PEMBURUAN untuk gelaran juara Liga Perdana England masih belum berakhir.Demikian amaran pengurus Manchester United, Alex Ferguson, semalam.
Dia mengingatkan rakan sejawatnya di Manchester City, Roberto Mancini agar jangan mengimpikan hasrat untuk menjulang gelaran liga kerana saingan masih terbuka.
Ferguson yakin pendahulu liga ketika ini, City akan terlepas peluang tersebut pada aksi menentang Newcastle, Ahad ini.
Menurut Ferguson, cabaran besar buat City ialah untuk menewaskan Newcastle di St James Park esok dan jika mereka gagal, peluang mereka untuk merangkul gelaran juara agak tipis.
“Itu cabaran besar buat City ketika ini. Seperti yang kita ketahui, Newcastle bukan mudah untuk dijinakkan di gelanggang sendiri. Mereka tewas mengejut 0-4 kepada Wigan tetapi kembali meraih kemenangan ke atas Chelsea di Stamford Bridge,” kata Ferguson.
“Semua orang tahu bahawa bukan mudah untuk meraih kemenangan di Stamford Bridge. Kami belum mampu melakukannya sejak lapan tahun lalu, tetapi Newcastle telah membuktikannya.
“Ini membuktikan Newcastle kini sedang berada di puncak kecemerlangan dan City bakal berdepan tugas getir, Ahad ini,” tambah Ferguson.
“Newcastle sedang memburu empat tempat teratas dan mereka memiliki peluang tersebut.”
Newcastle kini ketinggalan satu mata di belakang Arsenal dan masih ada dua perlawanan lagi untuk diharungi.
City, yang kini mendahului kedudukan carta liga hanya memiliki kelebihan dengan perbezaan jumlah jaringan.
Jika mereka mahu berada dalam kedudukan selesa, mereka perlu menewaskan Newcastle esok, dan jika gagal, ia akan memberi kelebihan kepada United yang akan melayan kunjungan Swansea di Old Trafford.
Jelas Ferguson: “Kami berharap situasi akan memihak kepada United.” – Agensi
Saturday, May 5, 2012
Liga England : Pemburuan belum berakhir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.