Monday, June 18, 2012

Lajim Ukin Letak Jawatan Ketua Cawangan Umno

Pemimpin Umno Sabah yang disebut-sebut bakal menyertai KEADILAN, Datuk Seri Lajim Ukin meletak jawatan selaku Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah.

Beliau yang sebelum ini juga mengumum enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort baru-baru ini.

“Langkah pertama tidak pertahankan kerusi ketua bahagian dan langkah kedua, letak jawatan ketua cawangan. Langkah ketiga, tunggu dan lihat,? katanya dipetik sebuah akhbar berpangkalan di Sabah.

Beliau dilapor berkata demikian depan lebih 5,000 penyokongnya pada sambutan hari lahirnya di rumahnya di Kampung Kaundu Kebatu.

Lajim ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ahli

Parlimen Umno kawasan itu sejak beberapa penggal, selain pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan beberapa jawatan penting lain.

“Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini. Ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan, hanya sambutan hari jadi.

“Dalam politik, kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu,” katanya.

Mengikut laporan itu, Lajim memberi jaminan akan terus berkhidmat dalam Parlimen Beaufort walaupun ‘dalam wadah yang berbeza’ demi membawa agenda peru bahan untuk rakyat.

Mengulas hal itu, Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen menyifatkan tindakan Lajim itu permulaan kepada gelombang perubahan di Sabah kerana bukan rakyat bukan sahaja menolak Umno, bahkan pemimpin Umno.

Bercakap kepada Keadilan Daily, tindakan Lajim itu didorong berikutan wujud pergolakan dalaman Umno yang kronik di Sabah.

24 comments:
Write comments
  1. eh tapi ramai yg kata hanya khabar angin. Camne nih ? Kenapa nak masuk PKR sedangkan ramai lg rakyat Sabah sukakan BN utk lindungi PATI.

    ReplyDelete
  2. PATI ...hidup senang di SABAH sbb di lindungi oleh pemimpin-pemimpin yang rakus jawatan dan rakus pada wang rakyat.

    ReplyDelete
  3. Tidak apa juga kalau Lajim Ukin keluar dari UMNO, lagipun pemimpin tinggi UMNO juga sudah berkeputusan untuk menguggurkan Lajim daripada pilihan raya ke-13.

    ReplyDelete
  4. Kehilangan satu dua orang pemimpin tidak akan membawa apapa impak kepada parti UMNO kerana ramai lagi pemimpin yang masih setia bersama BN.

    ReplyDelete
  5. "Dalam politik, kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu."

    Ada makna tersirat kenyataan ni.

    ReplyDelete
  6. Hari ni letak jawatan, esok pula keluar UMNO? tapi kenapa sebelum ni berulang kali Lajim menafikan khabar angin tu.

    ReplyDelete
  7. Lajim main teka-teki nampaknya. Menarik.

    ReplyDelete
  8. Mungkin sudah tiba masanya untuk Lajim bersara daripada arena politik.

    ReplyDelete
  9. Harap ini tidak mendorong untuk beliau keluar dari BN.

    ReplyDelete
  10. Semoga keputusan yang diambil adalah yang terbaik untuk dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  11. walaupun dah letak jawtan sebagai ketua bahagian, namun Lajim masih lagi bersama UMNO.

    ReplyDelete
  12. Lajim menafikan keluar daripada UMNO tapi tiap hari beliau berdampingan dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Jadi apa yang tersirat di sini. Masih setiakah beliau dengan parti yang hampir karam. Kata Mahathir UMNO harus berubah kerana sekarang ini realitinya amat kurang orang bijak pandai masuk UMNO. Mungkinkah orang bijak pandai sememangnya tahu UMNO ini penipu rakyat. UMNO sekarang hanya pandai berjanji. Mana sudah UMS Keningau? Peruntukan bekalan air di Keningau yang Najib umumkan kenapa dalam bentuk pinjaman mudah kenapa bukan peruntukan? Kata Sabah Fuixed Deposit patutnya hargai undi Sabah dengan bagi peruntukan bukannya pinjaman!

