Cadangan atau saranan ahli parlimen Seri Ganding Johor, Mohamad Aziz agar S Ambiga digantung adalah keterlaluan dan satu cadangan tidak mencerminkan semangat 1 Malaysia dan sekaligus menunjukkan rakusnya perangai ahli MP Umno.
Walaupun cadangan itu dibuat di parlimen di mana beliau mempunyai imuniti dari undang-undang, semua pihak perlu mengutuk cadangan melampau Aziz itu. Sekiranya Umno ingin diterima sebagai parti semua rakyat Malaysia parti itu harus berusaha membawa Aziz ke meja badan disiplin parti.
Samada ia bercakap di parlimen atas hak individunya sebagai ahli parlimen tetapi dunia tahu yang beliau adalah ahli parti Umno.
Walaupun beliau sebagai orang Melayu merasa marah, geram dan benci kepada Ambiga yang menggerakkan Bersih tetapi tidak wajar kata-kata itu dilafazkan dalam apa juga keadaan. Mungkin ia boleh dimaafkan kalau cadangan itu dibuat di meja makan bersama anak-anak dan isterinya. Pun begitu ia tidak elok kerana cadangan seperti itu memberi gambaran ahli parlimen itu seorang jahat, kejam dan zalim serta hilang pertimbangan sebagai manusia.
Ambiga atau mereka yang merasa senak dengan kenyataan ahli parlimen yang dikenali dengan mulut celupar atau mulut berus persis Inchek Ibrahim itu tidak perlu mendesak dia minta maaf. Aziz tidak akan berbuat demikian walaupun dicincang 18. Tindakan paling berkesan ialah dengan mengutuk ahli parlimen itu dari segenap jerung dan sudut. Kalau boleh siarkan (suara) beliau membuat cadangan itu di parlimen biar semua orang India dan Hindu dengar.
Semakin jelas cadangan itu menunjukkan Umno semakin hari semakin tertekan dan akan melakukan apa saja tindakan yang diluar kotak pemikiran umum. Belum ada cadangan mana-mana wakil rakyat seperti itu sebelum ini. Apakah ini menandakan maruah dan sikap wakil rakyat Umno khususnya sudah semakin tidak menentu apabila mereka menyedari kuasa sudah di hujung senja.
Diharap cabaran seperti itu tidak melemahkan semangat Ambiga dan orang-orang pejuang sepertinya. Sudah menjadi sunatullah orang pejuang akan sering menghadapi apa jua ujian dan cabaran termasuk yang lebih kejam dari itu
http://msomelayu.blogspot.com/
Thursday, June 28, 2012
MP Seri Gading Perlu Dikutuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ambiga wajar dilucut kerakyatannya!
ReplyDeletejangan guna perkataan hindu / india dlm buletin.. anda jangan panas2 pembaca kerana anda ni hanya penyampai berita, bukannya si batu api!!!
tapi, saya tetap dengan pendirian - lucutkan aje kerakyatan ambiga!!
**peribumi
BELIT, PUTAR DAN MENGILAS KATA BIASA BUAT BN/UMNO...SUKA MEMPERMAINKAN FAKTA...AHLI PARLIMEN CAM NI TIADA TEMPAT UNTUKNYA LAGI DALAM DEWAN RAKYAT...HAPUSKAN DIA DAN BN DARI SENARAI DEWAN RAKYAT, HAPUSKAN MELALUI KERTAS UNDI
ReplyDeleteInilah padahnya apabila lembu tua sudah terbelit dengan talinya sendiri.percayalah umno/bn akan kehilangan Undi masyarakat india jika gagal mengambil tindakan disiplin kepada lembu tua umno ini
ReplyDeleteSewaktu saya sering ke Dewan Rakyat sekitar 1999-2003, YB Seri Gading sering dilihat tidak pandai berhujah apalagi utk mematikan hujah barisan pembangkang yg diketuai oleh YB President PAS. Seringkali beliau hanya menjerit seperti hilang aqal melawan serangan fakta oleh pihak pembangkang dan mendapat 'support' dr YB Kinabatangan serta YB Rembau ( YB Dato' Shaziman Mansor ) dimana kedua2 YB ini juga hanya pandai menjerit spt YB Seri Gading. YB Rembau dikenali sbg YB 'point of order' sebab apabila melihat YB BN digasak teruk dgn fakta bernas, dia hanya tahu jerit 'point of order' kepada pembangkang iaitu telah melanggar etika perbahasan. Apa bentuk pelanggarannya,tak tahu lah. Jadi tidak pelik lah jika TB itu mengeluarkan idea bodoh spt di atas.
ReplyDeleteMP BN tak ada kualiti untuk membahas isu-isu..hanya pandai isu liwat..porno..bodek kesian rakyat memilih MP macam nie
ReplyDeletePERKASA ada imuniti???
ReplyDelete