Sejak beberapa bulan lepas, parti pembangkang di Sabah sibuk berbincang untuk merungkai ketidaksefahaman dalam isu pembahagian kerusi pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di negeri itu.
Setelah selesai beberapa pusingan rundingan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan pertandingan satu lawan satu, nampaknya Parti Maju Sabah (SAPP), DAP, PKR dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) tidak mencapai banyak kemajuan tentang perkara itu. Sabah mempunyai 60 kerusi negeri dan 25 kerusi parlimen.
SAPP, yang dipimpin bekas Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee, dikatakan tidak membantah sekiranya parti pembangkang kebangsaan meletakkan calon di dua pertiga daripada jumlah kerusi parlimen tetapi mahu dua pertiga daripada jumlah kerusi negeri diperuntukkan kepada parti politik tempatan.
Bagaimanapun, pengerusi STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak mahu parti pembangkang kebangsaan meletakkan sebarang calon di negeri itu.
Dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini, Jeffrey berkata memang berlaku pertindihan (mengenai calon) kerana setiap parti menyediakan senarai calon sendiri tetapi beliau yakin perkara itu dapat dikurangkan melalui semangat tolak ansur dalam kalangan parti pembangkang tempatan.
"Ini mungkin berlaku bagi sesetengah kawasan, tapi bukan di semua kawasan. Kalau kami boleh capai satu pertiga atau malah, 50 peratus, sudah cukup baik," katanya sambil menjelaskan bahawa pertandingan satu lawan satu hanya sesuatu yang ideal tetapi sukar menjadi kenyataan di sesetengah kawasan atas alasan strategik.
Oleh itu, kata beliau, pengundi perlu mendapat maklumat secukupnya dan memahami bahawa pertandingan satu lawan satu hanya suatu strategi, bukan untuk melemahkan semangat pengundi untuk keluar mengundi bagi calon pilihan mereka.
Namun demikian, beberapa pemerhati politik percaya STAR Sabah sedang bekerjasama dengan BN untuk menyukarkan parti pembangkang di negeri itu berkempen secara satu barisan.
Jeffrey bagaimanapun menafikan pandangan itu. Beliau berkata parti berkenaan sedang berbincang dengan parti pembangkang lain untuk memastikan wujudnya sebanyak mungkin pertandingan satu lawan satu dan idea untuk membentuk satu barisan pembangkang yang padu di Sabah, masih boleh dicapai.
"Memang tidak betul langsung (bahawa STAR bekerjasama dengan BN). Kenapa kami perlu membuang masa?. Memang tidak adil langsung untuk berkata begitu. Ini demokrasi...kami ada hak untuk bertanding," katanya.
Malah, kata beliau, bagi pilihan raya umum akan datang, STAR Sabah sedia berkompromi kerana parti itu lebih berminat untuk bertanding di kawasan majoriti masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) dan kawasan bercampur, bukan di semua 60 kawasan eperti yang ditegaskan sebelum ini. Bagi kerusi parlimen, mereka berhasrat bertanding di 10 hingga 12 kerusi di Sabah.
SAPP dan pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS di Sabah nampaknya telah mencapai persetujuan pembahagian kerusi walaupun perbincangan masih diteruskan antara mereka dan STAR Sabah.
Presiden SAPP, Yong memberitahu Bernama bahawa walaupun parti itu ingin bertanding di kebanyakan kerusi negeri tetapi ia bersedia mengurangkan jumlah itu supaya keadaan menjadi lebih fleksibel atau seperti yang dinyatakannya, untuk bekerjasama "dengan semangat sedia berkongsi bebanan".
"Ini merupakan formula menang-menang (perkongsian bebanan). Rundingan masih berterusan. Memang bukan sesuatu yang mudah, tapi kami berharap akan mencapai banyak kemajuan. Usaha membentuk sebuah barisan pembangkang yang padu boleh berjaya sekiranya ada banyak masa," kata Yong.
