Monday, June 18, 2012

Umno BN dalam dilema untuk hadapi PRU13

Dalam dekat ini mood pilihan raya umum ke-13 semakin dirasai. Setiap di antara kita tidak kira ahli politik, pelajar, mahupun orang kampung sedang mencongak tarikh bilakah parlimen akan dibubarkan untuk memberikan laluan kepada PRU13.

Walaupun parti pemerintah khususnya UMNO masih lagi berteka-teki berkenaan tarikh keramat tersebut, namun perang bendera antara parti politik sudah pun bermula, tidak kira daripada parti pemerintah mahupun dari parti pembangkang sekali pun.

Hal ini sudah menjadi tanda yang jelas bahawa PRU13 tidak lama lagi, dan boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja atau paling lewat sekali pun pada hujung tahun ini. Dalam misi menongkah perjalanan menuju tarikh PRU13 yang bakal menjelma, setiap parti politik, kerajaan mahupun pembangkang semakin giat memenangi hati rakyat. Dalam keghairahan menuju PRU13, beberapa perkara yang harus diberi perhatian, terutamanya daripada parti UMNO itu sendiri. Hal ini disebabkan, UMNO boleh dikatakan sedang sakit dan harus diubati sebelum PRU13 berlangsung.

UMNO Ketandusan Pemimpin Muda

UMNO boleh dikatakan ketandusan pemimpin-pemimpin muda yang berkaliber, berani, dan berjiwa besar. Itulah yang jelas daripada pandangan perspektif penulis. Persoalannya, dimanakah pemimpin-pemimpin muda UMNO yang lain? Ketua Puteri, Ketua Putera UMNO Malaysia boleh dikatakan sebagai golongan pelapis di dalam legasi kepimpinan UMNO. Dalam hal ini penulis tidak dapat melihat dengan lebih jelas apakah peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pemimpin muda ini, adakah sebagai memenuhi jawatan yang beri atau pun mahu menjadi popular dengan jawatan yang disandang.

Dalam ruangan yang terhad ini penulis ingin memuji peranan yang dimainkan oleh saudara Khairi Jamaluddin selaku Pemuda UMNO Malaysia, yang kiranya ketika ini boleh dikatakan antara pemimpin muda UMNO yang menyerlah daripada kalangan pemimpin-pemimpin muda UMNO lain. Tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa sesetengah anak-anak muda, mahupun mahasiswa mulai kagum dengan kredibiliti, karisma, dan keberanian beliau dalam mengurus sesuatu isu. Kekaguman sesetengah anak muda terhadap beliau bermula dengan keberanian Khairi untuk berdebat dengan saudara Rafizi Ramli berkenaan isu PTPTN.

Hal ini disebabkan belum ada lagi dalam kalangan pemimpin UMNO yang sanggup mahupun berani menyahut cabaran untuk berdebat berkenaan isu-isu semasa secara terbuka melainkan debat melibatkan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Shabery Cheek berkenaan isu harga minyak yang diadakan beberapa tahun lepas di Dewan Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka. Bukan lambang parti menjadi pokok perbincangan kali ini, tetapi menjadi kayu ukuran utama ialah penampilan pemimpin muda itu menjadi contoh atau ikon kepada pemimpin-pemimpin muda lain yang untuk terus berani tampil ke hadapan berkongsi idealisme, walaupun idealisme itu bertentangan dengan kehendak masyarakat.

Dalam pada masa yang sama Khairi juga turut aktif dalam memberi respond mahupun maklum balas berkenan isu-isu semasa melibatkan golongan muda mahupun mahasiswa. Isu terbaru yang mendapat perhatian beliau adalah berkenaan pembekuan pinjaman PTPTN terhadap mahasiswa baru unisel. Walaupun pendapat yang diberikan oleh Khair lebih kepada mewakili lidah UMNO/BN namun sekurang-kurangnya beliau berani memainkan peranan sebagai pemimpin muda yang harus peka berkenaan isu-isu semasa terutama melibatkan golongan mahasiswa. Persoalan yang harus dijawab oleh saf kepimpinan UMNO sekarang adalah ke mana menghilangnya pemimpin-pemimpin muda UMNO yang lain? Persoalan atau di leman inilah yang harus ditangani oleh UMNO dengan lebih cermat dan serius sekiranya masih lagi bercita-cita untuk kekal di Putrajaya.

