KENINGAU: Seramai lebih kurang 500 murid dan 45 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sook kira-kira 30 kilometer dari sini terpaksa bertarung dengan hawa yang panas akibat ketiadaan bekalan elektrik di bangunan baru sekolah itu.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dn Guru (PIBG) sekolah itu Rusinin Rasiman berkata, bangunan baru sekolah itu telah digunakan awal tahun ini dengan harapan ia memberi keselesaan kepada murid-murid dan guru-guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Tetapi katanya, setelah empat bulan berlalu bekalan elektrik belum dapat disambung di sekolah itu menyebabkan murid-murid dan guru-guru menghadapi keadaan yang kurang selesa kerana terpaksa bertarung dengan hawa yang panas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas.
“Ini kerana semua kelengkapan seperti kipas dan penghawa dingin tidak berfungsi akibat ketiadaan tenaga elektrik walaupun pendawaian dalam banguan sudah lengkap,” katanya semasa membuat kepada New Sabah Times di sini kelmarin.
Katanya, murid-murid dan guru-guru terpaksa keluar dan mengambil masa sekurang-kurang 15 minit untuk mendapat udara yang nyaman untuk satu subjek.
Rusinin memberitahu, kadang kala ada murid yang pengsan ketika perhimpunan di dalam dewan akibat kipas tidak berfungsi.
Keadaan ini katanya, membantutkan sasaran sekolah untuk melahirkan sekurang-kurangnya lima orang murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini.
Menurut Rusinin, pihak sekolah dan PIBG telah mengemukakan masalah itu kepada pihak yang berkenaan terutama Sabah Electricity (SESB) tetapi sehingga kini ia belum dapat diatasi.
“Alasan yang diberikan begitu ringkas iaitu ‘transfomer’ rosak tetapi sampai bila alasan itu berakhir. Kami mahu bila ia boleh diperbaiki” tegas Rusinin.
Tambah Rusinin, selain bangunan sekolah, kantin sekolah itu juga turut tidak mendapat tenaga elektrik pada masa ini.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa memilih media cetak sebagai jalan terakhir untuk mengemukakan masalah itu setelah beberapa kali mengajukannya kepada pihak-pihak yang berkenaan.
-NST
Sunday, May 13, 2012
500 pelajar, 45 guru berdepan masalah bekalan elektrik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana sudah si kurup yang sering turun padang itu,ini pun inda nampak kah ? atau inda pernah bertanya apa masaalah anak-anak rakyaat di sook,itu lah kamu orang-orang sabah kena kasi RM 500.00 sudah teriak sokong BN sampai meleleh air liur mempertahan kan BN , tapi harta sepanjang hayat iaitu pelajaran anak-anak kamu abaikan.ubah itu kerajaan supaya anak-anak kita boleh mendapat pelajaran yang secukupnya
ReplyDeleteIni ala-ala sitausi kerajaan penjajah tiada bekalan elektrik tapi Najib kata undi BN semua masalah selasai. Maknanya Najib itu hanya MENIPU sekali lagi Najib hanya MENIPU RAKYAT. Talqinkan UMNO pada PRU13.
ReplyDelete