Monday, June 18, 2012

Kelebihan Bulan Sya'ban

""Nabi saw. banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban.

Aisyah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (HR an-Nasa’i dan Ahmad)

Malam Nisfu Sya'ban malam istimewa.

Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, maka diampuni semua hamba-hambaNya, kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

DILARANG berpuasa sunat selepas pertengahan (nisfu) bulan Sya'ban.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (HR Abu Daud)

Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.sg"

1 comment:
Write comments
  1. cakap dgn ummi hafilda sikit kelebihan bulan sya'ban nih. Tapi kalu fitnah liwat ,fitnah zina kpd org lain,bukan kira bulan mane. Sentiasa brdosa besar pun. Yg peliknya, nak election je adalah muka beliau. Bukan kita bela sesiapa lakukan liwat, zina atau seumpamanya tapi kenapa dekat nak election ada2 aje citernya. Lepas tu, dosa besar ummi lg fitnah yg dia keluarkan tu, ada pula 'penyambungnya'. Maka dosa tu jd tawassur, bertautan /brpanjangan dek 'wartawan2' segera.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.