“Saya tidak takut biar pun ada pihak mengugut. Kita hanya perlu takut kepada Allah Taala sahaja dan bukan takut kerana manusia.
“Biar pun berjuang bersama di pentas Pakatan Rakyat tanpa mendapat bayaran tetapi hati saya senang,” kata artis Dayangku Intan pada ceramah di Kampung Mahligai malam tadi.
Menurutnya tidak menjadi kesalahan untuk berjuang di pentas politik bagi menegakkan kebenaran.
Kata beliau ada rakan-rakan artis menanyakan tidak takutkah berjuang bersama Pakatan Rakyat, nanti susah hendak cari makan.
“Kamu artis hendaklah bangkit bagi menyuarakan hak. Sekarang artis tempatan tidak lagi mendapat keistimewaan berbanding artis yang didatangkan dari luar negara.
“Artis luar yang datang dibayar begitu mahal. Jadi kalau dilayan sebegitu rupa oleh kerajaan kita perlu bangkit bagi menyuarakan hak,” ujarnya pada ceramah di pentas PAS.
Program itu mendapat sambutan hangat apabila ramai hadir mendengar ceramah sulung artis terbabit di Kelantan, yang kini berjuang di pentas Pakatan Rakyat.
Orang ramai berderetan di atas tali air yang terletak bersebelahan tempat ceramah. Di hadapan pentas orang ramai melimpah.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad, Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi.
Ramai muslimat turut mengambil peluang bersalam dan bergambar dengan Dayangku Intan sebaik selesai ceramah.
Dayangku mendakwa beliau pernah diundang menghadiri program di sebuah rancangan televisyen di mana program berkenaan mendapat banyak tajaan di kalangan pengiklan.
Kata beliau biar pun stesen televisyen terbabit mendapat banyak pendapatan melalui iklan, namun beliau sebagai tetamu yang diundang bercakap kira-kira 45 minit hanya dibayar RM100 sahaja.
Dayangku Intan yang datang bersama suami juga memberitahu sudah lama tidak membaca akhbar harian yang dimiliki Umno.
“Sekarang saya hanya baca akhbar diterbitkan PAS, PKR dan melayari internet sahaja bagi mengetahui perkembangan semasa.
“Sebenarnya di mana sahaja berada saya tetap bercakap mengenai isu rasuah yang begitu kronik berlaku dalam negara sekarang,” katanya.
Menurutnya rakyat sudah bosan dan inginkan perubahan dalam pentadbiran negara.
Sementara itu Abdul Azziz berkata, beliau sudah beberapa kali berusaha menjemput Dayangku hadir pada program di Bachok, namun hanya malam tadi yang menjadi kenyataan.
Manakala pada 28 Jun ini seorang lagi selebriti, Abby Abadi dijangka menemui peminat pada program Sembang Petang di Dewan Majlis Daerah Kuala Krai di Guchil, manakala pagi 29 Jun pula program di padang Majlis Daerah Pasir Puteh. -HD
Friday, June 22, 2012
Artis Tidak Lagi Takut Dengan Ugutan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalu bgitu bukan cerdikpandai je brsama PAS atau PR, golongan selebriti atau 'public figure' juga nampak kebaikan PAS atau PR. hanya tinggal lembu2 fidlot shj le dgn umno nampak gaya.
ReplyDeleteBukan selebriti saja beralih arah pemimpinpun sebab merikah tahu kapal lama mau karam,rakyat sudah sedia mau membuat perubahan yang dinanti nanti PRU 13.
ReplyDeletekami sekeluarga tetap dengan umno. dulu, kini dan selamanya!
ReplyDeletepada kami parti ini jujur, mengota janji, tak suka menghina islam, bahkan membina masjid& sekolah2 agama rakyat lagi. hak orang masuk parti lain, jangan dimaki..jangan di hina!
gd luck jika itu pilihan anda..tp janganlah memaki hamun ibu bapa yang sentiasa membantu kita dari kita kecil lagi.
PAS - niat bagus; cara ntah apa2; kerja x jadi; org marah; pahala x dpt; tuhan x suka; silap2 dosa yg dapat!!
ReplyDeleteUMNO - niat bagus; cara tepat; kerja2 jadi; janji sentiasa ditepati; org bahagia; pahala dapat; tuhan suka. jk dah berbakti mcm ni.. boleh masuk syurga ka, neraka?
**anda sudi nik aziz pikul dosa seluruh rakyat kelantan di padang mahsyar kelak selama lebih 20 tahun dia jd MB? .. jika kasihan dia, x payah undi pas sb semakin banyak dosa2 rakyat kelantan dia kena tanggung..
undi UMNO sb UMNO bg kejayaan dnia akhirat. bukan asuh anda membenci org. bukan UMNO mengeksploitasi islam! pemimpin2 UMNO xde mempertikai kemampuan nik aziz memajukan kelantan! walau pun dia memang ada beribu alasan termasuk dgn tuhan!!
*drp pengundi BN dulu, kini & selamanya