Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidaksetabilan politik dalam parti dan juga keruntuhan kepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Mahathir Mohamad.
Dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa semula Anwar Ibrahim ke dalam UMNO sehingga ke peringkat membawa passport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkok di luar negara. Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang UMNO.
Dalam menghadapi pilihanraya 2008, TV3 dan NST telah menjadi alat kepada memecah belahkan UMNO dan asas ketatanegaraan dengan laporan negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda dan yang paling menyedihkan ialah, Menteri Besar Kedah Syed Razak Syed Zain dihina dan diperkecilkan dalam keadaan dia sakit, pada hal dia berjasa besar kerana memulihkan kekuatan BN di Kedah.
Berita-berita sensitif yang menyakitkan hati orang Melayu dan Islam dipermainkan dengan bebas oleh NST.
Banyak kepincangan berlaku dalam menghadapi pilihanraya 2008. Manifesto BN hanya diumumkan, tetapi tiada dalam pengedaran. Kerja cetakan mulanya telah diberikan kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad, tetapi disambar oleh NST, namun manifesto tidak kelihatan. Ke mana wang cetakan ini lenyap tidak diketahui hingga ke hari ini.
Sorak megah Pilihanraya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada 2008 kerana kesombongan dan keegoaan beberapa orang muda yang "berkuasa". Apabila saya membuat kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Sinar Harian, bahawa Tsunami 2008 telah menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam UMNO untuk mengambil alih kuasa, maka salah seorang dari tingkat 4 telah menalefon dan memarahi Utusan.
Terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya. Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan seperti kata Mahathir, walaupun dia tidak suka seseorang calon, tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya.
Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang.
Kesempatan ini diberikan oleh Presiden UMNO, Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir.
Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya. Bakat dan karisma politiknya terserlah. Keupayaannya sebagai pemidato dan jaguh perdebatan dalam Parlimen dan di depan umum menyerlah. Kepetahan bercakap, pengetahuan mendalam dalam sesuatu isu, keupayaan intelektulannya dan lain-lain kualiti yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin ada padanya.
Khairy adalah asset kepada kepimpinan masa depan negara.
Anwar telah melakukan kesilapan politik ketika hampir di puncak kuasa, Khairy melangkah salah di tangga awal pendakiannya. Khairy telah diberikan kesempatan untuk membetulkan langkahnya. Dia seharusnya bijaksana supaya dapat menjadi Perdana Menteri di hari tua.
*Dipetik dari blog Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan.
Sunday, June 17, 2012
Khairy boleh jadi PM di hari tua?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dalam nada tersirat ( sekarang saya kena cium tangan Najib dulu supaya dapat jawatan dalam kabinet.) Saya kena ikut stail pak mentua saya dulu, angguk je ape Mahathir cakap. Last2 dpt jadi PM. So utk dptkan jawatan kabinet, saya kena angguk je ape Najib cakap. Haha politik!~
ReplyDeleteDulu KJ kata tidak mahu bertanding dalam PRU13. Sekarang, dia kata akan bertanding hya di Rembau. Esok dia mgkn akan bersetuju bertanding di tempat lain. Bgtu juga, hari ini hya akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, tdk bertanding N Presiden. Esok lusa mgkn pula krn permintaan & sokongan dr akar umbi, akan bertanding N Presiden. Semuanya berkata-kata dlm acuan Umno. Flip flop sudah mnjd darah orang Umno.
ReplyDeleteKhairy Jamaludin pemimpin sejati..berani menjawab dan berani ke depan..Patutnya KJ jadi PM selepas PKR amik alih kerajaan Malaysia. KJ layak jadi PM sebab KJ TERBAIK...Kalau rasa nak UMNO maju bukan tukar Ketua Pemuda...Tukat Pemimpin PENCEN dalam UMNO tu...Banyak takde idea...sampai janji skim cepat kaya...mana pergi SKIM Saraan Rm5k...apa dah jadi..senyap ajer...Skim cepat kaya tak jadi..Sekarang Skim Felda...Khairy tak terlibat rompak tanah rakyat FELDA...
ReplyDeleteYB Khairy sebenarnya ada unsur keintelektualan dlm diri cuma beliau sedikit silap iaitu INGIN CEPAT NAIK dan dlm UMNO,langkap itu silap besar sebnarnya. Cara cepat naik pulak salah ialah turun sendiri ke Kelantan dlm PRU lalu utk kempen. Tapi tatacara kempen juga silap iaitu brkata " Pade doh,kawe toksir PAS." Selain caci hina pentadbiran Tok Guru di Kelantan. Beliau cuba cakap loghat Kelantan, ok fine, dn maksud ialah Cukop sudah, kami tak ndak lagi PAS. Sikap beliau itu tlh mendatangkan masalah pd UMNo Kelantan dimana rakyat marah dgn menzahirkan dlm bentuk undi dan hasilnya rakyat undi lagi PAS. Zaman Pak Lah juga beliau banyak mencipa kesilapan tapi ikhlas saya nyatakan kecekapan beliau berpidato sebagai YB memang tiada tandingnya.
ReplyDelete