Saturday, June 2, 2012

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga?

BAK kata pepatah Melayu, “Sudah Jatuh Ditimpa Tangga,” beginilah nasib malang yang menimpa seorang penduduk Kampung Pulau Salakkan di DUN Sulabayan, Semporna, Mohamed Bin Jim, 48, yang mempunyai 9 orang anak dan disahkan mengidap penyakit Radang Paru-Paru sejak dua tahun lalu.

Mohamed dan keluarganya langsung tidak dipedulikan oleh Wakil Rakyat Semporna; Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dan Datuk Harman Mohammad terhimpit dalam jurang kemiskinan tegar kerana tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan tidak mampu untuk berulang alik mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

Akibatnya, Mohamed Jim terputus bekalan ubat-ubatan sejak enam bulan yang lalu sebagaimana yang dinyatakan kepada Angkatan Muda KeADILan Cabang Semporna, Saiman Tajim yang dalam rangka lawatan kerjanya bersama Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna, Nazmahwati Walli di kampung berkenaan.

“Mujurlah saya dapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400, itupun bulan Mac punya; sementara April dan Mei masih lagi tertunggak” ujarnya.

“Saya bagi pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada AJK PKR Cabang Semporna yang sanggup datang melawat ke kampung ini walaupun jauh menaiki bot lebih kurang 1 jam perjalanan dari Semporna. Kami yang tinggal di kampung ini semua dalam keadaan daif. Malangnya kami tidak dipedulikan oleh para pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN)," ujar Mohamed Jim lagi yang tidak menolak kemungkin akan menyokong PKR atau Pakatan Rakyat pada PRU akan datang.

Mohamed Jim mengambil kesempatan mengingatkan penduduk kampung tersebut termasuk keluarganya agar insaf dan jangan kerana beras 5 kg, garam 2 bungkus, ajinomoto 2 bungkus, sardin 4 tin, kacang hijau 2 kg, gula 1Malaysia 2 kg dan wang tunai RM150, maka mereka dengan mudah memberikan undi kepada pemimpin UMNO yang telah mengkhianati mereka selama ini.

“Ini kalilah kita mesti tukar baju sebab sudah terlalu lama BN/UMNO memerintah Semporna, terutama sekali rakyat yang tinggal seperti kami di pulau terpencil ini telah ketinggalan segala-galanya dan kehidupan kami terus terhimpit dalam kemiskinan kerana kais pagi belum tentu makan petang,” ujarnya.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : NORASMAH TAKBIRUL
(sabahkini)

2 comments:
Write comments
  1. sebenarnye ke alpa an rakyat Sabah sebelum ini lah punca segala permasalahn di Sabah. Ditambah pula pula dgn pemikiran rakyat Sabah yg 20 tahun trtinggal. Sedangkan rakyat Semenanjung yg rata2 dah cerdik/celik maklumat bole ditipu UMNO, inikan pula yg tertinggal maklumat. Kalu tak, takkan kat DUN Sukau, Kinabatangan..dgn mudah pihak tertentu ambil tanah rakyat yg usahakan 30 tahun dulu diberi kepada org lain..lebih sedih..org lain tu ialah bangsa LAIN( TENTU CINA )

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.