Monday, June 18, 2012

Kubur Guru Wanita Digali Semula

Bapa kepada seorang guru wanita yang meninggal dunia dua hari lalu terpaksa reda kubur anaknya itu terpaksa digali semula oleh polis di Tanah Perkuburan Islam Lada, Wakaf Bharu, di sini, petang semalam.

Anggota Forensik mengeluarkan mayat Balqis apabila kuburnya digali semula untuk siasatan punca kematiannya di Tanah Perkuburan Islam Lada Wakaf Bharu, semalam.

Bapa Allahyarham, Shamsuddin Yusoff, 63, terpaksa akur dengan prosedur siasatan polis dan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat anak sulungnya itu, Balqis, 40.

Khamis lalu, Balqis dikatakan mati mengejut dipercayai akibat sakit jantung di rumahnya di Taman SBJ Pasir Pekan, di sini.

Kematian disedari oleh salah seorang anaknya pada pagi Khamis lalu yang masuk ke dalam bilik tidur untuk mengejutkan arwah bangun tetapi didapati arwah sudah meninggal dunia.

Shamsudin berkata, polis curiga kematian anaknya itu dan untuk menyiasat punca sebenar kematiannya, kubur itu terpaksa digali semula.

Kubur itu digali oleh sepasukan anggota Forensik Polis Kelantan kira-kira jam 5 petang yang turut dihadiri Imam Masjid Wakaf Bharu, Wan Ahmad Nazree Abdul Halim; Majistret Tumpat, Ahmad Adha Amir Yasin dan juga Jabatan Agama Jajahan Tumpat.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret Tumpat untuk menggali semula kubur guru wanita itu.

“Semalam kita telah menerima laporan oleh bapa si mati mengatakan arwah meninggal dunia disebabkan dipukul oleh suaminya. Oleh itu pihak polis terpaksa menyiasat dan pohon
perintah majistret untuk menggali semula kubur berkenaan.

“Jenazah tersebut dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu. -SH

8 comments:
Write comments
  1. Kubur digali untuk membantu penyiasatan, diharapkan pihak forensik dapat mencari punca kematian.

    ReplyDelete
  2. Semoga orang yang menyebabkan kematian wanita ini dapat dicari selepas ini.

    ReplyDelete
  3. Apa sebab yang meragukan kematian itu?

    ReplyDelete
  4. Bapa si mati patut bagitau perkara tu sebelum arwah dikebumikan. apapun, harap kes tersebut selesai dengan segera.

    ReplyDelete
  5. Ada perintah daripada mahkamah memang perlu dipatuhi

    ReplyDelete
  6. Keraguan punca kematian perlu disiasat dengan lebih mendalam

    ReplyDelete
  7. Semoga polis akan dapat menyiasat kebenaran dalam kes kematian tersebut.

    ReplyDelete
  8. kenapa tidak buat laporan polis awal2 sebelum arah dikebumikan?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.