Wednesday, May 16, 2012

Najib disambut laungan 'Bersih' di London

Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga Malaysia di London semalam disambut dengan laungan slogan BERSIH oleh sebahagian hadirin.

SNONEorakan slogan itu bermula apabila Najib mula mengambil tempat di
atas pentas dan berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya.

Sorakan slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.

"Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.

Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

"Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu di majlis tersebut.

Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.

"Anda boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata Najib.

Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.

Acara yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut.

Program berkenaan diuar-uarkan sebagai satu acara untuk membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan perdana menteri.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa sebahagian besar ucapan Najib kepada warga Malaysia yang menghadiri majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" yang diadakan di dewan konsert 02 Arena di Greenwich, timur London, adalah mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi dan pilihan rakyat melalui pilihan raya.

-MK

Sama seperti kejadian semasa BERSIH 2.0 dahulu dimana kunjungan Najib disambut oleh Queen Elizabeth mengenakan pakaian kuning, pada kali ini Najib disambut dengan pemberian bunga berwarna kuning.

"Kuning" - satu warna yang begitu sensitif - dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH yang menuntut pilihanraya adil dan bersih di negara ini. Sehingga kini TIADA apa pun dilakukan oleh kerajaan Najib terhadap tuntutan BERSIH 3.0 itu.

Di bawah ini pula video "sambutan" yang diberikan kepada Najib setibanya di London.



4 comments:
Write comments
  1. Merayu-rayu hentikan laungan bersih. Terkencing kali Najib itu baru dua tiga orang laungkan bersih sudah takut. Apa punya PM

    ReplyDelete
  2. Di luar negara, Najib merayu2 pada rakyat sendiri. Di dalam negara, rakyat merayu2 pada Najib. Tidak sedarkah Najib betapa kuasa rakyat mengatasi kuasa yg mereka ada skrg?? Dan tidak sedar lagikah wahai rakyat2 sekalian bahwa kita bukan boleh di tindas sewenang2nya??Ayuh bangkitlah..tidak kiralah dari BN atau PR, marilah kita ajar kerajaan agar memerintah dgn adil dan saksama.

    ReplyDelete
  3. tulah najib, asyik nak dengar cakap menteri2 mahathir jer.. kalau dulu masa baru jd PM dulu, patutnye buang semua menteri2 dan keparat2 mahathir tentu x jd macam ni.. senang citer ini adalah bala allah pd BN dan UMNO kerana selama ini selalu menzalimi rakyat. IKUT KATA MAHATHIR=ZALIM PADA RAKYAT. INSAFLAH DAN BALIKLA KE MALAYSIA DAN BUBARKAN PARLIMEN SEKARANG...

    ReplyDelete
  4. padan muka, balik kat malaysia nanti pak ajib mesti sekali lagi cakap BERSIH tu haram jadah, esok keluar paper utusan meloyakan sambutan rakyat malaysia pada kehadiran najib d iUK amat meriah sekali, dah jangka dah ni semua, cornfirm tak masuk mana-mana paper punya..............kah kah kah MALU.................

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.