Sunday, May 13, 2012

Anang, Ashanty Sah Bergelar Suami Isteri



Selepas melalui proses persiapan yang panjang, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah dan Ashanty akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri.

Dengan sekali lafaz, bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti itu bernikah dengan Ashanty di Masjid Albina, Senayan di sini pada petang Sabtu. Majlis akad nikah itu disaksikan keluarga kedua belah pihak.

Bapa kepada Aurel dan Azriel itu menyunting Ashanty dengan mas kawin berupa sepersalinan pakaian solat, dua set perhiasan dan wang hantaran yang hanya sebanyak RM4.187 (Rp12.512), melambangkan hari jadi mereka.

“Dia (Ashanty) sekarang sah menjadi isteriku,” ujar Anang dalam nada bahagia sebelum memeluk dan mencium Ashanty di hadapan media. - KAPANLAGI

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.