Penulis melihat pada ketika ini hanya Perdana Menteri sahaja Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang betul-betul serius untuk memastikan UMNO terus kekal di Putrajaya. Jika kita melihat kepada kedua-dua pemimpin ini mereka bukanlah dalam kalangan pemimpin muda malah boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang sudah separuh abad bergelumang dalam kancah politik negara. Siapakah yang ingin memimpin UMNO jika kedua-dua pemimpin ini tidak terdaya lagi? Jika UMNO masih lagi memilih untuk melihat pemimpin muda tidak mampu menerajui kepimpinan parti, terutama saf kepimpinan yang lebih tinggi seperti Majlis Tertinggi UMNO pandangan itu adalah dangkal sama sekali.

Hal ini disebabkan, jika kita melihat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, jelas dan nyata bahawa mereka ramai dibarisi pemimpin-pemimpin muda yang berkaliber seperti Mohamad Azmin Ali Timbalan Presiden PKR, Saifuddin Nasition Ismail Setiausaha PKR, Ustaz Nasaruddin Tantawi Ketua Dewan Pemuda Pas, Dato Seri Nizar Jamaluddin, Shamsul Iskandar Ketua Angkatan Muda PKR dan ramai lagi. Jika diamati nama-nama di atas, barisan pemimpinan ini amat dikenali dalam kalangan anak muda mahu pun mahasiswa. Sebab kenapa? Kerana mereka ini sentiasa mengambil berat dan juga cakna berkenaan isu-isu golongan muda berbanding pemimpin UMNO.

UMNO harus sedar bahawa zaman sekarang bukanlah zaman orang lama untuk terus berkuasa tetapi zaman yang mana orang lama harus memberi laluan orang muda untuk berkuasa. Dalam erti mudahnya orang lama perlu memberi laluan kepada pimpinan muda untuk berada dalam kedudukan mereka sekarang, ini jelas supaya idea dan pembaharuan-pembaharuan dalam parti dapat dilaksanakan, mengikut acuan politik semasa.

UMNO/BN Kurang Idealisme

Ternyata UMNO/BN ketika ini sangat tandus dengan idealisme. Mengapa penulis berkata demikian? Hal ini disebabkan, rakyat khususnya golongan muda ingin melihat serta menilai apakah idealisme atau dasar yang ingin dibawa UMNO/BN pada PRU yang akan datang dan bukannya meminta rakyat memutarkan kembali memori yang mana UMNO/BN pernah berjasa dalam membangunkan negara. Ya, UMNO pernah berjasa pada negara dan orang Melayu suatu ketika dahulu, Itu memang benar. UMNO/BN juga harus sedar bahawa rakyat ketika kini bukan mahu melihat apa yang telah dilakukan oleh UMNO suatu ketika dahulu, walaupun bermanfaat hanya sedikit untuk khabarkan, tetapi yang paling penting rakyat mahu melihat apakah dasar atau pun idea yang ingin dibawa oleh UMNO/BN untuk perancangan 5 atau 10 tahun akan datang.

Hal ini sangat berlainan dengan PR yang mana gabungan PAS, PKR, dan DAP sangat sarat dengan idealisme-idealisme yang membuatkan rakyat berfikir, menilai setiap dasar yang dikemukakan dan dasar itu akan dilaksanakan sekiranya mereka membentuk kerajaan kelak. Perkara inilah yang tiada di dalam UMNO itu sendiri. Mengapa ia terjadi? Hal ini disebabkan PR dibarisi ramai pemimpin muda yang sarat dengan idealisme dan juga memahami jiwa dan kemahuan anak muda seiringan politik semasa, berbanding dengan UMNO yang dibarisi ramai pemimpin sudah mencapai umur separuh abad. Malah, ramai dalam kalangan pemimpin UMNO tidak memahami jiwa-jiwa golongan muda. Sebab itulah golongan muda menjauhi UMNO yang perkiraan mereka UMNO tidak lebih sebuah parti politik untuk orang-orang lama dan veteran sahaja.

