Berputar-putar kepala pemimpin dan pakar strategis Umno mencari mangsa untuk dilahap bagi mengenyangkan perut busuk menjelang pilihan raya umum ke 13. Tektik memburukkan peribadi telah mengambil alih politik kekerasan dan samseng yang telah dicubakan sebelum ini di beberapa buah negeri.
Umno menyedari politik kekerasan dan mafia sudah tidak laku lagi. Politik hutan rimba itu ditolak oleh rakyat khasnya generasi muda. Ternyata beberapa siri ugutan, mengkhianati harta benda pemimpin Pakatan Rakyat seperti memancitkan tayar kereta, merosak premis, lontar batu dan sebagainya tidak memberi bekas kepada pembangkang. Malahan makin dilakukan ugutan, kekasaran, semangat orang ramai yang simpati kepada pembangkang makin meninggi. Pemimpin pembangkang pula seakan tidak sedikitpun pedulikan kepada politik mafia itu.
Umno jadi mati akal dan buntu. Kerana itu Umno menukar tektik menyerang peribadi pula. Mereka cerita dan membuat fitnah. Skrip-skrip kejahatan ditulis kemudian dilakonkan. Satu demi satu para pemimpin pembangkang yang berpotensi diserang hendap. Kisah-kisah lama, termasuk laporan dan siasatan SPRM ke atas pemimpin Pakatan dibuka kembali seluasnya dengan penuh dramatik dan terancang.
Orang yang sebelum ini dipergunakan menjadi alat dan 'mengurikan' diri, diugut atau diberi upah atau menyuarakan semula segala kisah-kisah dan cerita rekaan itu. Tindakan ini menyebabkan sesetengah orang yang menjadi alat sakit dan mengalami tekanan jiwa kerana terpaksa melakukan sesuatu kejahatan bukan atas kerelaan mereka menjadi semakin sakit jiwa serta ada yang bermenung panjang di malam hari membawa ke dini Subuh.
Kisah timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang kononnya memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit dengan memiliki saham diungkit semula. Digunakan darah daging Azmin sendiri untuk membusukkan dan menjatuhkan reputasi Azmin. Kes itu sudah pun selesai 17 tahun lalu dan seharusnya tidak ada lagi mulut dan ***** gatal menyebutkannya dan mengenyehkan kisah itu. Celakanya orang-orang yang dulunya dapat membeli rokok dengan wang Azmin turut menjadi juara dan saksi utama.
Tetapi kerana kebutuhan perut, memerlukan wang untuk membeli gincu dan bedak untuk mengkosmetikkan wajah agar cepat dipinang ia dilakukan. Orang ini terpaksa sanggup menungging punggung kepada anggota keluarganya sendiri dan hilang rasa hormat dan peribadi seorang perempuan demi itu semua. Dia memerlukan kosmetik bagi 'menjangokkan' dirinya agar tidak selamanya menjadi anak dara tua yang tidak pernah tersentuh. He he...
Apabila ada orang sanggup membuka aib orang lain dan menyuburkan fitnah, maka ia disambut oleh media penjilat buntut. Media itu pun melalaklah memperbesarkan cerita sudah selesai itu. Wartawan dan pengarang di media berkenaan pun menjadi naif senaif-naifnya bukan saja melangkah etika kewartawanan tetapi menunjukkan diri seolah-olah bodoh kerana menyiarkan cerira basi. Minda kewartawanan juga jatuh melerek ke dalam car - longkang kerana ditekan dari atas ataupun kerana ketiadaan kekuatan diri.
Jika media berkenaan ada maruah mereka tidak akan memainkan isu yang sudah lapok itu dan tamat itu. Sebelum ini ia sudah runyai dan hanyir memainkan isu berkenaan. Tetapi ternyata orang yang hendak dijadikan mangsa, Azmin Ali tidak juga hancur. Kebenaran tetap akan ampuh meskipun sebesar mana kepalsuan dan fitnah yang direkakan. Maruah wartawan dan media berkenaan juga hancur lebur.
