Gelombang Hijau ke Putrajaya meneruskan momentumnya dengan himpunan yang diadakan di peringkat negeri Perlis pada 22 Jun lalu di Markas PAS Kampung Paya di DUN Santan dekat sini.
Meskipun buat julung kalinya, program besar seumpama ini diadakan di luar premis induk PAS Perlis samada Kompleks PAS Perlis di Kangar mahupun Markas Tarbiah PAS Perlis di Jejawi, sambutan orang-ramai amat membanggakan dengan lebih 5000 orang hadir membanjiri dataran di hadapan markas PAS tersebut.
Sambutan hangat ini diceriakan lagi dengan kehadiran begitu ramai ahli dan penyokong Umno tempatan dan luar kawasan yang sama-sama ingin mendengar ucapan dari pimpinan khususnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan undangan khas, Tamrin Ghafar.
Program himpunan dimulakan dengan majlis solat hajat dan munajat yang dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Perlis.
Kemudiannya, program kemuncak himpunan dimulakan dengan para hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS dengan diikuti bacaan surah an-Nasr oleh qari jemputan yang mambacanya dalam tiga lagu tarannum.
Pengarah Program, Mohd Anuar Tahir memulakan ucapan diikuti ucapan dari Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis, Khoo Yang Chong; Timbalan Ketua Muslimat PAS Perlis, Haton Osman; Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan dan Ketua Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob.
(Ustaz Hashim Jasin berucap dengan diperhatikan Mohamad Sabu dan Tamrin)
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Beliau menggambarkan himpunan yang diadakan pada malam tersebut adalah suatu petanda yang perlu diambil pengajaran oleh Umno/BN yang mana ianya adalah petanda kepada apa akan bakal berlaku dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.
Program himpunan ini kemudiannya diteruskan dengan majlis bacaan ikrar dan baiah oleh para peserta himpunan dengan dipimpin oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
Semakin ramai orang Umno
Seterusnya Tamrin, tampil menyampaikan ucapan dengan memulakannnya dengan laungan 'takbir'. Ucapannya yang bersahaja menggunakan loghat utara jelas menarik minat orang ramai.
"Saya baru sama-sama dengan tuan-tuan dan Pakatan Rakyat dalam tiga bulan. Saya lihat di manapun saya pergi sambutan rakyat amat baik. Yang menariknya semakin ramai orang-orang Umno yang hadir ke program kita, jangan padang sepi lagi dengan kehadiran mereka.
"Inilah berkat pengorbanan dan kesabaran pimpinan PAS yang berjuang sejak dahulu lagi, ditohmah, dicaci dan dihina. Saya pun dulu ikut sama. Tapi siapa sangka hari ini, ramai orang termasuk pimpinan Umno telah meninggalkan Umno dan bersama PAS," katanya.
Tawan Johor
Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Timbalan Presiden PAS yang menggambarkan bahawa gelombang kebangkitan rakyat yang menyokong PAS/Pakatan Rakyat kini semakin memuncak di seluruh negara.
"PAS dan pakatan Rakyat sudah diterima rakyat bukan sahaja di negeri Perlis ini, tapi sekarang ni Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk menawan negeri Johor.
"Dulu Tun Daim Zainuddin kata negeri yang selamat untuk BN hanyalah tiga iaitu Johor, Pahang dan Melaka, tapi dengan pergolakan yang berlaku, hari ini kita lihat Pakatan Rakyta juga mampu mengambil-alih pemerintahan di Johor,"katanya.
-HD
Sunday, June 24, 2012
Gelombang Hijau landa Perlis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena jaga2 dr barua umno yg diupah utk sabotaj hadirin dgn menyimbah cat bru ( spt trjadi di Perak dan Penang ) baru2 ni. Kerana RM30.00, budak2 surohan umno ( sya prcaya bukan org dewasa dan bukan org umno ) sanggup lakukan kerja gila itu. Tapi takpe, Tuhan melihat segala nya dan Berkuasa atas segalanya.
ReplyDeleteberapa kerusi pas bertanding dan menang pada pru13 nanti?60 kerusi pun tak sampai.dgn jumlah tersebut layak kah mereka pergi ke putra jaya??? hahaha gerenti sure kerusi tak mencukupi tapi angan2 mencapai langit.biarkan si luncai terjun dgn labu2nya.lucu la n tak tau malu.
ReplyDeleteANON 10.52...APA PLK TUDUH BUDAK SURUHAN UMNO???MEREKA TAK LAH SEBODOH DAN SEJAHAT BUDAK2 PENGGANAS YG MERUSUH DAN MEROSAKKAN KERETA POLIS DAN MENYERANG POLIS SEWAKTU PERHIMPUNAN HARAM TEMPOHARI.
ReplyDeletePAS + DAP + PKR + STAR + SAPP + lain2 parti pembangkang = ???...kita tengok klu2 c luncai terjun n TIMBUL dgn labu2nya!!!
ReplyDeleteanon 9.03 am : June 25 : Hang ikut p sana masa tuh ? Kalu tak pi, tak yah hang nak tolong komen. Ayat hang nih macam ayat TV3 suku yg dok siar penafian KPN tentang jahatnya polis malah tv3 tu haghi2 dok siaq dakyat kaghut dia tuh kata perusoh trbalik keta. Dia tak habaq yg keta tu melughu laju nak langgaq oghang ghamai. TV3 jadi cam israel laknatullah hang dok usung sama kebatilan tv3, adoih hang nih.. Yg kes simbah cat bighu, awat hang tak tau.? Member nak dengaq ceramah,biaq pi la sapa2 pun. Awaq nak sabotaj. kalau PAS curah cat hijau pd keta PM, aku pon maghah. Kita brfikit ikut aqal bukan ikut syaitan.
