KEMABONG: Ketua Pegawai Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Negeri Sabah Mutang Dawat @ Sylvester (gambar), terkilan dengan lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya ke negeri ini pada baru-baru ini kerana sedikit pun tidak menyentuh bilakan pelaksanaan RCI yang dinanti-nantikan rakyat Sabah selama ini.
Beliau berkata, lawatan kedua-dua pemimpin negara walaupun jadualnya berselang seli, namun kedua-duanya langsung tidak menyentuh soal RCI; malah difahamkan wartawan cuba mendekatinya untuk menemubual mereka, namun tidak berpeluang.
“Rakyat semakin kecewa kerana sepatutnya RCI dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pilihanraya kali ke-13 diadakan...(kerana) kita ingin mengetahui ketulenan sebenar pengundi di negeri ini berdasarkan dokumen yang mereka miliki selain proses pilihanraya berjalan dengan seadil-adilnya tanpa kesangsian,” kata beliau kelmarin.
Beliau yang merupakan Ketua Penyelaras Parti Kita Parlimen Tenom sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Penerangan parti itu dinegeri Sabah berkata, pucuk kepimpinan BN yang juga Perdana Menteri Dato’ Seri Najib seharusnya mengotakan janjinya sebelum ini untuk menyelesaikan isu Kad pengenalan palsu dan pemberian kerakyatan melalui pintu belakang kepada warga asing sebelum pilihanraya umum ke-13 diadakan.
“Kita melihat dan mendengar di mana-mana sahaja rakyat berada tanpa rasa takut menyuarakan perasaan marah mereka apabila kerajaan masih membeku tidak mengumumkan pelaksanaan RCI, sedangkan ia sudah dipersetujui semasa mesyuarat Kabinet Persekutuan,” tegasnya.
Malahan semua parti politik tidak kira pembangkang atau BN termasuk UMNO sudah bersetuju RCI perlu diadakan, lalu Mutang berpendapat Kerajaan BN harus mengumumkan dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, Mutang turut meluahkan kebimbangan bahawa Parti Kebenaran Sabah (PKS) yang baru diluluskan pendaftarannya akan menjadi landasan bagi pemegang pemegang MyKad yang meragukan sekiranya dokumen diri mereka tidak sempat disahkan ketulenannya menerusi RCI.
Tegasnya, lebih-lebih lagi PKS berjuang berteraskan suku kaum Suluk dan Bajau Tempatan yang menyokong BN menguatkan kekuatiran berkemungkinan akan dijadikan kenderaan sebagai tumpangan kepada ratusan ribu dokumen yang meragukan yang kini berada di tangan golongan tersebut (merujuk laporan buku Projek IC karya Mutalib M.D).
-Oleh: AMBROSE M MATTHEW (sabahkini)
Saturday, May 5, 2012
Najib Dan Muhyiddin Tidak Sentuh RCI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau RCI ditubuhkan habislah PATI yang diberi IC bukankah mereka itu pengundi setia UMNO!
ReplyDeletebuang ke laut najib dan timbalannya tu.
ReplyDeleteIni kali lah kita ubah d PRU 13,UBAH ASALKAN BUKAN umno/bn
ReplyDeletejangan lah kita bercakap dan terpengaruh dengan penubuhan RCI,kalau mahu ia dijadikan realiti tumbang kan BN tidak kira calun dari mana,PBS,PBRS.UPKO.UMNO atau pun gerakan.MCA yang penting asal bukan BN.
ReplyDelete