Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) mendesak siasatan dilakukan berhubung Opss 2020 dan mahu pihak yang terlibat membuat penjelasan terbuka mengenai konspirasi ini.
Opss 2020 didakwa satu konspirasi terancang oleh Umno BN yang menggunakan institusi awam termasuk mahasiswa untuk memenangkan mereka pada pilihan raya umum ke-13.
Antara yang terlibat ialah Biro Tata Negara (BTN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP) setiap universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Menurut jurucakap Pro-MN, Edikoup Lakip Sediyanto, Opps 2020 menyebabkan pilihan raya kampus ditangguhkan mengakibatkan hampir keseluruhan universiti tidak mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
"Opss 2020 membunuh aktivisma dan idealisma mahasiswa di kampus serta menghalang kebangkitan mahasiswa sebelum PRU ke-13 dan bertujuan menakluk kampus di Malaysia untuk menjadi pro kepada Umno BN," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen semalam.
Sidang media sempena penyerahan memorandum mengenai perkara itu kepada Sekretariat Benteng Negara Dari Jenayah (Benar) yang dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar.
Edikoup juga berkata, Opss 2020 dilakukan dengan sangat terancang melalui pertemuan-pertemuan sulit yang dirangka pejabat perdana menteri sendiri.
"Setiausaha politik KPT dan pegawai khas KPT dan pegawai KPT lain turut terlibat dalam mesyuarat bersama wakil kampus pada 25 Januari lepas," dakwanya sambil menunjukkan bukti kehadiran mereka dalam minit mesyuarat tersebut.
Sehubungan itu Pro-MN menuntut penjelasan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara ini. -HD
.............
Minit mesyuarat penyelarasan pemilihan MPP IPTA sesi 2012, Bil. 1/2012 :
Tarikh : 25 Januari 2012
Masa : 9.00 hingga 11.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
Sumber : FB Konspirasi 2020
Friday, June 22, 2012
Opss 2020: Bukti Mahasiswa Dikerah Kempen Untuk BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
x boleh tembirang dgn org dewasa, cuba pula secara paksa dgn budak2...
ReplyDeleteSemakin menjadi jadi ketakutan rejim umno ni.Dah lah PRU 13 takut nak bubarkan parlimen, pilihanraya kampus pun sudah jadi satu igauan ngeri buat rejim jahat ini.Sampai bila Rejim ni nak menongkat langit..!!
ReplyDeletecontoh jelas brlaku diserata dunia, kebangkitan mhasiswa akan meruntuhkan mana2 kerajaan. Cuma lambat cepat shj tetapi kebangkitan itu tetap menumbngkan kerajaan. Pres Suharto jatuh setelah kebangkitan m/siswa mereka yg cuba dihalang oleh POLRI tapi gagal. Kehilangan nyawa m/siswa mereka dibayar dgn harga mahal oleh Pak President yg menyaksikan president trsungkur dtangan rakyat. Contoh2 itu brlaku lg di negara Teluk. Nah,igauan ngeri bg BN yg menunggu utk disumbat dlm penjara rakyat
ReplyDeleteNamanya UMNO = Penipu, pembelit, gila kuasa, tamak. Kalau tak bukan UMNO namanya.
ReplyDeleteUMNO tak pernah puas menghalalkan perbuatan haram mereka.. dimana ada pelajar Malaysia diseluruh dunia, akan diwujudkan Kelab UMNO..tapi penubuhan kelab selain dari UMNO tidak dibenarkan...didalam negara ada dua kumpulan iatu Pro-Aspirasi dan pro-mahasiswa.. umum mengetahui saban tahun Pro_Aspirasi yg menyokong UMNOBn gagal menguasai Universiti terulung di Malaysia iatu U. Malaya..UKM dan UIA dan bebrapa universiti lain.. menanglah diUniversiti mana pun. tapi tumpuan tetap pada UM.. ibarat Selangor yg menjadi crown jewel.. jadi utk memastikan imej dan bonus pada UMNO sebelum PRU13.. mereka mahu menguasai UM dgn menggunakan apa pendekatan sekali pun
ReplyDeleteUMNO nak perbodoh mahasiswa macam dia perbodoh orang-orang kampung. Dalam umno, yang berkelulusan PhD pun diperbodoh2kannya. Pro apirasi pulak, asyik menjilat membodek apa saja yg dihulur oleh bapaknya umno. Di Mesir, gerakan mahasiswa dgn sabar serta strategi, akhirnya dpt juga menumbangkan rejim perompak Hosni Mubarak. Di sini rejim perompak BN masih mengaku hebat gah dgn pendaftaran Mat Indon, Bangla sebagai pengundi berdaftar. UMNO ADALAH BAPAK PENGKHIANAT RAKYAT MALAYSIA. JOM KITA MENDIANGKAN UMNO/BN!!!! UMNO binasa, Rakyat sejahtera!!! ABU!!!
ReplyDelete