    ReplyDelete
  13. itu timbangan makin senget laa...

    ReplyDelete
  14. Belum tahu lagi karam atau tidak. Pertanding pun belum lagi.

    ReplyDelete
  15. Lajim perlu buat keputusan, bersama atau keluar.

    ReplyDelete
  16. dia dah kaya.dia dah sihat(dapat berubat ke negeri cina dgn kekayaan tu),dia dah jadi menteri.dia dah jadi janang gayuh,dia dah majukan beaufort, dan banyak lagi pangkat dan kemewahan duniawi yg beliau dapat sewaktu dlm umno/bn.jadi,apa lagi dia nak...tak kan semudah itu dia meninggalkan parti sewaktu dlm keaddan parti memerlukan dia.lain lah kalau dia ni seorang yang tak pandai bersyukur dan tak pandai mengenang budi.saya yakin beliau tak semudah itu membuat keputusan yang tak sepatutnya.

    ReplyDelete
  17. Kehendak rakyat lagi penting bagi seorang pemimpin kerana rakyatlah yang mengangkat beliau hingga ketahap sekarang.

    ReplyDelete
  18. harap2 UMNO ni cepat2 berkubur, sedikit masa lagi ada beberapa pemimpin BN akan mengikut jejak beliau ini. Yang pasti perletakan sebagai ketua bahagian sebenarnya satu tindakan yang amat merugikan BN terutamanya UMNO.

    HIDUP PKR

    ReplyDelete
  19. Ha ha bagus tu Lajim.... INI KALILAH...... sya sokong ko...

    ReplyDelete
  20. Datuk Lajim ada penjelasan sendiri juga mengenai perkara ini namun yang pasti Datuk Lajim masih bersaman UMNO lagi. Kita tunggu pengumuman seterusnya.

    ReplyDelete
  21. apa lagi mau tggu2 lama..kluar saja dari umno tu datuk lajim tiada guna ko batahan lama dalam parti tu.. lagi pun ko bukan malayu..bukan juga dari malaya jadi buat apa mo sukung itu parti..! kalau sarawak buli tulak umno kanapa kita tidak..pikir2 la wahai wira janang gayuh..kami sentiasa sukung ko dari balakang kalau ko sudah beralih parti....

    ReplyDelete
  22. kalau ada lagi rakyaat sabah yang terpengaruh dengan UMNO,saya pun sudah tidak tahu,disini saya senarai kan sedikit penipuan BN tidak kira lah Musa Aman atau Najib yang umumkan,Masa melawat di Kemabong di umumkan Peruntukan Pembinaan Rumah budaya mesyarakat murut sebanyak RM 3 Juta....tahun 2006 Musa Aman umumkan pembinaan Jambatan Menghubungkan pusat kebudayaan Murut Tenom ke Taman pertanian sebanyak RM juta juga lah dan signboard pun sudah pasang di tepi jalan rumah kebudayaan sekarang sudah 6 tahun berlalu...hampaspun tidak ada dan pada tahun 2010 CM telah pecah tanah UMS kampus keningau...bila tanya Jabatan Tanah tidak ada Tanah yang dikhaskan untuk UMS.kena tipu lagi kita KDM (Pendalaman)dan sekarang umumkan kelulusan kolej KDM dimana peruntukannya tidak tahu...dan ada satu lagi janji bakal calun MP Tenom Rubin Balang mahu bina sekolah menangah di BT14 dan Melalap...kalau siapa percaya janji si Rubin ini saya rasa orang-orang ini memang tidak ada sikul...

    ReplyDelete
  23. ramai pihak yang mengatakan bahawa Lajim hanya menunggu masa yang sesuai.. masa yang sesuai macam mana tu?? selepas PRU? selepas BN tewas baru dia lompat?? masa tu jangan harap la nama beliau dijulang tinggi2..

    ReplyDelete
  24. nasib baik la Lajim dalam BN.. kalaulah Lajim dalam Pakatan, tidak payah tunggu masa yang sesuai, awal2 lagi dia seudah kena pecat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.