Friday, June 8, 2012

Najib Timbang BR1M Pusingan Kedua

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pusingan kedua.

“Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq,” katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini hari ini.

Katanya BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

Najib (gambar) berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.

“Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada ‘happy’ (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna ‘shield’ (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara,” katanya.

Katanya rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlaku revolusi Arab atau “Arab Spring”.

Najib berkata Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.

Najib berkata ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.

“Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.

“Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat,” katanya. — Bernama

8 comments:
Write comments
  1. Sebenarnya BR1M untuk pusingan kedua pun elok juga dan semestinya rakyat bawahan yang akan merasa paling gembira untuk mendapatkannya bagi kali kedua..TAPI untuk apa?? hanya pembaziran yang berlaku. Gunakanlah duit berbilion tu untuk pembangunan yang lebih kepada kemudahan jangka panjang. Kalau setakat dapat RM500 tapi masih belum mendapat bekalan api dan air untuk apa?? untuk perbelanjaan jimat duit sebanyak ini tidak pun akan bertahan selama sebulan. Apa juga kerajaan yang memerintah patut berkerja untuk rakyatnya dan bukannya memberi nilai suapan yang tidak berfaedah.

    ReplyDelete
  2. Negara kita kaya & aman, malangnya kekayaan negara hanya berlingkar dikalangan sesetengah kelompok sj. Yg kaya semakin kaya, yg miskin & sederhana terus kekal begitu. Inilah cara pembahagian ekonomi bn selama ni. Dgn cara sebeginilah mereka dpt mengekalkan sokongan rakyat (terutamanya saluran satu) terhadap mereka selama ni. Krn bila rakyat susah, mereka akan cenderung utk meminta/menerima bantuan. Inilah cara mereka mengekalkan sokongan selama ni. Sgala2nya mmg telah dirancang dari awal lagi. Tapi taktik sebegini dah lapuk, rakyat skrg samada dibandar ataupun di kg telah masak dgn taktik sebegini. Taktik sebegini mungkin berkesan 10-20 thn lepas. Org bagi ambil, tapi undi adalah perkara yg berbeza...

    ReplyDelete
  3. kalau ini meyakinkan bn menang teruskan hasrat..biar rakyat menterjemahkan dlm peti undi!!

    ReplyDelete
  4. Bagilah banyak mana pun...Paling lama seminggu dah habis...tak boleh jadi kaya dan kalau tak dapat tak boleh membawa miskin....Cara bodoh BN UMNO dan Pemimpin UMNO berbelanja dan membantu rakyat....Wang tunai bukan mnyelesai masalah rakyar....Kalau kata nak undi pun belum tentu dapat....Rakyat hendak harga makanan murah, harga rumah mampu dibeli, harga minyak turun, kemudahan rakyat dibuat....Hapuskan makan duit haram oleh pemimpin UMNO dan elak ketirisan...Itu yang rakyat mahu samada kaya atau miskin wahai Najib Altantuya...

    ReplyDelete
  5. BR1M pertama(hingga Mar2012) berjumlah RM1.92bilion telah diagihkan .Jika bercadang nak bagi BR1M ke-2 lebih elok kurangkan harga petrol/diesel dari RM1.90/1.80 ke RM1.50 untuk jangka panjang(semua rakyat merasainya) .kesannya semua harga barang akan turun bila harga minyak turun.sebab itulah PR nak turunkan harga petrol/diesel bawah RM1.50sen(Kerajaan BN ambil duit petrol yang dikatakan subsidi) ..

    ReplyDelete
  6. trgamak BN prhinakan rakyat dgn subsidi BR1M yg mana dah disuap sebelom nih ( ramai tak dpt pon ). Kalau peg kjaan ( di Sabah ) bole dpt RM500 siang2 lgi dgn alasan gaji di bawah paras RM3,000 saya hairan makcik yg langsung tak de kerja sampai skrang pon tak dpt, malah kalu 4 kali lagi pon tetap makcik2 tu tak bole dpt. Jawabnya betol le yg kaya tambah kaya yg miskin makin papa kedana dgn konsep UMNgok ni. Bukan nak prkecilkan subsidi tp nampak cam bangang jer caranya. Saya prcaya bukan sedikit peg kjaan dpt BR1M tu dan saya juga yakin..bratus makcik2 tak dapat hak mereka sbg rakyat M'sia. Belum pun tamat berita kata ada BR1M, saat tu juga peg kjaan dpt RMnya, tapi makcik2 dan pakcik2 ? Bukan kah mereka juga rakyat. Saya yg brada diperantauan nih tak tau nak rujuk kemana, sebab kalu rujuk takut menyakitkan hati pulak jawapannya , so diam jer la.

    ReplyDelete
  7. saya tengok acara yg diatur utk PM turun kebawah tak lain sbg kempen murahan BN shj, sebab setiap ucapan kena ada perli memperli kpd pembangkang spt kata..puak pembangkang yg suka huru hara, rakyat suka keadaan harmoni skrang. Lagak bukan sbg Perdana Menteri tapi sbg seorang Presiden Parti politik. Mungkin beliau tengah belajar cara nak jadi Ketua Pembangkang kot selepas ni.

    ReplyDelete
  8. Buat apa bagi BRIM kalau lepas PRU13 hisap darah rakyat dengan pelbagai jenis cukai seperti GST!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.