Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan bahawa akhbar Utusan Malaysia telah dikenakan surat teguran berhubung laporannya pada Sabtu lalu yang "didapati menggemparkan fikiran orang ramai."
Satu kenyataan daripada KDN menyebut, surat teguran berkenaan diserahkan kepada ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak.
utusan malaysia, malaysia negara kristianTeguran berkenaan adalah berhubung laporan muka hadapannya bertajuk "Kristian agama rasmi?" dan juga satu lagi laporan yang disiarkan di halaman 5 pada hari tersebut.
Laporan berkenaan – memetik tulisan di blog – mencetuskan kontroversi apabila mendakwa sekumpulan pemimpin Kristian yang didakwa berikrar untuk melantik perdana menteri daripada penganut agama itu.
"Adalah menjadi amalan KDN untuk memanggil dan mendapatkan penjelasan pihak akhbar atas tindakan menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, serta menyerahkan surat teguran ke atas kesalahan tersebut.
"KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai atau kandungan-kandungan yang bertentangan dengan AMCP 1984," menurut kenyataan itu lagi. -MK
Thursday, May 12, 2011
Isu Kristian : KDN tegur Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jika Utusan Malaysia masih menyiarkan berita-berita yang menyentuh isu sensitif setelah surat teguran diberikan, KDN perlu mengambil langkah lebih tegas terhadap akhbar ini.
ReplyDeleteisu sensetif seperti ini tidak perlu dimainkan oleh mana-mana pihak sekali pun.
ReplyDeleteblog-blog yang mencetuskan kontroversi tersebut juga wajar dikenakan tindakan kerana dakwaan melulu yang dibuat mengenai sekumpulan pemimpin Kristian yang didakwa berikrar untuk melantik perdana menteri daripada penganut agama itu.
ReplyDeletetak patut keluarkan isu yang sensitif seperti ini.
ReplyDeleteKDN memang perlu tegas dalam hal ini. Utusan perlu diambil tindakkan.
ReplyDeleteTidak payahlah kita peduli apa yang Utusan cakap. Allah sedang melihat.
ReplyDeletehanya teguran? KDN seharusnya mengenakan tindakan yang lebih keras di bawah ISA..jelas utusan malaysia menyebarkan hasutan..
ReplyDeletementang-mentanglah Utusan Malaysia akhbar pro-UMNO maka Hishammudin pun tutup mata saja..
ReplyDeleteUtusan malaysia harus diboikot..
ReplyDeleteKDn sila bertindak dengan lebih tegas dan adil..
ReplyDeleteTepuk dada dan tanya hati sendiri, adakah tindakan teguran ini adil berbanding dengan tindakan yang diambil terhadap surat khabar lain?
ReplyDeleteSetakat surat tegur tidak berkesan menghalang Utusan mengulangi kesalahan yang sama.
ReplyDeleteTindakan yang wajar ialah membatalkan lesen Utusan.
Lesen Utusan harus dibatalkan sebagai datu tanda bahawa kerajaan berlaku adil dan serius terhadap isu yang melibatkan ketenteraman negara.
ReplyDeletekementerian tidak boleh mengambil apa2 tindakan terhadap pelbagai pihak termasuk Utusan mengenai hal itu kerana perkara berkenaan masih disiasat polis. jangan tumpukan kepada Utusan, siasatan ini bukan untuk mencari salah siapa, ia lebih kepada mencari kebenaran sama ada perkara itu benar2 berlaku atau tidak.
ReplyDeleteKita boikot saja Utusan Malaysia.
ReplyDeleteKDN harus bertindak adil dan tegas terhadap semua media walau Utusan itu milik UMNO.
ReplyDeleteAdakah ia berkesan menghalang Utusan dari mengulangi kesilapan setakat diberi surat teguran?
ReplyDeleteUtusan patut dikenakan hukuman yang lebih berat bukan setakat diberi surat teguran.
ReplyDelete