Beliau berkata secara dalaman, parti itu mengamalkan prinsip satu calon, satu kerusi -- sama ada kerusi negeri atau kerusi parlimen, tetapi bukan dua kerusi sekali gus.
Namun demikian, Yong enggan menjelaskan sama ada beliau akan bertanding kerusi negeri atau parlimen walaupun terdapat desas-desus bahawa beliau telah membuka pejabat gerakan pilihan raya parti di Likas.
Penganalisis politik dan pensyarah di UiTM Sabah, Dr Arnold Puyok, ragu-ragu sama ada parti politik di negeri itu mampu mengelak daripada berlaku pertandingan banyak penjuru pada PRU ke-13.
Beliau berkata sukar bagi parti pembangkang di negeri itu untuk bersatu, walaupun mereka cuba mewujudkan pertandingan satu lawan satu dan sesetengah mereka kelihatan sedia untuk berkompromi.
"Setiap orang ada agenda sendiri. Masalah di Sabah ialah kita tidak tahu siapa yang mengetuai barisan pembangkang, sekiranya ada. Tiada siapa yang ingin membentuk pakatan yang padu, setiap orang mempunyai matlamat sendiri.
"Memanglah mereka kata mereka sedia berkompromi, tapi ini sesuatu yang masih sukar dicapai. Sekiranya mereka tidak bersatu, BN akan mempunyai kelebihan apabila berlaku pertandingan banyak penjuru," katanya.
Bagaimanapun, BN Sabah tidak mengambil kisah tentang perkara itu kerana ia lebih memberi perhatian terhadap usaha memantapkan lagi persiapan untuk terus berkuasa di negeri itu melalui undi majoriti yang lebih besar.
"Memanglah isu tetap ada seperti Sabah untuk rakyat Sabah, Suruhajaya Siasatan Diraja Mengenai pendatang asing tanpa izin dan hasil minyak dan gas yang begitu dekat di hati rakyat. Namun, ia lebih kepada politik pembangunan.
"Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada isu nasional, tapi kerusi majoriti kaum Cina hanya terdapat di Kota Kinabalu dan Sandakan.
"BN berusaha gigih untuk memenangi hati mereka. Secara keseluruhan, BN Sabah masih mampu menang dengan majoriti selesa. Ini tidak boleh diragukan," kata Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said Keruak.
Sesungguhnya, PRU ke-13 akan mendedahkan sama ada hasrat parti pembangkang di Sabah untuk membentuk satu pakatan kukuh, menjadi kenyataan. (BERNAMA)
Monday, June 18, 2012
Pembangkang Masih Dalam Ilusi Di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baru-baru saja kita melihat SAPP menyerag Star dan Star juga menyerang balik. Bukan sahaja begitu, kedua-dua parti pembangkang tempatan juga meminta rakyat supaya menolak Pakatan Rakyat dari Semenanjung. Bagaimana mereka hendak bekerjasama kalau begitu?
ReplyDeleteStar juga kata lawanan 1 ke 1 tidak penting, jadi mereka tidak berniat bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain.
ReplyDeleteKalau begini besarlah harapan BN untuk menang.
ReplyDeleteMemang tiada kesefahaman dalam pembangkang. sekejap bertolak ansur sekejap berubah pendirian.
ReplyDeleteBersedia untuk putih mata sajalah wahai pembangkang.
ReplyDeleteSAPP lagi sekarang mahu 'kipas-kipas' PKR..ceh
ReplyDeleteSAPP tiada pendirian.
ReplyDeleteMemang besarlah peluang BN menang lagi pada PRU ini.
ReplyDeleteNamun demikian, beberapa pemerhati politik percaya STAR Sabah sedang bekerjasama dengan BN untuk menyukarkan parti pembangkang di negeri itu berkempen secara satu barisan.
ReplyDeleteBetul kh keyataan ini, STAR bekerjasama dengan BN..
Sma2 kita nantikan keputusannya nanti.
ReplyDeletePasti sengit pertandingan ini kerana STAR akan turut serta bertanding.
