Saya adalah salah seorang pekerja Kumpulan Yayasan Sabah bahagian perhutanan yang bertugas dalam hutan hampir 8 tahun, sangat tidak memahami pengurusan gaji DPW (pekerja bergaji hari) daripada pihak pengurusan. Antara berikut adalah perkara yang saya tidak fahami:-
1. Walaupun sudah bertugas selama hampir lapan tahun, tetapi tidak ada-apa perbezaan kepada kami atau mereka yang baru mula bertugas dimana gaji sehari adalah RM12.00 dan tidak ada kenaikan gaji walaupun harga barangan sudah meningkat tinggi.
2. Tidak mempunyai SLIP GAJI. Sekiranya ditanya semasa audit, biasanya jawapan yang diberikan adalah “ada”. Sebenarnya semua itu adalah PENIPUAN.
3. Dalam sebulan, kami hanya diberikan kelonggaran keluar hutan (balik ke rumah) selama tiga hari termasuk hari keluar. Itu bererti, hanya dua hari sahaja kami berada di rumah. Masa bersama anak/ keluarga sangat tidak mencukupi.
4. Sebelum ini, gaji kami termasuk elaun malam di hutan boleh mencapai rm700 ke rm900 sebulan tetapi, sejak pembayaran gaji diambil ahli oleh bahagian sumber manusia dan perkhidmatan korporat pada awal bulan April 2012, gaji yang kami terima hanyalah rm500 ke rm600 sebulan.
Tidak diketahui mana salahnya sebab pekerja tidak diberikan slip gaji . Kumpulan Yayasan sabah kini mendapat beberapa sijil kecemerlangan daripada SIRIM tetapi tidak ada seorang pun pihak atasan atau kementerian buruh mengambil berat tentang masalah kami sedangkan 80% daripada pekerja Kumpulan Yayasan Sabah adalah pekerja bergaji hari. Sepatutnya slogan RBJ DINAMIK, BERJIWA RAKYAT, KOMITED, PRIHATIN dibuktikan.
Kami sangat berharap supaya pihak kementerian buruh dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat menyelasaikan masalah kami ini sebelum pilihanraya akan datang.
*Sekadar luahan ingin tahu....
Kiriman : Hariz
Email*: hariz628@yahoo.com
Wednesday, June 20, 2012
Masalah Pengurusan Gaji Kumpulan Yayasan Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kan Kump Yayasan ni ada kuasa mutlak pd hutan2 Sabah..takkan takder duit ye. Ini mesti pakat2 nak kebas duit dlm yayasan nih. Kuasa atasan mungkin sampai ke KM Sabah kot sebab tu berani. Kalau lojik diakal, pekerja dgn Yayasan ni boleh cecah RM1300 sebulan. Kalau ini trjadi, UMNO Sabah boleh kekal brkuasa hooo.
ReplyDeleteRakyat hanya dpt RM500 sorg, yg juta2 & billion2 be end sapu lah...
ReplyDeletebagi yg nampak BeEnd sapu juta2, bagi yg tak nampak..Anwar Ibrahim pulak yg jadi tajuk besar.
ReplyDeletekan mahkamah syari'ah ada,kenapa dok pi masuk mahkamah sivil. Kes tu brkaitan dgn undang2 islam, so kena ada lah mahkamah utknya bukan bole main hentam kromo ja. Mahkamah Sivil pun kan dah bebaskan kes, apa lagi nak kecoh2nya tantang kes Anwar Ibrahim. Pencacai umno boleh kata al juburi lagi pd Dato Seri Anwar, masya allah takut nya aku dgn bala Allah.
ReplyDeleteLaporkan kepada SPRM mungking ini ada penyelasaian.
ReplyDeletelapor kpd SPRM ? hah hah hahhaah..kah kah kahhh kah.nak pecah perut aku
ReplyDeletewalaupn mereka pekerja bergaji hari, tapi mereka jg mempunyai hak2 seperti pekerja lain.
ReplyDeletebegitu sedikit gaji mereka, hal ini tak patut berlaku.
ReplyDeletekenalah mencari penyelesaiannya.
ReplyDeleteJangan membiarkan banyak orang menaghadapi masalah ini.
ReplyDeleteBegitu sikit duit memang susah untuk hidup. kesian mereka.
ReplyDeleteharap masalah ini akan diselesaikan, bagi menjaga hak mereka.
ReplyDeletePekerja bawahan pun kena juga ditengok walaupun kedudukan mereka rendah. tanpa mereka pasti ada kecacatan dalam KYS.
