Monday, June 18, 2012

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Sertai PAS

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam. -HD


46 comments:
Write comments
  1. betul lah,hakikatnya PAS makin diterima ramai. Alhamdulillah, semuga mereka2 istiqomah dlm gerakan Islam bg melawan gerakan sekular UMNO yg masih lagi hidup menipu rakyat. Bukan sekadar menipu, malah menzalimi rakyat, membolot harta negara utk kepentingan sendiri dn keluarga, memfitnah sesama insan ( liwat & rasuah ),sanggup membiarkan umat melayu melakukan dosa besar ( ummi hafilda dan seangkatan dgnnya), gagal mendidik umat kearah benar ( sesuai dgn kalimah ihdinassiraa thalmustaqim ).

    ReplyDelete
  2. Terpulanglah kepada individu sama ada memberi sokongan kepada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang kerana itu adalah kebebasan mereka.

    ReplyDelete
  3. Walaupun ada pemimpin yang mengikuti parti pembangkang, tapi masih ramai lagi ahli-ahli yang setia bersama BN-UMNO.

    ReplyDelete
  4. Kata Mahathir golongan cerdik pandai semakin kurang yang menyertai UMNO. Jadi fikir-fikirkanlah kalau golongan cerdik pandai kurang menyertai UMNO golongan mana yang menyertai UMNO kini?

    ReplyDelete
  5. Terpulang kepada beliau untuk memilih Parti mana yang beliau suka.

    ReplyDelete
  6. Suka lompat Parti, tidak apa lah, harap ahli UMNO yang lain tidak akan ubah fikiran.

    ReplyDelete
  7. Pilihan masing-masing. Sejauh mana perjuangan PAS, kita tunggu kotak undi berbicara. Hehe

    ReplyDelete
  8. Masih banyak yang ragu-ragu dengan PAS ni sebab ia lebih kepada agama. No offence okay.

    ReplyDelete
  9. PAS tidak akan di terima di Sabah.

    ReplyDelete
  10. Pilihan masing2, mana2 yang terbaik untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  11. Harap beliau tidak menyesal atas tindakan yang beliau ambil.

    ReplyDelete
  12. Masuk dan keluar parti sudah jadi kebiasaan. Hak individu untuk membuat pilihan, untuk undi siapa.

    ReplyDelete
  13. macammana Sabah nak terima PAS takut nanti pecah tembelang siapa buat ic projek dan tak mahu adakan RCI. Mereka ni ibarat katak bawah tempurung le gamaknya. Orang lain semua dah jelajah angkasa lepas, mereka masih bergelumang dgn PATI.

    ReplyDelete
  14. biarlah dia sertai PAS, itu hak dia.

    ReplyDelete
  15. Memang rugi dia pergi sana, apa hal dia.

    ReplyDelete
  16. baguslah tu..syukur...bila dah berada di penghujung hidup ni, cari2 lah agama, berjuang lah hidup mati atas nama agama...jgn dicari sifat tamak haloba...sifat tamak haloba ni ada dlm UMNO...jauhi lah umno ni...

    ReplyDelete
  17. BIASA LA DULU DALAM BARISAN, SEKARANG KELUAR MASUK DALAM BULATAN..

    ReplyDelete
  18. Bagi aku baik seorang pengemis yg tak pernah mengundi masuk PAS dan mengundi dari sorang politician yg pernah bersekongkol dlm menjayakan dakyah BNUMNO..beliau boleh jadi ahli biasa.. jgn biarkan rekod dia semasa menjadi menteri dibawah BN menjadi liabliti seperti yg berlaku pada PKR sekarang..pandangan aku bukan berniat menghina atau menjatuhkan maruah sesiapa.. tp aku percaya sebagai penyokong PR, aku berhak utk mengutarakan pandangan dan menggkritik kepimpinan PR tapi utk mengundi UMNOBN tidak sekali-kali..

    ReplyDelete
  19. Terpulanglah... Itu hak peribadi masing-masing.

    ReplyDelete
  20. Tak kisahlah apa sekalipun yang berlaku, yang penting rakyat haru sbijak membuat penilaian.

    ReplyDelete
  21. Fokus, fokus dan fokus. Rakyat buatlah keputusan yang terbaik nanti.

    ReplyDelete
  22. Sungguh mendbarkan PRU kali ni. Macam banyak hal yang tak dijangka boleh berlaku.

    ReplyDelete
  23. Dunia politik tidak akan terlepas dari senario sebegini. So fikir sebelum pangkah kertas undi ya:P

    ReplyDelete
  24. PAS is not suitable to be in Sabah.

    ReplyDelete
  25. I'm not sure whether joining PAS is a good idea.

    ReplyDelete
  26. Undi la dengan bijak

    ReplyDelete
  27. Masing2 ada penyokong kita tengok saja la tu result PRU13.

    ReplyDelete
  28. PAS is not suitable to be in Sabah because PATI is the only one.

    ReplyDelete
  29. itu beliau punya pilihan..

    ReplyDelete
  30. namun PAS tetap tidak sesuai di sabah...

    ReplyDelete
  31. Pas kena hati2 dengan kemasukan Salleh ni. Rakyat Islam ramai kenal perangai dia masa zaman Tun dulu. Kalau dah dua pupu Taib apa maknanya?
    Salleh bukan orang baru dalam politik. Cuma saya harap dan berdoa agar PAS tahu apa yang ia buat.

    ReplyDelete
  32. Tidak ada salahnya mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  33. Keputusan masing-masing harus dihormati juga.

    ReplyDelete
  34. Budaya lompat parti kebiasaan sahaja di politik.

    ReplyDelete
  35. Hope the new join in PAS can brig something positive to the party and the people.

    ReplyDelete
  36. Let wait and see whether PAS can achieve good result in Sabah?

    ReplyDelete
  37. Terserah kepada rakyat sendiri menilai dan mengundi.

    ReplyDelete
  38. itu pilihan beliau sendiri untuk menyertai parti mana yang beliau mahu.

    ReplyDelete
  39. setiap rakyat ada pilihan masing-masing..mana yang terbaik itulah yang akan dipilih rakyat.

    ReplyDelete
  40. terserah beliau untuk menyertai parti mana.

    ReplyDelete
  41. rakyat pasti dapat menilai dengan sebaiknya parti mana yang mampu untuk mewakili mereka.

    ReplyDelete
  42. dalam politik ada yang keluar dan masuk parti..

    ReplyDelete
  43. lompat si katak lompat..macam JK.

    ReplyDelete
  44. Tidak hairanlah ba ni. dekat2 PRU memang ramai yang suka lompat melompat,jangan saja silap lompatlah.

    ReplyDelete
  45. Bukan politik tidak boleh campuradukkan dengan agama ka..

    ReplyDelete
  46. sudah jadi BEKAS Timbalan Menteri Pelajaran barulah dia dapat petunjuk?? kesian juga la Pakatan ni.. kebanyakkan yang masuk parti mereka yang ada pangkat BEKAS.. lepas pencen baru masuk parti pembangkang..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.