Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.
Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.
Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.
Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.
Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.
Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.
Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.
Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.
Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menarik balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.
Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.
Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.
Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.
Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar.
Ini kenyataan Zahrain yang dipetik Utusan:
Nallakaruppan tidak akan disaman
KUALA LUMPUR 25 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mempertikaikan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini tidak menyaman Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu pernah mendakwa beliau sebagai peliwat.
Katanya, sewaktu tuduhan tersebut dibuat, Anwar masih lagi bersama kerajaan dan beliau langsung tidak mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan dirinya.
Sehubungan itu, Zahrain menuntut penjelasan Ketua Pembangkang itu mengenai tindakannya menghantar notis kepada Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan beliau seorang biseksual.
"Semasa Anwar bersama kerajaan dulu, Karpal pernah membuat dakwaan bahawa beliau seorang peliwat dan mempunyai bukti kukuh, tetapi Anwar tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang sehinggalah hari ini.
Tetapi yang membuatkan isu ini lebih kelakar adalah kenyataan Zahrain sendiri yang menuduh saman Anwar hanyalah saman politik dan bukannya sama untuk membersihkan namanya.
Apakah selepas ini Nalla akan menyaman Zahrain kerana Zahrain tidak mahu Nalla menyaman Anwar?
Kita akan saksikan sendiri beranikah Nalla tampil ke mahkamah dan "menunjukkan bukti kukuh" yang sebenarnya hanya direka-reka umpama video Datuk T yang kini muncul semula setelah hampir 65 peratus rakyat Malaysia tidak langsung percaya! -jalanpulang
Wednesday, June 20, 2012
Anwar Ibrahim Menang Kes Saman Nallakaruppan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menang lagi. kaya kau anwar bagi bagi la harta tu
ReplyDeleteUtusan Meloya tak habis-habis kena saman dan semuanya dia kalah. maknanya laporan utusan Meloya itu dikorek dari tiong sampah! Hinanya akhbar UMNO!
ReplyDeletekan dah kata, UMNO cerdik. Dia tak usung sendiri kes2 fitnah ke atas Dato Seri Anwar. Dia tak pandai reka cerita sebab itu dia guna Ummi, Nalla dan anjing UMNO utk menyalak,sebab kalau kes kalah,public marah kpd muka2 tadi dan tidak pada UMNO. Malah sampai ada yg kata ,kenapa Anwar tak berani utk sumpah la'anat. Dia ingat sumpah la'anat ni bole sebut suka2 hati dan dimana shj tanpa mengira tempat sebab Allah dah tetapkan nya dlm hukum. Bukan dlm hukum UMNO, sebab itu Anwar tak bole ikut arahan UMNO. Si Nallakaruppan ni ada trmasuk perangkap BN iaitu kes pistol dan peluru. Kes ni hukum bunuh, beb. Trpaksa lah si Nalla kena melalak, survival bebb. Kes kalah menang suku kira,kena ingat 1Nyawa dulu.
ReplyDeleteOrang seperti Nalla dilantik sebagai senator.APE KEJADAHNYER!!!
ReplyDeleteSeorang senator sanggup buat fitnah, Seorang senator sanggup mencemarkan statusnyer..INIKAH STATUS SEORANG SENATOR DALAM M'SIA.. Lagi baik beri jawatn senator tu pada wakil orang asli..mereka tak pandai nak menipu, tak tahu nak fitnah, tak tahu nak seleweng.
Hahah..Senator lantikan BeeEnd. Semua Kaki Fitnah..Bukannya dipilih untuk memberi idea2 yang bernas membangunkan Negara..tp kerjanya Fitnah Pemimpin2 PR..tu je..
ReplyDeleteNalla.. bila masa nko hendak membela nasib kaum India?? MUIP apa jadi..? atau nko berpuas hati dgn Senator? Kaum India perlukan pemimpin.. bukan yg sibuk dgn hal org lain..aku rasa.. aku lebih layak jadi pemimpin MUIP dari nko walaupun aku org Melayu..sial la ko ni..
ReplyDeletenalla bakal muflis..dengan saman jer.
ReplyDeleteNalla, bla nko dh bngkrup nnti, nko mntalah ngan mmber nko, si ezam nor, umi hafida ali, roslan kassim, zaharin hasim.dan katak2 yg seangkatan dngn nko melompat dari pkr.tauuuuu.....walaupun ci(ciput)jadilahhhh........
ReplyDeleteaku tengok muka Nalla tu..trbayang yg dia tersepit oleh keadaan. Mungkin dia faham situasi tapi tak mampu menzahirkannya. Senyumnya semasa sidang2 media utk menyerang Dato Seri Anwar macam ada 1001 satu persoalan dlm benak sanubarinya. Tiada sapa tau. Masa mursyidul am TIBAI si Zahid MatArip..memekik2 akan menyerang DSAI, beliau ada brsama tapi spt masih menyembunyi sesuatu. Yg pasti beliau trperangkap dgn kes pistol dan peluru sedikit masa lalu (yg mungkin juga sengaja dirancang) oleh musuh DSAI sebab si Nalla adalah kawan baik DSAI.
ReplyDelete