Friday, June 22, 2012

Kestabilan Politik Kunci Kemewahan Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kepada komuniti perniagaan Cina, kekayaan dan kemewehan yang mereka miliki akan “hilang” kecuali jika negara mempunyai kestabilan politik.

Najib dalam ucapannya hari ini turut menggesa ahli perniagaan Cina untuk “bekerjasama” dengan kerajaan bagi memastikan kestabilan tersebut dikekalkan, dan mengambil iktibar daripada krisis ekonomi di Eropah, dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, termasuk insiden di Afrika Utara.

“Anda telah bekerja keras untuk mengumpul aset dan kemewahan di negara ini, namun ianya akan hilang jika kita tidak bekerjasama bagi memastikan kestabilan politik ini dapat dikekalkan,” katanya.

“Kestabilan politik adalah faktor utama kerana sebarang bentuk ketidakstabilan akan memberikan risiko kepada perniagaan yang akan meningkatkan kos, turun naik pelaburan langsung asing, dan pasaran saham akan merundum,” katanya lagi sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-66 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (ACCIM).

Najib turut menegaskan, kerajaan pimpinannya juga tidak hanya sekadar memberikan janji kosong, sebaliknya akan “mengotakan janji yang ditaburkan”.

“Kami tidak memberikan janji yang tidak dapat kami tunaikan. Kami telah melakukan yang terbaik sejak tiga tahun lalu dan akan terus melakukan yang lebih baik,” katanya lagi.

Selain itu, perdana menteri itu turut menjelaskan, melalui kerjasama, transformasi yang dilakukan kerajaan akan dapat terus dilaksanakan di Malaysia.

“Kami juga berjanji akan terus komited untuk melaksanakan apa yang termampu untuk mengatasi masalah dan halangan yang wujud, bukan sahaja terhadap ekonomi, tetapi juga kualiti hidup rakyat Malaysia,” jelas Najib lagi.

Bagaimanapun, Najib turut menjelaskan, perkara itu akan mengambil sedikit masa, dan tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

“Perkara itu tidak dapat berubah hanya dalam semalaman, kerana sesetengahnya memerlukan lebih banyak masa lagi,” tambahnya lagi.

Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

12 comments:
Write comments
  1. Berapa banyak masa lagi Najib? 100 tahun? Bukankah Idris Jala kata negara akan bangkrap kalau tidak diimplimitasikan GST dan awak sendiri kata GST akan dilaksanakan selepas PRU13. Maknya awak gula-gulakan dulu rakyat dengan BRIM dan lepas PRU awak akan cekik rakyat dengan GST. Pintar awak menipu rakyat ya JIB.

    ReplyDelete
  2. Tumbangkan BN UMNO pada PRU 13.

    ReplyDelete
  3. mcm2 progrem tok Jib/BN ni ya. BR1M la, TR1M ( tayar ) lepas ni KR1M pulak la ye..tapi semua yg tok jib ucapkan mengenai kestabilan politik menjamin kemewahan negara. Betul. Malah perpaduan juga amat diperlukan dlm mana2 negara pun. Masalahnya ialah, apa jadi dgn RM250 juta yg disalahguna oleh NFC melalui Shahrizat Jalil. Kenapa tak minta balik RM586 juta yg dihapuskira ( write-off) kpd Tajuddin Ramli. paling penting, BIASISWA utk rakyat Malaysia mendapat pendidikan dlm negara kenapa di'perkosa' oleh PTPTN ? Kenapa Felda dan DEB yg dicipta oleh ayah Tok Jib dipunahkan oleh anaknya sendiri lepas tu minta Utusex buat fitnah Lim Guan Eng cuba hapuskan DEB. Ha, kan dah kena saman fitnah dan kalah pulak tuh. Politik BN yg tak stabil kot? GST tu tak pasal2 kerajaan dpt duit bila kita isi petrol, bila kita beli itu beli ini. Sepatut dpt harga subsidi. Kalau kerajaan rasa bukan tugas kerajaan atau akan bangkrp jika bantu rakyat...SILA turun dr takhta dan serah kpd PR utk teruskan teraju negara

    ReplyDelete
  4. apakah jika Pakatan rakyat pula yg memerintah, pembangunan tersekat, usahlah buat cerita mengarut yg sebetulnya, jika BN terus di beri mandat di pru13 nanti bermakna rakyat Malaysia sengaja menghulurkan tengkoknya utk di mamah oleh sang Harimau yg sentiasa kelaparan.

    Percayalah ! pemimpin BN kini lebih memikirkan bagaimana mahu membolot harta sebanyak munkin dari memikirkan kepentingan rakyat, itulah hakikatnya,
    hanya yg bodoh sahaja lagi yg masih mahu bernaung di bawah payung BN, yg cerdik semua sudah lari ...................

