Tuesday, June 26, 2012

Abby Abadi dituduh dapat hidayah sesat

PELAKON yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan Gerak Khas, Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej manis bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau, pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat [Twitter].




Sebelum ini Abby mendapat liputan media apabila dilihat menyangkal kenyataan salah seorang menteri yang mendakwa peserta Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh parti Islam itu menerima bayaran.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.

Semasa Abby aktif di dalam dunia lakonan, sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat.

ReJaM© "Kalau sesat tentu dah lama PAS diharamkan oleh Majlis Fatwa... "


source: milosuam.blogspot.com"

9 comments:
Write comments
  1. syabas dan tahniah unk Abby Abadi kerana membuat satu penghijrahan yg memerlukan satu pengorbanan besar dlm diri saudarai. Tawakal pada ALLAH SWT kerana sesungguhnya DIA lah yg maha memberi petunjuk dan rezeki pada umatnya. BN/UMNO bukan nya tuhan yg menentukan segalanya.

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut UMNO dapat hidayah dari mana pula?

    ReplyDelete
  3. semoga anda sekeluarga bahagia n berjaya!

    `bila dah suka garam pun dikata gula...bila dah x suka gula pun didakwa garam`....anyway - gd luck!!!

    *generasi 3 dlm umno. menepati janji dan no kroni.

    ReplyDelete
  4. Parti Al Islam SeMalaysia(PAS)..konsep apa? Islam yg tinggi melalui AlQur'an dan hadis Nabi SAW. Ada yg istilahkan sebg PARTI AJARAN SESAT. Nak pandukan umat ke jalan Islam spt yg pernah diperjuangkan oleh Rasulullah tu sesat ke? Atau sebab dakwahkan manusia ke jalan PAS itu sesat dan tidak sesat jika brsama UMNO ? Common sense laa.. kalu PAS anjurkan ceramah agama dan UMNO anjurkan Program Lepak Positif (Kara oke) atau K-POP yg jelas tarian lucah dr luar negara, secara spontan yg mana SESAT ?. Teruskan usaha murni Cik Abby.

    ReplyDelete
  5. baiki hati! PAS & UMNO adalah hanya parti politik yg memerlukan sokongan dari para pengundi.

    PAS- niat betul; cara merapu; kerja ntah ke mana; rakyat marah; tuhan xsuka; pahala susah nak dpt!

    UMNO- niat betul; cara diterima; janji ditepati; kerja jadi; rakyat suka; tuhan sayang; pahala pun dapat!!

    **muslimah PAS - pasti akan menyokong anda sbg calon PAS wp anda AMBIGA (LGBT)/ dajjal (logo bermata satu) cz mrk diuar2kan syurga oleh tok guru mrk! x boleh ditegur/ dinasihat!

    drp - syg abe (bukan ahli PAS/ jk ahli, pastinya aku akan jumud & mental block)

    ReplyDelete
  6. syg abe! mu meme betul deh! jika bini aku muslimat PAS meme dia akan mental block! ikrar muslimah PAS amat bahaya! ia hanya menguntungkan pemimpin2 PAS! mcm lah dia nak buat sekolah, masjid..tapi cakap pemimpin2nya kasi panas aje!!!

    dgn kafir harbi nak kawen pula!! semua ahli PAS x boleh ditegur!!! huhu

    ReplyDelete
  7. ada jugok hak gong gilo kata parti islam Tuhan tak suko..parti taghut Tuhan suko..eh eh ehh.gong/gilo sunggoh. Iblis pun tau Tuhan suko puok Islam..tapi melayu ngaku isle kato Tuhe tok suko puok isle ...doh bodo kelu..tok tau gapa.

    ReplyDelete
  8. dulu ada seorang rakan sya totok umno rupanya sebab..apa dia kata. Fir'aun pon dapat pahala juga kerana ramai manusia masuk kubor beliau di Mesir malah Mesir dpt banyak wang hasil dr lawatan manusia dr seluruh pelusok dunia. Kalau tiada Fir'aun nescaya kerajaan Mesir kurang dpt wang kerana kurang pelancong. Tapi dia kata juga sebab dosa Fir'aun trlampau banyak, tak bole cover dgn pahala itu. Aduhh,otak lembu fidlot umno nihh, Fir'aun tu dpt pahala. Sama spt UMNO pon dpt pahala dr Tuhan kata lembu umngok.

    ReplyDelete
  9. K-POP kalau anjuran UMNO halal kalau anjuran Pakatan haram, kalau tak percaya tanya Ustaz Najib!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.