Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.
Mengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.
Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu - iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember.
Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.
Menghadapi pilihan raya
Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.
Bagi mengekalkan kadar harga sekarang, pembayar cukai terpaksa menanggung kos subsidi petrol sebanyak RM14 bilion. Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada bajet RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.
Walaupun jumlah yang ditanggung itu besar, ketua penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew berkata beliau menjangkakan kerajaan akan menangguhkan sebarang kenaikkan harga petrol RON95 sehingga pilihan raya umum selesai kerana petrol mempunyai kesan yang lebih besar berbanding gula.
"Bagi sekarang, kerajaan cuba mewujudkan persekitaran yang sesuai menjelang pilihan raya.”
Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.
Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.
Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi.
Barangan kawalan lain seperti tepung, minyak masak dan gas asli juga termasuk dalam rancangan pengurangan subsidi tetapi kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan barangan itu bagi tahun ini.
Najib pada 1 April lalu mengumumkan kerajaan akan memperlahankan pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi dengan alasan bagi membantu rakyat mengurangkan bebanan mereka.
Kabinet bincang kemungkinan kenaikkan
Sementara itu, Nanyang Siang Pau melaporkan harga petrol RON95 mungkin dinaikkan 10 sen dalam masa terdekat ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan.
Seorang menteri yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Cina itu bahawa jemaah menteri telah membincangkan subsidi petrol hari ini tetapi tidak ada keputusan muktmad dibuat.
Jemaah menteri bagaimanapun mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai perkara berkenaan.
Seorang lagi menteri memberitahu jemaah menteri juga bersetuju tiada keperluan bagi kerajaan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kewangannya.
Katanya, buat masa ini kerajaan membayar RM11 bilion setiap tahun untuk subsidi petrol RON95 dan kos itu mungkin naik menjadi RM18 bilion jika harga tidak diselaraskan tidak lama lagi. -MK
Setakat ni belum lagi, tapi tidak tahulah apa macam selepas ini...
ReplyDeleteharap tiada kenaikan lagi dalam masa terdekat ini.
ReplyDeletewalaupun terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion bagi menampung kenaikan harga minyak dunia tahun ini, kerajaan masih mencari alternatif bagi menstabilkan harga minyak tempatan biarpun kos itu telah meningkat RM4 bilion berbanding tahun lepas.
ReplyDeleteMenurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, setakat ini kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol itu kerana pihaknya berpendapat untuk menjimatkan perbelanjaan, ia bukan sekadar dengan menaikkan harga minyak.
ReplyDeleteharaplah harga Ron95 tidak naik, kebanyakan kenderaan menggunakan minyak tersebut.
ReplyDeleteJangan la naik.
ReplyDeleteHarap kerajaan BN naikan lagi RON95 sebab kita mampu dan YB kata Malaysia masih murah berbanding negara lain so naikan lah dan berkenan rayat tak mampu takpe harga kita masih murah lagi dari negara lain patut kita banga walau dinaikan dua tiga kali setahun.Saya sokong kerajaan BN barang naik ops jangan lupa kita akan dapat hadiah terbesar dari BN iatu GST (good servis tax)untuk kebanyakan barang keperluan seharian mungkin 5% so kita mariahkan lagi kenaikan ini terutamanya orang luar bandar tak ada pendapatan tetap pasti happy tapi mereka mana tau ekonomi so angguk aje pasti puji punya.
ReplyDelete80sen subsidi seliter ditanggung oleh kerajaan. Harga pasaran rm2.70 tapi harga di negara kita rm1.90. Apa pun kerajaan mesti bijak merancang dan membuat keputusan.
ReplyDeleteHarap kenaikan ini dapat dikawal sebaiknya. Setiap tindakkan akan dianalisis oleh rakyat.
ReplyDeletenaik lagi kah? susah la macam ni..
ReplyDeletesemua naik, tapi gaji tidak naik..kalau macam ni, kadar kemiskinan di malaysia akan bertambah...
ReplyDeletekerajaan harus segera melaksanakan skim gaji minimum...hidup rakyat makin susah...
ReplyDeletekalau naik harga RON95, kompom semua harga barang akan naik..sayur naik harga, meggi pun naik harga..pendapatan pula tiada kenaikkan...kalau yang kakitangan awam ok la, tapi yang kami ni pekerja swasta dengan gaji tidak seberapa macam mana mahu hidup..
ReplyDeletenaik lagi ka memang susah la mcm nie,
ReplyDeleteTidak tahu apa yang akan berlaku bakal nanti.
ReplyDeleteapa pula rancangan kerajaan untuk kadar gaji di negara ini?
ReplyDeleteSebagai ahli UMNO aku support kenaikan minyak dan barang keperlun atas alasan negara kita masih termurah takpe naikan aje its ok.
ReplyDeleteHarap tidak akan naik. Doakan harga RON 95 turun.
ReplyDeleteTurun, turun, turun.
Kadang kala bukan kita mahu bantah sama sekali kenaikan harga barang, isunya ialah gaji yang rendah, jarang naik.
ReplyDeleteHarga Ron 95 tidak naik dalam jangka pendek ini.
ReplyDeleteHarga ron 95 tidak mungkin naik sebelum pilhan raya umum. Tidak tahulah selepas pilihan raya.
ReplyDeleteSubsidi terhadap minyak semakin tinggi berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
ReplyDeleteRakyat terpaksa menerima hakikat bahawa kerajaan akan tarik balik subsidi minyak kerana tanggungan itu terlalu berat dan akan menjejaskan penubuhan ekonomi negara.
Kepada yang inginkan barang dan miyak naik sila undi BN(Barang Naik) sebab kalu BN menang PRU 13 ada kemungkinan kenaikan tidak dapat dielakan so pilihlah jangan hanya berharap atau berangan mat jinin keputusan ditangan anda lebih kurang begitulah ceritanya.
ReplyDeleteikan keke kau nie benganglah kan Malaysia export minyak level A jadi kalu minyak naik maka tambah untung lagi Malaysia so apa masalahnya subsidi tak boleh bagi.Aduuuii ada juga otak udang.
ReplyDeleteTunggulah dan lihat.
ReplyDeletePatutkah kita terima hakikat yang membebankan ini?
ReplyDeleteBaik jualkan kereta.
Tapi apa yang digunakan ke sini sana?
Perkhidmatan bas tidak sempurna.
Motorsikal sangat membahayakan.
Basikal?? Tiada lorong khas disediakan malah cuaca sangat panas.
Apa yang patut kita buat?