ReplyDeleteSeramai 500 penunggang motosikal mengiringi Najib semasa lawatan ke Keningau baru-baru ini hanya mendapat RM10 seorang walaupun pada mulanya dijanjikan antara RM20-50 seorang sementera penduduk kampung dari Sook, Tenom, Tambunan juga mengalami nasib yang sama, Laporan sebuah akhbar tempatan Sabah dua hari lalu. Budaya UMNO bila datang pemimpin paksa seluruh penduduk kampung datang konon penyokong kuta BN
ReplyDeleteTAWARAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN PRU 13
ReplyDeleteKerajaan Wahyu Ilahi mempelawa mana-mana rakyat yang berminat untuk mengisi jawatan seperti yang tertera di atas: antaranya,
a. Boleh berkomunikasi dengan tuhan (menentu tempat bertanding).
b. Bijak memutar belit firman Allah. (ingat- tuhan pun mencarut-marut)
c. Boleh memanggil malaikat (itu sb PAS sts menang di Kelantan wp org susah mengeluh).
d. Boleh berkawan dengan syaitan, asal dendam kesumat tercapai.
e. Sentiasa sanggup `berzina` dangan kuffar harbi DAP dan `diliwat` pelbagai cara oleh PKR (PR dan sts enggan bermuzakarah dengan UMNO).
f. Tak perlu bersekolah Tahun Satu pun di Malaysia. Memadai di Pakistan, India @ Lughatul Arabiah shj. Tak perlu belajar sains @ matematik.
g. Tak perlu lulus SPM dan lulus ujian lisan BM diperingkat SPM.
h. Pandai bangangkan pengundi Kelantan dengan ancaman pahala dan dosa!
i. Bijak memundurkan Kelantan (cth - ajak rakyat fokus subsidi minyak..wp jambatan `meme` sentiaso dibakar).nak memajukan negeri hanya memerlukan ihsan org lain& air liur sj.
j. Pandai memujuk & memanggil pejuang2 di Selatan Thailand yang memiliki 2 kerakyatan turun mengundi setiap kali PRU di Kelantan atas nama fisabilillah.
k. Mempunyai pelbagai teknik & mengajak rakyat Kelantan sentiasa anti UMNO.
l. Gedebe/ riak; putar belit; hasad; pengecewa; bodoh sombong; hati sentiasa busuk; pendendam, bangang matematik tambahan.. amat dialu2kan.
m. Pandai tunjuk sentiasa beribadat/ rapat dengan tuhan pada rakyat Kelantan.
n. Sentiasa menang cakap ( mace Pertandinge Dikir Barat).
o. Pandai berceramah& berjanji .. berjanji..berjanji.. kemudian buat2 lupa aje..pandai tuding adalah satu kemestian!
p. Sokong kewujudan Israel, LGBT, Irshad Manji, secara putar belit.
q. Pandai beralasan dengan tuhan demi merealisasi impian @ dendam.
Syarat2 lain:
a. Buta, pekak, bisu, tuli pun tidak mengapa kerana ahli dan muslimah2 PAS (yang dimental block dgn syurga) tetap akan bersama anda!
b. Sanggup tunjuk `semaye` di rumput depan rakyat Kelantan atau di luar Kelantan.
c. Pandai memenangi redha pengundi dari redha Illahi.
d. Pandai perasankan diri bahawa perjuangan Islam hanya berjaya dibawa oleh PAS! Hanya PAS sahaja akan masuk syurga. Negara2 lain yang tiada parti PAS - gagal dapat pahala & masuk syurga.
Benefit :
1. Disayangi rakyat Kelantan.
2. Tak akan ditegur terutama oleh institusi lebih tinggi dari politik seperti Kehakiman, Raja2, mahupun golongan ulama.
3. Dapat keahlian seumur hidup sebagai jemaah si pening lalat yang mental block.
4. Pencen yang amat lumayan ( 1 term, dpt pencen RM3000, 5 term? 5 term sbg ADUN lagi?).
5. Berjaya mundurkan negeri Kelantan. Tuding jari aje pada orang lain! (Tak caye? Moh kita tengok Klate lerr nih!!!? 2012 Bandingkan air/ jalan raya sahaja dgn Teganu/ Johor/ Melaka.. )
6. Org yg jahat - keluar dari Klate! .. Yg miskin dan hina - Cari kerja dengan Kerajaan Pusat dan bawa masalah di negeri lain! ... Yg gedebe dok terus di Klate!! .. Balik undi PAS untuk tunjuk baik & masuk Syurga bersama tok guru sekeluarga/ se kroninya.
7. BN buat, terima/ pegang jwtn – disumpah!! tapi jika anak2, menantu, sedare, kroni pegang jwtn cpt2 hukumkan ia adalah harus dan fardu kifayah!
8. Kerajaan Pusat takut tangkap pejuang PAS, kerana setiap org yg berpolitik adalah sts betul (amat dipuja oleh penyokong2).
* kena pegang jawatan ini sampai mati! Biarkan negeri Kelantan keseluruhannya sentiasa ketinggalan akibat membuat keputusan yang amat tepat ini. Gedebe2 & muslimah ini terlebih pandai wp hampir semuanya makan gaji dengan kerajaan pusat! Tak boleh ditegur..cepat melenting! Alahh, biarkan.. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!!
Saudara-saudara sekalian percayalah,
ReplyDeleteKita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama membangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina.