Satu semakan kehakiman difailkan ke atas keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membenarkan pelantikan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai ahli lembaga dan pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF).
Semakan kehakima yang difailkan empat peneroka Felda - Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Nor Atan - menamakan KPF, SKM dan satu jawatankuasa suruhanjaya sebagai responden dalam permohonan berkenaan.
Permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bagi menyemak semula keputusan SKM yang membenarkan Isa dilantik ke dalam KPF, walaupun mengetahui bahawa pelantikan tersebut tidak sah.
Permohonan yang difailkan melalui firma Mohamad Hanipa & Associates itu juga menuntut supaya pelantikan dan keahlian Isa dalam KPF ditangguhkan sementara sehingga keputusan semakan kehakiman itu diperolehi.
Empat peneroka berkenaan turut menuntut perintah untuk membatalkan keputusan SKM bagi membatalkan pelantikan Isa.
Peneroka itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan atas tindakan tersebut.
Pada 23 Mei lalu, SKM dan jawatankuasa berkenaan mendapati KPF melanggar satu undang-undang kecil dengan membenarkan keanggotaan Isa, namun memutuskan bahawa keahlian itu tidak boleh dibatalkan kerana tiada undang-undang yang memperuntukkan perkara itu.
-MK
Monday, June 18, 2012
Peneroka cabar pelantikan Isa Samad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Felda ada hak untuk melantik sesiapa yang dirasai sesuai sebagai pengerusi koperasi Felda.
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat bagaimana Felda akan mengatasi masalah pembantahan pelantikan Isa Samad sebagai KPF mereka.
ReplyDeleteIkut suara majoriti la. Jangan tamak jawatan.
ReplyDeleteAda-ada saja isu Felda ni. Perbaiki kelemahan yang ada.
ReplyDeleteBanyak sangat ketidakpuasan hati peneroka. harap masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.
ReplyDeleteBerikan peluang kepada beliau kerana kita tidak tahu kebolehan yang terpendam beliau.
ReplyDeleteKita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku, dan bagaimanan corak pengurusan beliau.
ReplyDeletejika dia layak, tak salah dia dilantik.
ReplyDeleteIni nak tutup mulut Isa Samad supaya diam-diam nanti Isa Samad bongkar skandal VVIP UMNO ditangkap khalwat di Port Dickson dulu sudah pula! Terkeluar air liur nanti VVIP itu bersumpah laknat!
ReplyDeleteTan Sri Isa Samad adalah perasuah besar. Ia disahkan sendiri oleh Lembaga Disiplin UMNO dan seterusnya membawa kepada penggantungan beliau dalam UMNO.
ReplyDeleteApa nak jadi dengan Malaysia ni? Perasuah, penyangak, perompak, penyamun dilantik memegang jawatan2 tinggi dalam GLC. Rakyat pulak, masih banyak yang bangang pasal still menyokong makhluk2 ini. Alahai Malaysiaku..
BAWAKAN KES INI KEMAHKAMAH PERDAGANGAN, ATAU KOPERASI DAN BUAT ADUAN HAK PEMGUNA...DALAM PENUBOHAN KOPERASI MESTI ADA UNDANG UNDANG PENUBOHAN KOPERASI...KITA TENGOK A[A AKAN TERJADI...ISA SAMAD PERNAH TERLIBAT DENGAN AMALAN RASUAH,..TAKKAN SSPESIS PERASUAH BOLEH PEGANG SYARIKAT YANG MENGENDALIKAN ASSET BERBILION RINGGIT, KALAU ANJING KALAU TAJ MAKAN TULANG DIA HIDU PUN CUKUP LA...
ReplyDeleteCuba fikir secara logik, layakkah isa samad, org yg pernah disabitkan kesalahan rasuah utk menerajui kpf. Ibarat kata, layakkah org yg pernah disabitkan mencuri utk menjaga wang simpanan dlm bank?? mana layak! Habislah duit simpanan dlm bank itu dikorek & diagihkan sikit demi sedikit! Begitu jugak dlm pemilihan pengerusi kpf ini, kena la lantik org yg benar2 berkaliber dlm menjaga kepentingan kpf & felda secara umumnya. Ini bukan perkara main2, nak jaga kepentingan warga2 felda yg berjumlah lebih dari 100,000 org! Mana boleh tangkap muat jer, jahanamlah masa depan felda ditgn org2 yg rakus & berkepentingan!!...
ReplyDeleteorang kuat Najib nih beb, jgn main2. Kenapa orang kuat, sebab Najib brkuasa atas Felda sebagai PM tapi kena ada pok yeb seorang demi kesenangan berurusan keluar wang. Walau brkuasa atas Felda pun kalau takde org dlm yg kuat,susah jugak beb. Isa ni masa election dulu di Port Dickson siap janji utk buat futsal utk tentera ke, jadikan PD sebagai Bandar Tntera dan juga apa lagi satu tuh,lupa. Tapi yg tertunai adalah dia kahwin satu lagi lepas menang beberapa bulan jer. 3 janji sebelumm tu..hah kempunan lah gamaknyer. Peristiharan Port Dickson sebg Bandar Tentera bukan beliau lakukan tapi oleh Menteri Pertahanan bersama MB NS dan Panglima TD baru2 ini.
ReplyDeleteisa samad pegang kunci seluar dlm besi c haji logiut najib bah...
ReplyDeletePeneroka dapat durian runtuh, tak kan sudah lupa
ReplyDeleteNegara ada undang2 sekiranya ada yang seleweng pasti tidak akan terlepas dari tindakan undang2.
ReplyDeleteBila isu ni dibongkar oleh ANAK dan Kepimpinan PR.. Isa bin Smart telah dianggap sebagai liabiti pada UMNO seperti dlm kes NFC. .Puan Shahrizat Bt
ReplyDeleteMbuu..zaman UMNO bermaharajalela sudah berlalu.. seperti juga era Monarki Raja-Raja dan Sultan yg juga telah berakhir..KINI giliran kepimpinan rakyat pulak yang bakal berkuasa..UMNO ketepi... tolong bagi laluan..jgn halang kemaraan rakyat dgn provokasi.. jgn diuji kesabaran rakyat..
Nampaknya perlantikkan itu masih belum pasti lagi keputusan seterusnya. Kita tunggu apa yang berlaku nanti.
ReplyDeletesama la.. Anwar pun pernah terlibat rasuah, tapi dia juga yang diagung2kan untuk merampas jawatan PM..
ReplyDelete