Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.
Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi.
Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.
Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Lajim Ukin.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi.
"Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily.
Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu.
Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.
Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA).
Jam 10 malam nanti, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di lokasi yang sama.
Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog.
Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin.
Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional kini hilang lagi dua kerusi, pertambahan kepada pakatan pembangkang setelah satu lagi parti komponennya, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar dari BN dua tahun lalu.
Ia juga menguatkan spekulasi bahawa khidmat Musa Aman sebagai ketua menteri kini terumbang-ambing ekoran gagal memujuk kedua-dua pemimpin berpengaruh yang dikatakan tersingkir dari dicalonkan di parlimen masing-masing.
Sabah mempunyai 25 buah kerusi parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat dalam hasrat menumbangkan Barisan Nasional dari kekuasaan di Putrajaya.
Najib Altantuya sudah tentunya akan lebih tertekan dengan perkembangan terbaru ini kerana belum pernah dalam sejarah Umno-APCO dimalukan sebegitu rupa ekoran tindakan Lajim menyertai Anwar Ibrahim memandangkan beliau salah seorang ahli majlis tertinggi (MT) parti reput itu sehingga kini. -jalanpulang
Monday, June 11, 2012
Dua MP BN Sertai PKR?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
isu yg diprjuangkan oleh datuk Wilfred Bumburing memang ada kebenaran iaitu isu PATI yg melibatkan ic projek, warga negara 'haramjadah' ( spt ungkapan PM ), rasuah dan gadai keselamatan negara kpd warga asing bukan shj dari Filipina, Indon malahan Pakistan dan india. Beliau trpaksa terima hakikat dipandang serong oleh kelompok sndiri dlm BN gara-gara isu yg dibangkitkna di Dewan Rakyat. Manakala YB Lajim tu semua sudah faham dan PR kena hati2 supaya pisang tidak berbuah 2 kali spt yg berlaku pd YB2 di Semenanjung yg mengakibat PR hilang satu negeri dan hampir2 hilang dbberapa buah negeri lagi sebelom itu.
ReplyDeleteTak usah pakai itu lajim. PR tak serik ke kisah negeri Perak.
ReplyDeleteMARI KITA TENGOK SIAPA YG KENAA
ReplyDeletetk apalh klu skiranya Dtk Lajim kh siapa saja nk masuk PKR tdk menjdi masalah...yg penting PRU 13 tdk lma lg..jdi ada k'lebihan bagi PR untk mnerintah...lg pn matlmtnya untk menumbangkn BN.NIE KALI LA.
ReplyDeletesebagai rakyat sabah..saya sokong pendirian Datuk Lajim.. diharap kesilapan yg lalu dapat dibaiki semula..demi kesejahteraan rakyat sabah.tak asyik kena bodoh trus..
ReplyDeletenak pungut spesis katak ni, tak payahlah...mrk dah punya sejarah jd katak yg menyumbang khadiran umno ke sabah....mrk ni jnis pejuang wang dn kuasa, bkn pejuang sebenar..
ReplyDeleteApa sebenarnya Ya.... nk tau jgk. tp, org2 yg suka lompat2 ni sukar buat kawan, besok2, lompat lg. mcm si berahim tu... kacau bilau parti.
ReplyDeleteinilah politik....ari ni kawan esok jadi musoh...pastu kawan balik sampai pencen...pas2 tuboh parti baru sendiri jadi presiden..heheheheh
ReplyDelete