Friday, June 22, 2012

Rakaman Kedua Cubaan Beli MP Pakatan



Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan video klip dan audio kedua berdurasi 30 saat berhubung dakwaan cubaan membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat dari PKR oleh seorang agen BN.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau mendakwa agen tersebut adalah bekas Ketua Pemuda PKR Kedah PKR Zamil Ibrahim (bawah).

NONEDalam pendedahan video klips terbaru hari ini, Khalid turut mengedarkan transkrip kepada media perbualan Zamil yang didakwanya lebih kurang 31 ahli parlimen PKR untuk didekatinya.

"Memang ada usaha gigih, teratur dan tersusun, bukan sembang kosong, dia dah senaraikan identiti orang yang tidak puas hati.

"Matlamat untuk nak beli MP (PKR) ini... Inilah demokrasi negara kita tercabar dengan budaya politik wang," katanya.

Dalam pendedahan itu juga, beliau juga menamakan seorang lagi individu yang didakwanya sebagai agen BN untuk berbuat demikian.

Zamil pada 14 Jun lalu ketika dihubungi tidak mengesahkan atau mengiyakan dakwaan memainkan peranan dalam dakwaan rundingan supaya wakil rakyat Pakatan berpaling tadah.

Zamil juga menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan seorang ejen Umno dan "tak ada kena mengena dengan Umno."

-MK

5 comments:
Write comments
  1. penjual burger yg terjumpa 'harta karun' UMNgOk...

    ReplyDelete
  2. Saya sebagai RAKYAT MALAYSIA SABAH mencadangkan supaya wujudkan Undang-Undang ANTI LOMPAT Dan Mana - mana AHLI PARLIMEN Yang Keluar dari Parti yang di wakilinYa, Secara AUTOMATIK, PARLIMEN yang diwakilinya di ikhtiarkan KOSONG oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, supaya Pilihan Raya boleh di adakan semula bagi memberi PELUANG kepada RAKYAT untuk memilih WAKIL RAKYAT PARLIMEN yang benar-benar bertanggungjawab kepada RAKYAT dan Kawasan yang diwakilinya.

    ReplyDelete
  3. saya sebagai Wakil Rakyat Malaysia, amat bersetuju jika SPR (bukan kerja SPR pun tapi kerja BN sebg KERAjaan) wujudkan Rang Undang2 Anti Lompat Parti ( spt syor sdr anony di atas ) bagi memastikan lahirnya Wakil2 Rakyat yg benar2 berdedikasi bg suara rakyat yg memilih mereka dan bukan imbuhan yg bakal YB dapat. Bagaimana pun saya amat ralat dgn KESILAPAN besar yg dilakukan oleh MB Kelantan yg melantik Ibrahim AlKataki menjadi MP Pasir Mas. Beliau tak boleh samakan dgn Abu Sufian atau Khalifah Abu Bakar semasa jd ketua musyrikin Mekah zaman dulu yg dilantik Nabi SAW sebagai pemimpin Islam setelah masuk islam DENGAN melantik Ibrahim AlKataki menjadi salah serorang pemimpin gerakan islam . Saya pacar yg hina kenal benar seorg insan brnama Ibrahim tu, takkan MB Kelantan seorg yg brpengalaman luas dlm politik Kelantan tak tau sapa Ibrahim tu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.