Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara.
Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini.
Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno.
“Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.
“Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang,” tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.
(Gambar: Aishah menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.)
Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah.
Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati.
“Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.
“Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya.
“Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita,” jelasnya di hadapan hampir 400 hadirin. -HD
Saya sokong PAS kerana Islam - Aishah
TUMPAT: Selagi perjuangan Islam yang didokongi PAS tetap berlandaskan syariat dan hadis, beliau tetap akan memberikan sokongan terhadap parti yang memperjuangkan Islam itu.
Wan Aishah Wan Ariffin atau nama glamournya Aishah (gambar), artis kesayangan ramai yang baru menyertai PAS baru-baru ini berkata demikian ketika ditanya oleh salah seorang peserta yang ingin mengetahui tindakannya menyertai parti itu baru-baru ini ingin bergiat politik pula.
Menurut Aishah, beliau berhasrat untuk menyertai parti itu secara senyap, bagaimanapun tidak menjadi mungkin kerana beliau seorang artis.
“Tapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan diri saya sendiri serta dua orang anak-anak saya.
“Prinsip saya mudah, saya akan menolak mana-mana yang tak betul, perjuangan sekular, banyak kemungkaran yang berlaku di hadapan kita yang wajib kita tentang,”ujarnya.
Menurutnya, pengalaman hidupnya membuatkan beliau tercari-cari hala tuju kehidupan sebenar.
Beliau juga turut menolak akan aktif dalam politik, Cuma mengambil kesempatan untuk memberi pandangan sebagai seorang artis berhubung pandangannya sebagai seorang artis terhadap perjuangan Islam.
“Pengalaman yang berlaku selama ini boleh kita membawanya ke pentas untuk dikongsi bersama masyarakat, tidak ada salahnya asalkan ianya baik untuk Islam,”ujarnya.
Terdahulu beliau menyeru golongan pendakwah tidak terus membiarkan golongan dibelakang tabir seperti komposer, penulis lirik, pemuzik dan sebagainya agar mereka tidak lari dari landasan Islam sebenar. -HD
Saturday, June 16, 2012
Aishah : Orang Bijak Pandai Ramai Masuk PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
syukur la klu aisah dah berubah tapi dia dah salah pilihan utk berubah.spatutnya dia tak ikut mana2 parti politik samada pas,umno,pkr,dap,mic,mca atau mana2 parti politik.parti2 politik berjuang utk berkuasa.ada yg memperalatkan agama utk dapatkan kuasa.dengan mengikut mana2 parti politik secara tidak langsung beliau terlibat dgn benci membenci kata mengata kutuk mengutuk fitnah memfitnah tuduh menuduh dll semuanya tu tidak disukai oleh tuhan.lebih baik beliau taat suami dan perintah tuhan saja utk mndpt keredahan tuhan. perjuangan beliau tu belum tentu lagi diredahai oleh tuhan.
ReplyDeleteDalam otak pemimpin UMNO hanya meraka sahaja malaikat orang lain semua tak boleh di harap, akhbar lain semua tak betul siarannya hanya Utusan Sex yang balik-balik kena saman fitnah dan kalah saja yang betul. Begitu berkaratnya otak pemimpin-pemimpin UMNO ini. Seharusnya kita talqinkan UMNO pada PRU13.
ReplyDeleteparti tu maknanya gerakan/kump/pasukan dan mcm2 lagi dhobi'nya. Asasnya jika kump ianya kump Islam. Lalu kenapa langkah Aishah masuk kump Islam dikatakan tidak sesuai. Atau kerana ada fitnah memfitnah yg dikaitkan dgn PAS ? Nabi SAW dulu org kafir quraisy kata pemecahbelah masyarakat Mekah waktu itu dan maksudnya fitnah la tuh. Lawan kump Islam adalah kump Assobiah / Sekular( barat) / Ideologi manusia ( isme )dan ianya tidak mengambilkira faktor penyokong melayu ke hapa. Asasnya dlm kump Assobiah atau sekular ( barat ). Juga bereti ada 2 kump shj di alam maya ini iaitu kump Islam dan bukan kump Islam. Kalu nak kata bangsa tu dah cukop dgn Islam, bangsa Arab lebih mulia,tapi kenapa kufur dgn hukum Allah pd zaman Nabi SAW ? Lalu apa ada dgn kemelayuan ini? akidah tu lebih utama .Lalu betulkah akidah islamiah kita kalu dlm kump sekular? Itu persoalan asal.
ReplyDeletebukan shj otak pemimpin umno, otak orang umno pun sama. Tak boleh menilai mana permata mana kaca. Sebab dok usung kaca selama mati2an kata permata..betul Tun M kata tuh..tapi ramai kot orang umno sendiri tak perasan. " Yg cerdik masuk PAS dan yg bodoh masuk UMNO".
ReplyDeletePAS ni kalau buat kertas kerja sma buat manifesto dorang la PALING NUMBUR SATU DI DUNIA TP BILA BAB MAU LAKSANAKAN DORANGLA YG PALING NUMBUR UNCIT..sbb tu kalau pasal ISLAM apa yg dorang buat?paling penambahbaikan jak drpd apa yg kerajaan buat skrg?air d kelantan masih lg kotor..itukah kebajikan yg dorang laung2kan?masalah sosial d kelantan cthnya HIV no 1 d msia,klu nda pecaya rujuk statistik kmentrian kesihatan..klu mau jd muslim yg bagus nda semestinya msuk PAS sbb bila masuk PAS ni kna pandai berceramah maki hamun,caca merba,fitnah dan kutuk mengutuk..itulah kerja penceramah PAS yg baru naik mcm c ostad bob lokman tu kan..
ReplyDelete