SIKAP kerajaan BN yang terus mengongkong kebebasan media di negara ini sehingga memaksa media arus perdana hanya menyiarkan berita-berita yang menyebelahi BN, berita-berita palsu, fitnah dan caci maki terhadap pihak pembangkang ternyata amat memalukan para wartawan di negara ini.
Dengan penyiaran beritaberita seperti itu akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada para wartawan yang bertugas di media-media terbabit, selaras dengan kehilangan kepercayaan mereka terhadap media-media itu sendiri.
Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan berkata, padahal para wartawan yang bertugas sememangnya telah mengikuti etika kewartawan sepanjang menjalankan tugas mereka, tetapi imej mereka jelas tercemar disebabkan sikap para pemimpin Kerajaan BN yang memaksa pihak media hanya menyiarkan berita-berita yang memihak kepada mereka.
Menurut beliau, disebabkan tindakan itu, tidak hairanlah jika semakin ramai orang yang enggan menonton media arus perdana kerana akses media yang sebenar boleh didapati oleh mereka menerusi internet dan media baru.
Katanya, keadaan itu ternyata berbeza berbanding 15 atau 20 tahun lalu sehingga rakyat hanya akan mendapat maklumat daripada media arus perdana atau media tradisional sematamata, berbanding sekarang yang semakin maju dari segi komunikasi selaras dengan perkembangan internet.
“Jadi dengan apa yang berlaku itu menunjukkan perbandingan kebebasan media antara negara kita dengan negara luar yang mengamalkan demokrasi termasuk di London amat ketara,” katanya ketika dihubungi Harakah 14 Jun lalu.
Dalam industri media, menurut Anbalagan, keadilan nasional dari segi penyiaran berita merupakan satu perkara yang amat penting bagi membolehkan rakyat turut mendengar pandangan alternatif, bukan hanya pandangan sebelah pihak daripada kerajaan semata-mata.
“Tetapi ini tak berlaku di negara kita. Berita-berita dan cerita-cerita yang disiarkan hanyalah berat sebelah, tak ikut prinsip kewartawanan. Di negara lain tak begitu. Di negara lain turut juga diberikan ruang penyiaran pandangan alter natif.
“Dengan apa yang berlaku ini, orang ramai perlu faham.
Ini semua bukan berlaku atas kehendak wartawan, tetapi atas kehendak pemimpin kerajaan di media arus perdana yang dimiliki oleh kerajaan termasuk tv dan radio, manakala di media arus perdana swasta pula turut berlaku atas kehendak pemilik dan editor media itu,” katanya.
Beliau turut kesal dengan cadangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Dr Rais Yatim untuk memberikan ruang masa hanya 30 minit kepada pemimpin pembangkang berucap di media arus perdana sempena pelancaran manifesto pilihan raya masing-masing nanti.
“Padahal pihak kerajaan tak boleh buat garis panduan seperti itu. Pihak kerajaan juga adalah parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Kedudukannya adalah sama seperti parti-parti lain yang turut bertanding. Mana boleh Umno dan BN pula yang buat garis panduan seperti itu? Jadi ini adalah sesuatu yang dangkal,” tegasnya.
Sebarang garis panduan mengenai penyiaran bahan-bahan oleh media dan pembahagian masa penyiaran untuk parti-parti yang bertanding, katanya, hanya layak dibuat oleh suruhanjaya bebas yang perlu ditubuhkan oleh kerajaan, bukannya oleh pihak kerajaan yang turut terikat dengan parti.
“Hanya suruhanjaya bebas sahaja yang berhak membuat garis panduan untuk penyiaran bahanbahan oleh media arus perdana kerana hanya suruhanjaya itu yang akan melaksanakan tugasnya dengan betul, dengan melakukan keadilan bagi semua pihak, termasuk ruang yang secukupnya bagi penyiaran pandangan rakyat dan pandangan alternatif,” ujar Anbalagan.
-DD
Monday, June 18, 2012
BN buat garis panduan kempen di TV?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika rakyat tidak ingin menonton media arus, tiada orang akan paksa mereka. Lagipun banyak lagi media alternatif yang lain.
ReplyDeleteJika garis panduan dibuat, ia haruslah dilakukan oleh pihak suruhanjaya yang bebas supaya adil dan saksama untuk semua.
ReplyDeleteTidak hairanlah jika munculnya media alternatif yang lebih agresif.
ReplyDeleteBukan semua yang dilaporkan media adalah benar2 belaka.
ReplyDeleteMemang banyak media yang muncul sekarang ni. pandai2lah buat penilaian.
ReplyDeleteYang tinggal di pedalaman tu memang terhad la pendedahan media. macam mana tu?
ReplyDeleteKalau tayangan video porno media raus perdana cepat saja siarkan seolah-oleh TV di rumah itu hanya tontonan orang dewasa. Tiada otakkah mereka itu?
ReplyDeleteKebebasan pun perlu ada limit
ReplyDeleteMedia harus sentiasa memberi maklumat yang benar
ReplyDeletesaya langsung tak nengok tv ( secara direct) dah hampir 20 tahun lalu sewaktu tiada kempen boikot tv3 ke, rtm ke utusan malaysia ke asalkan media kerajaan BN. Sipi2 trlihat tu adalah sewaktu anak isteri bukak.Bukan apa,bukak jer takder cerita lain ( faham2 je lah bg yg dah faham tu). Baik dr sudut berita ke, cerita melayu yg dihidang ke, apa2 forum ke atau hapa2 lagi la, semua auta BN je. Buat forum Islam, penceramah tu kalau tak bayar sekian2 harga tak datang dan tajuk pula jgn sentuh BN/UMNO/kerjaan. Kalau citer pulak,tengok apa bentuk citer melayu skrang..HANTU atau CINTA.
ReplyDeletekalau pembangkang yang mengawal media pun, pasti mereka jg akan lakukan perkara sama.
ReplyDeleteitukata pencacai UMNO je..otak dah tumpul, nak berhujah tak de idea.
ReplyDeletejunta said...
Haha tidak tahu sudah apa yang berlaku. Tapi setiap pihak tidak akan menceritakan kebaikkan orang lain tidak kita Kerajaan atau pun Pembangkang PR. Benar atau tidak itulah yang berlaku.
ReplyDeleteJika tidak ingin menonton berita2, terpulang kepada mereka yang berkenaan. Tidak ada paksaan untuk itu.
ReplyDeleteRakyat kena pandai menilai sendiri mana berita yang benar dan yang hanya sekadar untuk membinggungkan rakyat.
ReplyDeletekalau Pakatan yang memerintah negara ini, jangan harap la mereka akan mengamalkan kebebasan bersuara.. jangan harap parti pembangkang waktu itu mempunyai tempat di media arus perdana.. sedangkan pemimpin sendiri di pecat hanya kerana membuat kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pucuk pimpinan, inikan pula lawan mereka..
ReplyDelete