ReplyDeletepembangkang masih belum ada persefahaman, jadi perlawanan byk penjuru akan berlaku.
ReplyDeletemimang BN jgk yg akan manang walaupun smua pemimpin P.R berkampung d sabah sebabnya org2 sabah sudah dibeli dgn pembangunan,kemakmuran dan kestabilan
ReplyDeletePembangkang pandai buat kekecohan sahaja, memang kurang ajar.
ReplyDeleteHope the election will over soon, this is getting complicated.
ReplyDeleteSaya sokong BN selalu, pasti mereka menang.
ReplyDeleteRakyat ena bersedarlah tentang pembuatan pembangkang yang tidak baik.
ReplyDeletepasti BN akan menang kali ni.
ReplyDeletepasti ada pertandingan 3 atau 4 penjuru di sabah..
ReplyDeletekalau keadaan begini berterusan di kalangan pembangkang, kemenangan sudah pasti berpihak kepada BN sabah.
ReplyDeletekalau sesetengah kawasan saja ada pertandingan 1 lawan 1, kemenangan masih berpihak kepada BN sabah..
ReplyDeletekalau pembangkang mahu menang, maka mereka perlu mencari formula 1 lawan 1..w/bagaimana pun, yang akan menentukan adalah rakyat/pengundi..mana2 pihak yang dapat sokongan dari rakyat maka dia akan menang..
ReplyDeleterasanya pru13 nanti, BN sabah tetap akan menang..mungkin akan hilang beberapa kerusi namun kemenangan tetap berpihak kepada BN.
ReplyDeletenamun, apa2 pun boleh berlaku pada pru13 nanti..kita tunggu dan lihat saja.
ReplyDeleteBetul2 pembangkan berhempas pula mahu kalahkan umno bn. hehe
ReplyDeleteIni kalilah, saya rasa PRU pasti akan rancak dan sengit.
ReplyDeleteApapun alasannya, entah kenapa saya yakin umnobn pasti akan mennag besar juga nanti.
ReplyDeleteTapi politik ni sukar diramal. So kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
ReplyDeleteTerasa lambat sangat PRU tiba. Cepatlah...
ReplyDeletepolitik pembangkang di Sabah nih suasananya tak sama dgn PR. Keteguhan PR bukan spt SAPP ke SNAP ke STAR ke PBS ke atau hapa2 lagih. memang mereka nih spesis pembangkang tapi bukan PR. Sebab keluar masuk parti ciptaan sendiri saban waktu, ada je. Pakatan Rakyat tu yg keluar idividu brkepentingan duit tapi parti tu tak efect pun samada DAP,PKR atau PAS. DiSabah ni, bubar parti sendiri tuboh parti lain, sendiri jugak. Tapi memang lah akan cakkap demi rakyat. Kita kena faham konsep tu ,mentang2 lah dia pembangkang nak samakan semua, tak bole. Sebab apa Parti Semangat 46 dulu tak ada daya tahan, sebab trtubuh pun sama mcm trtubuhnya parti2 kecil di Sabah/Sarawak. Ia tiada jati kump dan semangat jitu dimana pemimpin tu tubuhkan sebab hanya nak jadi pemimpin. Memang takkan tahan bukan spt Nippon Paints..tahan cuaca.
ReplyDeleteTidak mustahil calon2 pembangkang di Sabah bertanding dengan banyak penjuru
ReplyDeleteKesimpulannya BN masih boleh menang pada PRU13.
ReplyDeleteA deal for a one-to-one fight against Barisan Nasional is unlikely as both national and local-based opposition parties are unable to see eye-to-eye on forming a pact.
ReplyDeleteAmid talks of secret meetings between Sabah opposition leaders, a senior member of Sabah DAP Hiew King Cheu said it was likely to be a free for all in the coming general election.
ReplyDeleteHiew, who is Kota Kinabalu MP, said it was unlikely that DAP or Pakatan Rakyat would be able to work out a deal with two main local-based opposition State Reform Party (STAR) headed by Datuk Dr Jeffrey Kitingan and Sabah Progressive Party (SAPP) led by Datuk Yong Teck Lee.