    ReplyDelete
  5. Adakah dgn hanya memilih BN saja yg menjadikan negara ini maju?? Sekiranya kita lihat negara-negara maju, rakyatnya sentiasa menukarkan para pemimpinnya seperti Jepun, Korea Selatan, England dan lain2, mereka tetap membangun juga, memikirkan macamana nak kebas duit rakyat dulu...rakyat biar mampos....rakyat mesti diperbodohkan... tak ada anak menteri yg bawak proton...semuanya macam anak billgate...mana datang duit tu.....

    ReplyDelete
  6. Buat tipu lagi kerajaan 'PEMBELA RAKYAT' konon ini, tumbangkan rejim BN UMNO dalam PRU 13.

    PR ke Puterajaya.

    ReplyDelete
  7. Kestabilan politik kunci UMNO senang menyembelih rakyat dengan GST.

    ReplyDelete
  8. Negara kita,kalau ditadbir lagi ol BN selepas ni, saya nampak kita akan jadi mcm negara Geerce. Muflis. Sebab itu BN AKAN prkenalkan GST, harga barang sentiasa naik. Petrol sentiasa naik kerana harga dunia tapi tk turun jika hrga dunia turun. Muflis nya Malaysia bukan apa, pembaziran wang kerajaan TERLAMPAU banyak oleh rejim Najib . Tau berapa gaji YB Menteri ? Payah nak haba' sebab tinggi tapi yg penting mereka ni akan dibayar 'elaun gantian' jika tidak bercuti keluar negara. Contoh : YB Khaled Nordin, dapat RM65,000 ( semasa beliau Menteri Pembangunan Usahawan ). Maknanya mereka 'dipaksa' brcuti keluar negara pulak lah,kalau tak cuti,ada ganti rugi sebab tak cuti. Itu seorg menteri.Kalau 24 orsng menteri, berapa RM nya ? Isteri PM pulak berapa?. Lepas tu, projek 'pembohongan' yg dianugerah kpd setiap YB Menteri, berapa pulak. Contoh NFC dgn RM250 jutanya. Itu baru 1 dan yg trkini. Takkan tak der yg lain dan kalu ianya brmula zaman Tun M jd PM Msia lg,bayangkan berapa wang negara tlh hilang. Duit Petronas pernah diminta begitu shj brnilai bilion RM oleh anak Tun M satu waktu dulu. Ada pencacai umngok kesah ? Balik2 Tuan Guru Nik Aziz pulak yg dicerca dan minta SPRM siasat pulak. Saya nampak apa yg Dato Seri Idris Jala kata satu masa dulu akan masa depan negara. MUFLIS. Cuma saya nampak dr konteks saya dan bukan konteks beliau iaitu jika teruskan dgn subsidi negara akan bangkrap katanya.

    ReplyDelete
  9. Barua2 UMngok tak tau semua tuh. Tak payah citerla. Yg mereka suma tau hanya kes fitnah liwat anwar je sebab dah sehati sejiwa dgn umngok.

    ReplyDelete
  10. Hahahaha......... Hari ini baru umum langkah ini.... Ikut langkah PAKATAN RAKYAT....!! Lagipun 2 - 3 tahun baru nak selesaikan....!! Bukan hari ini...!! Nak aturkan langkah lain ke? Nak bagi tau KRONI ke? Kena "meeting" dengan KRONI ke?
    Sebagai KETUA NEGARA pun takut KRONI kebuluran ke?
    Sebagai KETUA NEGARA pun takut KRONI marah ke?
    Sebagai KETUA NEGARA pun kena balik tanya ROSMAH ke?
    Sebagai KETUA NEGARA pun tak ada kuasa sekecil ini ke?

    Pikirlah WARGA TEKSI; Sekarang cakap aje.... Nak jalankan hanya selepas PRU 13....!! Pikirlah....
    BN/UMNO : Anjing menghidu tempat ORANG kencing cari TUAN (PR) yang nak jalankan.....!!

    Tumbangkan REGIM BN/UMNO dalam PRU 13!!!!!!! Ayuh!!!!

    ReplyDelete
  11. salah satu cara utk kestabilan politik ialah dgn melantik Dr Ali Hamsa ( keturunsn mamak Penang )ke jawatan Ketua Setiausaha Negara yg baru yang telah menyaksikan beliau BERJAYA menjadi BARUA UMNO.

    ReplyDelete
  12. Majoriti pegawai kerajaan yang sudah bersara menyertai PAS atau PKR sebab mereka dah nampak kerajaan ada sekarang menipu dan membolot harta rakyat. Tidak mustahil pegawai yang sedang berkhidmat juga tidak rela dengan penipuan UMNO/BN tetapi terpaksa diam sebab masih dalam perkhidmatan tapi dalam peti undi siapa tahu. Jadi talqinkan UMNO/BN pada PRU13

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.