumen pengenalan diri?

    ReplyDelete
  6. Kaum India di Malaysia mempunyai hak seperti kaum lain. Tiada satupun kaum di Malaysia ni dipinggirkan.

    ReplyDelete
  7. Betul hanya diri sendiri sahaja yang boleh mengubah nasib.

    ReplyDelete
  8. walaubagaimana orang lain berfikir positif terhadap anda, tapi jika anda sendiri tidak ingin mengubah nasib, keadaan akan tetap sama.

    ReplyDelete
  9. kaum india tak pernah dipinggirkan, mereka yang harus tonjolkan diri mereka.

    ReplyDelete
  10. di mana2 politik menjadi bahan bualan. memang deman politik sudah sekarang ni. Kemuncak adalah PRU13.

    ReplyDelete
  11. multi racial people of Sabah who belong to different faiths have always enjoyed fair treatment from the BN government

    ReplyDelete
  12. fakta akademik ialah jurang perbezaan ekonomi di Malaysia.
    ranking 1 = Cina
    ranking 2 = India
    ranking 3 = Melayu.

    Itu KENYATAAN jelas naib chanselor uitm prof datuk ibrahim abu shah.

    Maka sahlah, yg tertinggal/trpinggir/trkblakang adalahh MELAYU.

    ReplyDelete
  13. Saya tidak mempunyai masalah dengan warga india kerana mereka juga manusia yang sama2 dicipta oleh Tuhan.

    ReplyDelete
  14. Semua sifat yang mereka miliki juga dimiliki oleh kita semua. Jadi tidak ada stereotype terhadap kaum lain.

    ReplyDelete
  15. Setiap rakyat inginkan perubahan. Maka kita cuma harapkan semua pihak akan turun padang dan mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  16. kalau betullah kaum India diabaikan, sudah lama sekolah2 India dihapuskan.. kaum2 lain boleh terus maju kehadapan bukan disebabkan oleh kerajaan, sebaliknya oleh sikap individu itu sendiri.. bukan BN yang menentukan masa depan semua rakyat di negara ini.. dan bukan Anwar yang memberkan anda masa depan yang cerah..

    ReplyDelete
  17. The Chinese have the economic controlled. Indians have to gain education. The government with its sympathy towards the indian community pls give us places in all the ipta,TTC and so on.
    We do not blame others but pls helps us - MCA/UMNO. We are child of tender years pls nourish with your tender arms as god would do so.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.