Thursday, June 28, 2012

Kerajaan Pusat Pilih Kasih?

Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah, Mutang Dawat @ Sylvester menegaskan bahawa, pemberian peruntukkan sejumlah RM235 juta oleh kerajaan pusat sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak di Keningau baru-baru ini untuk membina loji baru bekalan air tidak perlu dibanggakan sangat kerana ia berbentuk 'pinjaman' dan bukannya geran.

Beliau berkata, beliau terkejut apabila status peruntukan itu berbentuk 'pinjaman' yang sepatutnya pemberian itu berbentuk geran kerana melibatkan perkara asas yang telah pun tergolong dibawah program NKRA untuk seluruh negara, terutamannya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
“Apabila sesuatu pemberian itu berstatus pinjaman maka sudah pasti kerajaan Negeri kena bayar. Anehnya, negeri ini kaya dengan sumber galian dan sebagainya tetapi terpaksa meminjam dana daripada pusat kerana hasil masyhul kekayaan negeri ini tidak terurus dengan betul,” kata beliau ketika memberitahu masyarakat Kg Pamaluiyan dalam satu perjumpaan parti itu baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut tertanya-tanya kemana kerajaan salurkan peruntukkan berbillion ringgit seperti yang telah dibentangkan dalam bajet lebih dua tahun lalu bagi menjana pelaksanaan program NKRA di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), khusus untuk menaiktaraf infrastruktur luar bandar.

Malangnya, apa yang sering dilihat pada ketika ini rakyat dikawasan luar bandar khususnya di kawasan Rundum, rakyat masih merungut kerana infrastruktur jalanraya masih dalam serba kedaifan, termasuklah sekolah kerajaan khususnya di SK Kolorok dan perumahan guru-guru masih berkeadaan daif.

“Kita minta pihak tertentu kena jelaskan kepada rakyat dengan tepat kerana rakyat sedia maklum dalam laporan media ada mengatakan jutaan ringgit disalurkan kepada kawasan ini, tapi kesannya macam tidak nampak pun,” tegasnya.

Kata Mutang, Kita tidak berniat untuk memburuk-burukkan kerajaan, tetapi Kita berhak bertanya dengan kerajaan di mana sebenarnya wang begitu banyak dibelanjakan konon untuk pembangunan. Mungkin dalam laporan media sesiapa juga ada terbaca bagaimana seorang ketua cawangan merungut dan marah kerana peruntukkan sebanyak RM4 juta untuk Parlimen Tenom tetapi pelaksanaan kerja projek itu diberikan kepada usahawan luar daerah...begitu sekali jijiknya,” tegas Mutang.

Mutang yang juga merupakan Pengerusi Penyelaras Parti Kita kawasan Parlimen Tenom seterusnya menjelaskan objektif NKRA dimana ianya diletakkan dibawah KKLW yang dikhususkan untuk merancakkan pembangunan dikawasan luar bandar di Pedalaman Sabah dan Sarawak berhubung masalah infrastruktur jalanraya, bekalan elektrik, bekalan air bersih, infratruktur pendidikan, PPRT dan masalah kemiskinan.

Oleh: JACKSON LU (sabahkini)

5 comments:
Write comments
  1. Cantiknya jalanraya di atas itu yang BN buat kalah lebuhraya di New York. Tahniah BN kerana membina jalaraya secantik itu.

    ReplyDelete
  2. banyak sangat parti serpihan tu ye? Tapi dari tahun 1978 lagi terbukti parti serpihan tidak bertahan lama bukan kerana tiada daya tahan tapi wujudnya atas kesedaran tanpa 'kesedaran'.

    ReplyDelete
  3. sabah terpaksa 'pinjam' drpd hasil sabah sendiri???

    ReplyDelete
  4. Nah...jika local party benar2 memperjuangkan HAK pribumi sabah inilah antara isu yang perlu dibawa. jangan yakin sangat dengan prinsip setia kawan yang dicanang oli BN..kununnya ada lagi kaedah penyelesaian yang lebih baik. tapi sampai bila prinsip tu bertahan....kita tidak nampak pun apa2 perkara yng telh selesai. seumur hidup rakyat sabah di anaktirikan,..dikasi ulun-ulun di negeri sendiri. bila lagi...'INI KALI LA' bukan lagi lain kali...kali kali pun tidak

    ReplyDelete
  5. BN/UMNO hanya mempermain-mainkan rakyat Sabah dan Sarawak. Sepatutnya BN bina lebuhraya 4 lorong menghubung Sabah dan Sarawak seperti lebuhraya Utara Selatan di Semananjung baru adil serta bagi menghargai Sabah Sarawak sebagai Fixed Deposit mereka. Ini tidak apakah BN amalkan 2Malaysia?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.