UMNO kini boleh digambarkan sebagai baju lama yang telah terlalu usang untuk dipakai. Justeru, baju yang lama yang telah lapuk perlulah diganti dengan baju yang baru dan lebih elok dan mengikut trend semasa. Bukan bermakna baju yang lama harus dibuang begitu sahaja tetapi perlulah diubah suai sedikit supaya bersesuaian dengan peredaran zaman.

43 comments:
Write comments
  1. Baju lama perlulah diubah suai untuk mengikuti zaman dan trend semasa jika ingin digunapakai lagi.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan UMNO perlulah berusaha lagi jika hendak mengekalkan sokongan dan undian rakyat Malaysia pada PRU-13.

    ReplyDelete
  3. Carilah bakal pelapis di kalangan pelajar U. Mereka kan suka berpolitik.

    ReplyDelete
  4. Biar tua, asalkan perjuangan ikut landasan betul.

    ReplyDelete
  5. Hanya rakyat yang menentukan seseorang pemimpin tu masih layak atau sebaliknya. gunakan hak mengundi untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  6. Rasanya kalau soal pemimpin muda, ramai calon tapi peluang tu yang tidak diberikan.

    ReplyDelete
  7. It is important young voters to choose wisely in the next general election, the country needs a proven administration to deal with domestic, regional and global issues. Don't give the country away to the wrong hands because you will be in trouble. Govt had worked through many domestic, regional and global issues and these translated into social and economic development for the country.

    ReplyDelete
  8. BN government’s track record which has been proven to be the best with its caring and responsible leadership

    ReplyDelete
  9. "UMNO kini boleh digambarkan sebagai baju lama yang telah terlalu usang untuk dipakai. Justeru, baju yang lama yang telah lapuk perlulah diganti dengan baju yang baru dan lebih elok dan mengikut trend semasa. "

    Not necessary true. Sometime the old once are much better than the new ones.

    ReplyDelete
  10. Young voters need to think with their on mind to vote for the best party. They shouldn't let anyone influence their decision. Most importantly, all voters must vote wisely.

    ReplyDelete
  11. Harap dibuat awal. Tolonglah jangan hujung tahun, saya mahu melancong ni:P huhu

    ReplyDelete
  12. Tapi yang penting, set dalam kepala otak masing-masing apa yang perlu dibuat:)

    ReplyDelete
  13. mungkin ada pemimpin muda yang berkaliber dalam UMNO/BN tapi mereka low profile barangkali..

    ReplyDelete
  14. apa2 pun, pemimpin muda harus diberikan laluan pada pru13 ini sebagai calon UMNO/BN..

    ReplyDelete
  15. kerajaan kini sedang melaksanakan transformasi..inilah perubahan yang dibawa..

    ReplyDelete
  16. dan hasil yang positif telah dicapai melalui GTP...

    ReplyDelete
  17. pemimpin2 muda dalam UMNO/BN harus lebih agresif dan proaktif lagi bagi menyerlahkan kualiti kepimpinan dalam diri..

    ReplyDelete
  18. rakyat kini sudah tahu menilai mana yang hanya cakap kosong dan mana yang benar...

    ReplyDelete
  19. Tua ka muda ka, asalkan berkelayakan dan boleh diharap, saya pasti akan bagi sokongan kuat.

    ReplyDelete
  20. Dilema itu benda yang normal, Saya yakin bn/umno takkan berdiam diri membiarkan takhta mereka dirampas.