Isu Azmin memiliki kekayaan sudah pun reda. Umno pening kepala dan gagal untuk mengerutukan kepala rakyat. Rakyat tidak sedikit pun mempersoalkan integriti Azmin dengan pendedahan semula perkara itu sebaliknya rakyat meludah kahak kepada media PB itu. Betapa ia didedah penuh dramatik tetapi orang ramai tidak mempercayainya. Azmin bukan dicemuh tetapi rasa simpati dan sokongan moralnya menjadi semakin hebat lagi. Beliau sendiri tentunya akan jadi bertambah semangat untuk menentang kemungkaran dan kejahatan yang dihalakan kepadanya.
Selepas Azmin tidak berjaya dimakan dan diganggu mindanya, Umno berpaling pula kepada Anwar Ibrahim. Tidak habis-habis Umno meliwat Anwar dari depan dan belakang. Ada kalanya isu berulang-ulang dimainkan. Semua orang digunakan untuk memalu dan menghancurkan Anwar. Pembalasan terhadap Azmin dan Anwar ini bergilir-gilir kerana Umno melihat nyawa dan roh PKR terletak di dalam diri kedua manusia ini.
Kaki pukul, kaki betina, ibu ayam, perempuan sundal digunakan. Dari jenis orang seburuk-buruk moral hingga kepada orang yang berdarjat tinggi sampai ke bekas Perdana Menteri diguna atau pun ikut menjadi tuku, gergaji, sesiku, pahat dan sebagainya untuk memusnahkan Anwar. Yang belum digunakan ialah raja dan sultan. Tidak mustahil juga kalau terdesak dan Umno boleh mempengaruhi sultan dan raja, akan ada raja dan sultan gila bertitah agar menolak Anwar atau menolak Pakatan Rakyat?
Isu atau modal terbaru untuk memburukkan Anwar ialah kononya Anwar mengawal akaun induk semasa menjadi menteri kewangan dulu bernilai RM3 billion. Sepatutnya cerita ini tidak diungkitkan lagi kerana umum sudah tahu apa dan mengapa sebab cerita itu didedahkan dalam Utusan Malaysia. Orang waras dan sempurna akalnya tidak akan sentuh lagi kerana ia sudah selesai. Isu ini sudah pun dibincang hangat 13 tahun lalu dan sudah pun ditutup oleh SPRM?
Tetapi kerana pemikiran Umno tidak stabil, kepalanya berasap kepanasan maka isu ini terus diungkit. Ia akan dibangkit selagi Anwar ada di atas dunia ini. Tindakan ini juga menunjukkan Umno sudah kehabisan modal dan kekeringan idea untuk menjahanamkan Anwar. Segala formula dan teori jahiliah digunakan namun ia tetap menghampakan. Sudah habis ikhtiar dilakukan tetapi rakyat tetap menyokong dan menyokong Anwar.
Selain Azmin dan Anwar, Umno juga turut mengintip dan menyerang Naib Presiden Pas Husam Musa menerusi media massanya. Hari ini geger di media massa PB yang kononnya berlaku penyelewengan dalam syarikat Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd yang menguruskan dinar dan dirham di Kelantan. Direkakan cerita kononnya berlaku penyelewengan menyebabkan berpuluh juta pembelian dinar dan dirham oleh KGT hilang.
Husam dituduh bertanggungjawab dan menuntut menjelaskan apa yang berlaku. Untuk menampakkan tuduhan itu sebagai real diwujudkan orang-orang yang hanya ada nama tetapi tidak ada anggota (hantu) kononnya tertipu atau ditipu oleh syarikat pengurusan dirham dan dinar itu. Husam telah pun membuat cabaran supaya tuduhan itu dibuktikan. Beliau meminta agar orang yang mendakwa ditipu itu tampil ke hadapan. Sehingga menjelang Maghrib ini orang yang dimaksudkan masih belum tampil lagi.
