Sunday, May 13, 2012

Suhakam Sabah Terima 153 Aduan Tanah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) cawangan Sabah menerima 250 aduan sepanjang tahun lepas dengan majoriti daripadanya berkaitan isu tanah.

Menurut laporan Tahunan Suhakam 2011 yang dikeluarkan di sini, suruhanjaya itu berjaya menyelesaikan 45 kes manakala kes selebihnya masih dalam proses siasatan.
Kes terbanyak yang diadukan kepada Suhakam Sabah ialah hal yang berkaitan tanah iaitu 153 kes, diikuti masalah pekerja migran tanpa dokumen pengenalan diri sebanyak 29 kes, kewarganegaraan 15 kes dan pelbagai kes lain.

Laporan itu menyebut suruhanjaya berkenaan turut menerima empat memoradum sepanjang tempoh itu iaitu berkaitan tanah, bantahan mengenai pemberian geran komunal dan penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Mengenai forum dan latihan terhadap sistem perundangan orang asal/asli (FTILS), suruhanjaya itu menyambut baik peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM30 juta kepada Sabah untuk tujuan infrastruktur dan pentadbiran di empat Mahkamah Anak Negeri dan penubuhan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri. (Bernama)

24 comments:
Write comments
  1. byk jg aduan tanah di Sabah, semua aduan2 ini kena diselesaikan.

    ReplyDelete
  2. Land issues need to be solved asap.

    ReplyDelete
  3. It shows that most of the land issues are still happening.

    ReplyDelete
  4. Ini menunjukkan masalah tanah yang berlaku di Saabah masih berleluasa.

    ReplyDelete
  5. 153 land complaints, sounds a lot. But I believe the state government has managed to sort out formulas to curb the problem.

    ReplyDelete
  6. SUHAKAM memang aktif dalam hal ini.

    ReplyDelete
  7. Mengikut laporan, Sabah juga merupakan negeri yang paling banyak kes mengenai tanah yang telah dilaporkan. Memang serius sangat ni..

    ReplyDelete
  8. Sarawak pun negeri yang luas juga tapi kenapa di Sabah saja isu tanah ni begitu banyak?

    ReplyDelete
  9. 153 aduan tanah ini perlulah diberikan perhatian oleh kerajaan Sabah dan juga Jabatan Tanah, semoga hak tanah rakyat boleh dipertahankan.

    ReplyDelete
  10. Saya rasa Suhakam patut bekerjasama dengan Jabatan Tanah Sabah untuk sama-sama memperjuangkan hak tanah rakyat tempatan. Mungkin kita boleh mengurus perkara ini dengan lebih berkesan lagi.

    ReplyDelete
  11. Suhakam harus membantu penduduk pertahankan hak mereka.

    ReplyDelete
  12. Diharapkan Suhakam mampu memperjuangkan hak tanah buat rakyat setempat setelah menerima aduan ini.

    ReplyDelete
  13. Selain itu, kerajaan Sabah dan juga Jabatan Tanah juga perlulah membantu rakyat menyelesaikan masalah dan aduan ini.

    ReplyDelete
  14. Setuju bahawa Suhakam patut bekerjasama dengan Jabatan Tanah untuk menyelesaikan isu tanah bersama. Gabungkanlah kebolehan kedua-dua pihak untuk mencapai penyelesaian yang baik.

    ReplyDelete
  15. Di Sabah kalau bukan masalah tanah, masalah PATI. Kerajaan negeri memang dalam usaha untuk selesaikan masalah2 ini tapi perlukan masa.

    ReplyDelete
  16. Isu tanah ini perlukan kerjasama yang baik di antara pihak2 yang berkaitan supaya lebih cepat masalah ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  17. Pruntukan sebanyak RM30 juta kepada Sabah untuk tujuan infrastruktur dan pentadbiran di empat Mahkamah Anak Negeri dan penubuhan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri diharap dapat membawa perubahan positif dalam isu-isu yang berkaitan dengan Anak Negeri.

    ReplyDelete
  18. Isu tanah ini tidak akan dibiarkan begitu saja kerajaan akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian mengenai masalah tersebut.

    ReplyDelete
  19. Hak & milik orang Sabah harus dipertahankan.

    ReplyDelete
  20. Kerajaan Sabah harus berusaha untuk menjamin hak milik orang Sabah tidak ditukar milik.

    ReplyDelete
  21. Jabatan Tanah harus memberi penjelasan terhadap keadaan rampas tanah yang rakyat hadapi.

    ReplyDelete
  22. Kerajaan masih gagal mencari formula untuk menyelesaikan masalah tanah?

    ReplyDelete
  23. Any news about the Tribunal?

    ReplyDelete
  24. tahniah untuk kes2 yang berjaya diselesaikan, untuk kes2 yang belum selesai, teruskan usaha..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.