Tuesday, June 26, 2012

Panas : Skandal kontrak LRT yang libatkan Najib

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project").

KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Najib Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.

KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut.

Shahril Mokhtar telah menulis kepada Najib Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA.

Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Najib Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Najib Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.

KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik UMNO di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN.

Saya betul-betul menasihati Najib Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau. -Rafizi Ramli

7 comments:
Write comments
  1. kami berbangga kerana mendapat ahli pembangkang yg begitu aktif membongkar segala keburukan dan kepincangan BN/UMNO sejak akhir-akhir ini.

    ReplyDelete
  2. Kenapa bagi pada orang putih? Orang putih didahulukan rakyat sendiri diketepikan kah? Perkasa tak bantahkah?

    ReplyDelete
  3. Dulu kita dengar jutaan ringgit sahaja yang di SONGLAPKAN, sekarang dah main billion billion. Makin tinggi nilainya.

    Sebab itu kewangan Islam menumpukan Dirham & Dinar bagi proses jual beli. Duit kertas ini hanya PROPAGANDA puak Kapitalis.

    Jangan terkejut, antara strategi orang2 berpengaruh dalam Sistem Kewangan Dunia, bila duit tak cukup, mereka akan cetak duit itu lagi tanpa pengetahuan UMUM.

    Sebab itu, setakat billion billion nie, apa ada hal bagi puak2 nie. Yang penting DUIT aku BOLEH CETAK!!! Rugi tak ada masalah, untung adalah KEUTAMAAN.

    TUMBANGKAN REJIM BN!!!

    ReplyDelete
  4. cari modal utk dr roastporkmah shopping maa...

    ReplyDelete
  5. pencacai umngok tk nampak semua nih. Mereka lebih nampak tok guru yg tak betul sebab seru org ramai ke arah ISLAM yg syumul. Mereka nampak tok guru amik rasuah sebab umno kata. Mereka tak nampak lembu fidlot yg kebas duit mereka RM250 juta. Bongkar la skandal mcm mana pon..mereka tetap tak nampak,beb.

    ReplyDelete
  6. malaysia ni sape punya? sape yg urus tadbirkan malaysia? najib,kan? so, lantak dia la nak buat apa2 projek! pendapatan dia adalah seluruh malaysia! dari pahala sampai ke dosa2.. dia yg tanggung! pada aku tak salah jika dia nak bagi projek pada siapa pun!

    duit rakyat? brape kome bayor cukai?
    yg x bayor cukai, ada ditangkap? jika merayu dikurangkan lagi,kan?

    wakil rakyat terutama pembangkang tetap x perlu bayor cukai! jangan pande2 nak cakap soal idealisma jika ekor berelumang dengan n..ajis!! PR nih - 2x5 aje! paku dulang paku serpih..

    pada aku lantaklah najib nak buat apa dengan malaysia ni asalkan dia sygkan rakyat! sentiasa berintegriti, ikut pandangan ulama, hormati ibu, syg kga, bayor gaji, buat jalan, hormati negara2 lain, bayor elaun imam, syg guru & bagi mcm2 pada guru, risau & hapuskan pengangguran, elakkan kemiskinan rakyat, menepati janji! fokus pada kemajuan rakyat, jaga kebajikan murid, bentuk remaja ke arah idealisma, usahakan kejayaan wawasan 2020, banteras rasuah, bina masjid, jaga kebajikan rakyat bukan islam! buat SRA, pecat pesalah2 rasuah, no kroni, nkra untuk menteri & kementerian, jaga kebajikan atlit, sayang & hormati golongan tua, ..negara ni milik dia!

    so, setakat 80 billion...alaa, bagilah dia uruskan apa2 projek! janganlah sentiasa sakit jiwa..dia bukan merapu dengan tanahair. jika dia ada duitpun, semua itu disedekahkan pada rakyat!!

    nyaris najib tak keluarkan arahan bunuh/ tahan / penjara semua pembangkang, hapuskan ulama spt negara jiran kita! najib tak tangkap dsai, najib tak bunuh nk aziz (siap ziarah ke hospital lagi, minta doktor rawat betul2 nik aziz..dah sembuh, nik aziz doa najib pecah perut!)

    di malaysia, najib ada kuasa untuk buat apa sahaja! bukan soal imunity tapi dia buat tak semua nih? korang boleh cakap dia takut??!! tapi aku tau dia memang sygkan rakyat! dia mmg suka buat lawatan kerja, setiap kata2nya adalah dasar bagi negara kita! dia sgt menjaga nama baik keturunannya. anak2nya di sri perdana hampir setiap hari sentiasa menerima didikan dari ibu najib sendiri!

    najib adalah hak kita..setakat 500 billion pun, aku sedekah aje pada dia, asalkan dia buat kerja! dia sentiasa fikirkan rakyat! dia martabatkan agama, dia sentiasa jaga nama keturunan dia! rajin bersedekah..

    dia hanya nak rakyat bersatu & sokong BN. tapi jika itu pun rakyat xsudi, dia berusaha sehabis daya! pada aku, bagi peluangla pada dia!!

    tiada dia minta anak2nya yg pandai masuk politik! dia anti kroni. dia mmg tak suka rasuah sebab rasuah menyebabkan hak nya musnah! dia hormati semua orang termasuk pembangkang..dia pernah berkata - teguran pembangkang menjadikan dia lebih baik! tapi mengapa najib dicela2 dgn perkataan yg bukan2? sedangkan dia diasuh agar jangan mencela orang lain oleh ibunya??

    dia sygkan rakyat! percayalah, najib tetap memaafkan kita atas nama kita rakyat dia.

    org malaysia

    ReplyDelete
  7. alaaaah..

    tapi aku tau siapa yang cari duit untuk malaysia.. mohamad nor yaakop, kan? pengurusan duit negara dikawal oleh bekas manager bank - husni hanazlah.. tul tak?

    by the way, moga malaysia sentiasa maju & capai wawasan 2020! ameeen

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.