Thursday, June 21, 2012

Murad diugut diugut ejen BN, dakwa Saifuddin

Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid (gambar) telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion, lapor KeadilanDaily.

“Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi. Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.

“Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut..kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian dalam Dewan Rakyat ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen hari ini.

“Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih. Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN MP BN) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka,” katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut.

“Saya berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini?" soal Saifuddin.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion.

Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN menyambung hujah menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris.

-HD

7 comments:
Write comments
  1. Kantoi lagi pemimpin-pemimpin Barisan Najis!

    ReplyDelete
  2. Kalau bukan memfitnah bukan UMNO namanya

    ReplyDelete
  3. kalau barua2 umno baca berita nih, mereka nampak tu ayat sex ke liwat ke. Lepas tu komen anwar kaki liwat. Itu yg pelik sepanjang kita baca hanya nmpak isu cabar-mencabar utk dedah akaun brsama jika YB BN juga berani, takde ayat TPM tuduh DSAI liwat ke apa.

    ReplyDelete
  4. utusex nak minta anwar pulangkan rm3 bilion. Kenapa utusex, tak pulak PM sndiri. Sapa perintah negara? PM atau utusex? Oh ya,lupa PM dan utusex kan sama. Ok, apa kata kita sama2 minta Tajuddin Ramli pulangkan rm586 juta dan Shahrizat rm250 juta. Lepas tu..tanah TUDM Sg Besi yg brniali RM1.86 b yg diserah kpd en Lo ( cina kroni Rosmah ). Belum kita tanya barang kemas Rosmah tu..duit negara

    ReplyDelete
  5. bodoh punya NGO pecacai umno bila kena bayar mula menyalak buat bantahan masa shahrizat napa diam..napa tak jilat?!!

    ReplyDelete
  6. INILAH SPESIS YANG BERJENAMAKAN UMNO YANG TIDAK AKAN LARI DAN BERPISAH DALAM HAL HAL MELIBATKAN KERJA JENAYAH RASUAH, DAN SALAHGUNA FITNAH KJUASA SPESIS UMNO.MALAYU JANGAN DOK KENA TIPU LAGI.. INI APA CERITA

    ReplyDelete
  7. tunggu kemunculan filem blockbuster UMNgOk seterusnya: negara akan dijajah oleh makhluk asing jika dikuasai pembangkang!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.