Sebenarnya orang sudah faham apa yang dilakukan atau pun didedahkan oleh media PB yang memetik dari laporan sebuah blog itu. Ia bukan kebenaran tetapi ilusi bloger berkenaan yang berdendam dan sakit hati berulam jantung dengan Husam. Seribu cerita boleh dilakukan untuk memburukkan Husam khasnya dan kerajaan Kelantan amnya. Kerja sebegitu tidak perlu dirasakan hairan dan pelik kerana sebelum ini bloger itulah juga yang menukar skrip dan membuat suntingan untuk memuji Husam menjadikan Husam sebagai ratu Cik Siti Wan Kembang.
Jadi kalau hari ini dia jadi sebaliknya tidak pelik kerana kerja-kerja menulis skrip dan suntingan itu yang memerlukan upahan (hingga mencecah ribuan ringgit) boleh dipindah hanya dengan menekan butang di keyboard sahaja.
Kesimpulannya isu-isu peribadi yang ditimbulkan oleh media PB atas arahan Umno itu kenapa menjadi pilihan mereka kerana orang yang mereka serang itu adalah wira dan master mind di dalam perjuangan (PR) hari ini. Sudah semestinya untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat mereka harus memusnahkan para nakhoda dan panglima ini terlebih dulu. Bila panglima ini cedera atau pun tempang maka mudahlah untuk mereka menguasai negeri kerana para awak-awak yang tinggal tidak sukar untuk mereka musnahkan. Jerkah pun para awak-awak itu akan lari, tetapi tidak dengan nakhoda-nakhoda ini
http://msomelayu.blogspot.com
Thursday, June 21, 2012
Umno Semakin Panas Kepala!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
secara jujurnya saya sebagai generasi baru yg layak memgundi pada bila-bila masa PRI13 d adakan...dah merasa muak dan jijik bila melihat cara BN/UMNO berpolitik, mereka berpolitik dgn cara tidak sihat dan propesional....mcm mana kami nak mengundi mereka dan bila saya lihat puak-puak BN/UMNO ni terlalu ego dan angkuh seperti PARTI ni emak bapa dia yg punya.
ReplyDeleteUMNO ini ibarat pekebun yang iri hati melihat kebun orang lain di sebelah subur sedangkan kebunnya tak subur. Maka bertindaklah si tukang kebun itu dengan meracun kebun yang subur tadi. Macam inilah umpamanya UMNO sekarang. Perkara yang sudah berlaku 17 tahun lalu diungkit semula kerana kehabisan modal. Apa kata kalau kita bongkar pula skandal orang VVIP UMNO yang ditangkap khalwat di Port Dicskon berpuluh tahun dulu tentu orang UMNO setuju kerana ini hobi mereka.
ReplyDelete'Perpecahan bangsa Melayu memang menyakitkan..
ReplyDeletePenyatuan bangsa Melayu dalam UMNO mengundang malapetaka.'
Seperti UMNO, PERKASA juga membuka keahlian pada Melayu saja..dan seperti UMNO, PERKASA juga menjana politik kebencian dan menggalakkan permusuhan secara terangan.. UMNO pulak secara halus dgn menggunakan media mereka UTUSAN utk memastikan bangsa Melayu sentiasa curiga dan memandang sinis pada kaum lain...jadia utk pertama kalinya aku bersetuju dgn Pengludah.. Memang UMNO dan PERKASA sama.. ..sama jahat dan hodoh pemikirannya..
Sebenarnya org Melayu tak perlukan PERKASA jika UMNO benar-benar beritizam utk membantu org Melayu.. kemunculan PERKASA kerana kecacatan UMNO sendiri..jadi kenapa perlu sinis pada bangsa lain.. adakah bangsa Cina dan India dapat hak dan keistimewaan seperti bangsa Melayu? Tidak.. Jadi kelemahan org Melayu disebabkan UMNO gagal menjalankan amanah bangsa dgn jujur...banyak lagi isu yg boleh dikupas, jika menyentuh kecacatan UMNO ni..
ReplyDelete