Friday, June 22, 2012

PM Disebut Dalam Video Beli Ahli Parlimen PKR

Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dalam pendedahan terbaru Video Beli Ahli Parlimen PKR yang didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad siang tadi.

Pendedahan video selama 30 saat itu menyaksikan bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim menyebut nama pemimpin nombor satu negara itu.

“Dalam siri pendedahan kali ini, Zamil ada menyebut tentang rundingan terus kepada PM andai tawaran yang diberikan tidak memuaskan kepada Ahli Parlimen yang ditawarkan tukar parti.

“Mereka yang ditawarkan ini bolehlah berjumpa sendiri dengan PM dan boleh juga meminta jumlah yang diinginkan,” beritahu Khalid mendedahkan isi kandungan video berkenaan.

Berdasarkan video tersebut, beliau juga menjelaskan dapat mengenalpasti modus operandi yang digunakan Zamli dan ejen-ejen lain dalam usaha membeli Ahli Parlimen PKR.

“Mereka sasarkan Ahli Parlimen PKR yang mempunyai masalah, yang tidak berpuas hati atau mengetahui bahawa mereka tidak akan dicalonkan semula untuk PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, maka golongan inilah yang didekati atau dijadikan sasaran untuk dibeli,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Khalid mempersoalkan kewujudan PRU andai gejala politik kotor sebegini dibiarkan menjadi budaya dan amalan songsang untuk memperolehi kuasa sebagai Kerajaan Pusat.

“Apa gunanya kita bertanding dan menang namun kemudian Ahli Parlimen ini dibeli seterusnya menjadikan pihak yang kalah pula sebagai pemenang.

“Ini perkara serius dan tidak mustahil ia membabitkan kroni-kroni atau pihak berkepentingan untuk terus berada di tampuk kerajaan dan mengaut keuntungan,” tegas Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa Ahli Parlimen PKR yang dijadikan sasaran dan bukan Ahli Parlimen PAS atau DAP, Khalid menjawab ia sengaja dicipta untuk menjatuhkan imej PKR sebagai parti politik yang baru seterusnya memberi kesan buruk kepada kredibiliti Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

“Selain usaha ini dijalankan bekas ahli PKR sendiri, saya juga percaya mereka sasarkan PKR kerana ia parti baru berlainan dengan PAS dan DAP yang kuat kerana sudah berusia 30 tahun.

“Ini memang usaha menyeluruh kerana apabila imej PKR jatuh di mata rakyat, maka kredibiliti dan imej Pakatan Rakyat juga dilihat tidak cantik pada pandangan rakyat,” jelas beliau.

Khalid turut mendedahkan seorang individu yang digelarnya ketua ejen atau puak-puak yang bekerja keras untuk membeli Ahli Parlimen iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. -selangorku

11 comments:
Write comments
  1. yg nk beli orang tentu ada duit..yg kena beli ni tentu nya nak duit..org yg kna beli serupa cam brg kat kedai..termasuk belacan..brg ni dia tak bleh kata aku tak kna beli...tapi org ni masih bleh kata aku tak mau kna beli sbb aku bukan brg..nilai nya terletak pada RM..moral nya terletak pada....lu fikir sendiri!!!!!!

    ReplyDelete
  2. UMNO AKAN GUNA BEKAS PEMIMPIN PKR UNTUK PANCING IKAN BESAR.RAMAI BEKAS PEMIMPIN DAN AHLI PKR YANG KELUAR DI GUNAKAN OLIH UMNO UNTUK HENTAM PKR. UPAH NYA TENTU LUMAYAN TAK PAYAH KEJA , SAMPAI ANAK CUCU TAK ABIS MAKAN.

    ReplyDelete
  3. macam cerita 3 abdul.....meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta...wow!!!! 1800 dirham.....wow!!

    ReplyDelete
  4. sbb 2 zul nordin lipt lenai taruh lam almari...hujan kerap kat pasir mas sbb pak beraheng jadi katak jadian...kah3

    ReplyDelete
  5. Mereka ingat manusia semua boleh dijual beli. Zaman jahiliah manusia menjual manusia untuk dijadikan hamba, dizaman serba maju ini ada manusia menjual diri sendiri untuk diperhambakan dengan istilah Katak melompat

    ReplyDelete
  6. UMNO otak pembelit nombor 1

    ReplyDelete
  7. Najib kan suka main rampas-rampas termasuk rampas........? Kamu fikirlah sendiri!

    ReplyDelete
  8. Memang orang UMNO ni gila kuasa, sanggup memberi rasuah demi meneruskan kuasa politik, kita tumbangkan REJIM BN dalam PRU 13 ni.

    HIDUP PR

    ReplyDelete
  9. BN akan teruskan usaha utk beli YB PKR,sebab apa, dah ada bukti bagaimana jatuhnya kerajaan PR di Perak dan naiknya kerajaan 'haramjadah' ( ungkapan PM )selepas memerangkap beberapa ADUN serta membeli mereka. Bukan shj beli, selepas nampak mcm tak jatuh jugak, diusungnya Tuan Speaker DUN dan dikurung. Kerja itu pulak brjaya kerana ada usahasama SUK negeri yg totok dan jadi barua umngok. Kan pelik SUK tak hormat MB Dato Seri Nizar.

    ReplyDelete
  10. dulu SUK je nampak jelas balaci umngokk, kini seorng KSN pulak trpampang sbg balaci umngok. Aduh, Malaysia ku indah permai.

    ReplyDelete
  11. Aku ..apa aja yg d perkatakan oleh puak BN/UMNO atau sekutu-kutunya langsung tak mempercayainya...ksbb kalu tak fitnah atau bohong itu bukan BN/UMNO namanya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.