ReplyDeleteHe said the local-based parties were unrealistic in their approach towards a workable deal.
ReplyDelete“A one-to-one fight will never happen. I am not speculating.
ReplyDelete“I think there will be more local parties jumping into the fray (before elections),” he said, adding that such a move would be an advantage to Barisan.
ReplyDelete“We are not greedy, we also want to share seats,” he said, adding that the stand taken by STAR Sabah chapter chairman Dr Jeffrey that all national parties keep out of Sabah raises a lot of questions about their agenda.
ReplyDelete“They have set so many terms and conditions. Is there any hidden deal?” Hiew asked, adding that the local opposition must be realistic in their deals.
ReplyDeleteSabah and Sarawak remain bastions for Barisan and the national opposition have been trying to work out a deal with local-based parties particularly SAPP and Sabah STAR to ensure straight fights.
ReplyDeleteHowever, both local parties championing state rights have asked the national opposition to stay out and concentrate in peninsular Malaysia.
ReplyDeleteHowever, it is learned that Yong and Sabah DAP chairman Jimmy Wong have held secret talks but the progress is believed to be slow as they struggle to deal for a compromise on the mainly urban seats of Kota Kinabalu, Sandakan and Penampang.
ReplyDeleteIn the last elections, Sabah DAP and Sabah PKR failed to reach a deal and saw both parties contesting against each other and the Barisan. SAPP was with the Barisan and left after the March 2008 elections.
ReplyDeleteBernama repot ni memang bertujuan supaya gabungan pembangkang jadi satu suara tidak menjadi. Pecah dan perintah! Takkan orang Sabah tak sadar lagi!
ReplyDeleteI can’t wait for the election to come and go.
ReplyDeleteI can see but can’t wait to know what will happen next.
ReplyDeleteSupport the winning party.
ReplyDeleteNo more dreams please…
ReplyDeleteIt is all becoming complicated.
ReplyDeleteBN will surely win again this time.
ReplyDeleteThe game of politics can be much unpredicted.
ReplyDeleteSo many parties out there is a major reason the people are even confused.
ReplyDeleteNampaknya pembangkang tidak diterima sebaiknya di Sabah ini. Maka terimalah kenyataan ini.
ReplyDeletePembangkang harus mencari formula untuk bekerjasama.
ReplyDeleteBN masih akan menang di PRU13.
ReplyDeleteAgenda parti pembangkang harus diketepikan dan mencari formula baru untuk bekerjasama. Cuma cara ini yang boleh meningkatkan peluang untuk menang.
ReplyDeleteTidak mungkin boleh menang dengan kemasukan PATI yang berganda-ganda untuk projek ic.
ReplyDeleteSTAR masih baru, bukan mudah untuk mencapai kemenangan.
ReplyDeletekalau masing-masing dengan egonya, memang susah mahu bersatu.
ReplyDeletesampai sekarang pembangkang masih tidak bersatu, mungkin formula 1 lawan 1 tidak akan berlaku.
ReplyDeletesetuju lili, mungkin pertandingan 3 penjuru akan berlaku di Sabah.
ReplyDeletepembangkang kata mereka mahu bekerjasama, tapi sampai sekarang pun mereka tidak ada kesepakatan.
ReplyDeletemungkin susah untuk pembangkang mahu menang di Sabah sebab mereka saling bersaing.
ReplyDeleteMakin banyak ba parti di Sabah ni. rakyat pun xtau mau pilih mana satu.
ReplyDeletePR pun belum ada kelulusan sebagai sebuah parti. macam mana lah ni??
ReplyDeleteketua2 parti pembangkang di Sabah masing2 mengidam jawatan ketua menteri ba.. sebab itu payah betul mahu bekerjasama..
ReplyDeletekalau parti komponen BN yang terdiri dari 13 parti boleh bersatu, takkan pembangkang Sabah tidak? jangan terlalu tamak.. orang tamak selalu rugi..
ReplyDelete