ReplyDeleteMungkin ada kesilapan di mana2 bahagian dalam KYS tu. kenalpasti kakitangan yang buat kerja tak betul.
ReplyDeletehal ini harus diberi perhatian kerana hal ini adalah perkara serius.
ReplyDeleteHal ini perlu diselesaikan sebelum keadaan menjadi lebih teruk yang mana membawa pekerja melakukan sesuatu diluar kawalan.
ReplyDeleteAiks menghairankan. Hal ini patut disiasat, soal duit jangan main-main. Nanti pekerja memberontak kan susah. huhu
ReplyDeleteJadi pastikan hal ini mendapat perhatian sewajarnya.
ReplyDeleteSaya rasakan pasti ada yang tak kena ni. Tapi kenapa tak suarakan pada orang atas saja?
ReplyDeleteAtau mungkinkah trend zaman sekarang, post di internet baru dapat perhatian????
ReplyDeleteApapun, semoga hal ini dapat diselesaikan secepatnya.
ReplyDeletemereka boleh terus berurusan dengan pihak atas YS...tidak payah cari publisiti..
ReplyDeletedikatakan si hariz sudah 8 tahun bekerja...kenapa tunggu sampai sekarang baru mahu bising? kan bagus kalau awal2 lagi..dan dalam kontrak apa yang disebut?
ReplyDeletehak pekerja harus dipertahankan...
ReplyDeletetiada kesatuan pekerja kah dalam KYS?
ReplyDeletemasalah berat juga ni...harus diselesaikan segera..
ReplyDeleteBiasalah 2 Beb !kan zaman sekarang zaman kebinatangan bukan lagi zaman perikemamusiaan "KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK SENDIRI MATI KELAPARAN"
ReplyDeletekesian betul pekerja-pekerja yang mengalami masalah ini di KYS. Harap siasatan akan dilakukan. Hak pekerja harus dipertahankan!
ReplyDeleteJika benar perkara ini, harap nasib pekerja dapat di bela.
ReplyDeleteLebih baik tanya pada pihak atasan, itu yang lebih afdal.
ReplyDeleteSepatutnya ada kesatuan Pekerja.
ReplyDeletePerlu ada pengurusan gaji yang sistematik.
ReplyDeletePekerja seharusnya menerima gaji yang setimpal dengan usaha mereka.
ReplyDeleteRasanya orang ni harus mengadu di tempat yang betul.
ReplyDeleteTindakan segera perlu.
ReplyDeleteThey need to follow the right procedure and policy.
ReplyDeleteSistem pengurusan kewangan haruslah diperbaiki.
ReplyDeleteThe workers welfare should take care also.
ReplyDeleteThe have their right for the salary upon their hard work. Hope prompt action will take.
ReplyDeleteTindakan wajar harus diambil sebelum masalah tidak menjadi serius.
ReplyDeleteMereka berkerja untuk mencari rezeki. Maka sebaiknya janganlah terlalu menyekat apa yang mereka perolehi.
ReplyDeleteKesian juga kalau macam itu. Pengurusan yang membebankan pekerja sendiri.
ReplyDeleteSemoga KYS dapat membantu menangani masalah seperti ini.
ReplyDeleteNasib pekerja harus dibela agar golongan ini mendapat gaji yang berpatutan.
ReplyDeleteSemoga pengurusan kewangan tidak membebankan pekerja.
ReplyDeleteKelemahan ini harus diperbaiki dengan system yang lebih canggih.
ReplyDeleteSusah nak bayangkan perasaan pekerja dalam situasi sebegini. harapkan isu ini dapat ditanggani dengan lebih berkesan.
ReplyDeleteSemoga isu ini dapat ditanggani dengan baik sebelum isu bertambah teruk dan pekerja mogok.
ReplyDeleteDiharapkan luahan ingin tau encik Hariz akan mendapat penjelasan.
ReplyDeletePekerja yang bekerja dengan bersungguh-sunggu perlulah diberikan penghargaan, semoga pihak pengurus Yayasan Sabah akan mengambil tindakan yang baik.
ReplyDeletepenjelasan perlu diberikan berhubung dengan pekara ini.
ReplyDeletejika ini benar, penyelesaian harus dicari demi kebaikan semua.
ReplyDeletekepentingan pekerja harus dijaga dengan sebaiknya.
ReplyDeletepihak yang berkaitan harus mengambil langkah penyelesaian.
ReplyDeletemungkin wakil pekerja dan wakil pengurusan boleh mengadakan perbincangan untuk mencari penyelesaian terbaik.
ReplyDeletebawa la ke mahkamah..
ReplyDelete