    ReplyDelete
  21. PRU kali ini pasti rancak. Tunggu sajalah nanti:)

    ReplyDelete
  22. ada ka patut Najib kata akan berjuang hingga titisa darah terakhir utk pertahankan Putrajaya. Macam ayat pengganas je. Kalau bahasa SPRM..seseorang yg bekerja tanpa cuti,RASUAH. Seseorang bekerja tak mahu ditukar ktempat lain,RASUAH. Seseorang yg terlampau suka pd tempat kerja lamanya, RASUAH. jadi apa yg kita boleh nilai dr ungkapan Najib tu ye?

    ReplyDelete
  23. Orang muda sekarang kurang berminat untuk menyertai politik.

    ReplyDelete
  24. Jika ada generasi muda yang boleh menjadi pemimpin, apa salahnya di beri peluang untuk turut serta menjadi wakil rakyat.

    ReplyDelete
  25. Pemmpin yang berpengalaman dan masih lagi relevan tidak perlu di tukar.

    ReplyDelete
  26. yang ketandusan pemimpin sebenarnya adalah PKR, kerana ramai pemimpin mereka dah keluar, jadi PKR terdesak sampai sanggup keluarkan khabar angin pemimpin BN akan sertai mereka, tapi rupanya ia tak benar.

    ReplyDelete
  27. Junta waktu sambutan harijadi Datuk Lajim ramai oh pemimpin pembangkang datang tapi pemimpin UMNO/BN tiada. Macam mana itu? Lajim akan keluar BN atau tidak? Waktu Musa datang ke Beaufort hari itu tidak pula nampak muka datuk Lajim kenapa ah?

    ReplyDelete
  28. Najib pertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir? Guna senjata apa pak Jib itu? hairan aku cara mempertahankan puterajaya adalah dengan undi rakyat bukan dengan titisan darah. Bodoh punya PM!

    ReplyDelete
  29. dah mlompat pun si Lajim tuh mbah..cuma lum tau nak nompang kat mane lak lepas nih..tak yah nak defence la ye..ceh malu jer.

    ReplyDelete
  30. Rasanya UMNO/BN tidak ada masalah dengan PRU ini yang dilema sebenarnya adalah parti pembangkang.

    ReplyDelete
  31. Kita tunggu saja nanti siapa yang dalam dilema. Rasanya jika PR tidak kesampaian pasti kekecewaan yang teruk berlaku kerana sekarang ini terlalu yakin mampu menang dengan yang terbaik.

    ReplyDelete
  32. Generasi yang berkeupayaan harus diberi peluang untuk mencungkir pengalaman

    ReplyDelete
  33. Perosak parti harus dilucutkan dari senarai/pangkat.

    ReplyDelete
  34. Cuma golongan muda lebih memahami fikiran golongan muda, mereka harus diberi laluan untuk menceburi diri dalam politik.

    ReplyDelete
  35. BN harus jelas dengan kelemahan masing-masing dan memperbaikinya.

    ReplyDelete
  36. Demi masa depan, banyak perubahan dan penyediaan harus dibuat agar generasi muda akan datang tidak sengsara.

    ReplyDelete
  37. setiap orang ada pendapat sendiri, yang penting semua harus berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara ini.

    ReplyDelete
  38. kalau ditanya, semua parti pun cakap yakin akan menang.

    ReplyDelete
  39. parti yang berjaya menjaga kepentingan rakyat dengan sebaiknya, maka parti itu yang akan menang.

    ReplyDelete
  40. semua parti kini giat membuat persediaan untuk menghadapi PRU.

    ReplyDelete
  41. di Sabah dilihat BN masih lagi mendapat sokongan yang kuat.

    ReplyDelete
  42. berkenaan dengan pemimpin muda, menyerlah sangat ka semua pemimpin2 muda dalam pakatan?? anyway, pemimpin2 Pakatan memang mudah menyerlah.. asalkan berani menentang kerajaan, berani buat provokasi dan sebagainya, maka layaklah orang itu digelar pemimpin muda yang menyerlah macam Namewee..

    ReplyDelete
  43. jika penulis mahu sangat idealisme pemimpin2 muda Pakatan, eloklah jika penulis arahkan Anwar, Nik Aziz, Hadi dan vateren2 Pakatan yang lain untuk turun taktha..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.